Rezeki Aeydan jadi ikon dan mutawif The Mahabbah

Oleh: Khadijah Ibrahim

NAMA Aeydan, mungkin baharu lagi dalam bidang seni nasyid. Namun anggota Aeydan sudah lama terdedah dengan irama nasyid terutamanya lagu-lagu dendangan kumpulan Rabbani.

Ini kerana Aeydan, yang dianggotai oleh Ilham Fikri Asri, Izwan Izzuddin Azadan, Farhan Rithauddeen, Fardeen Imran Rithauddeen dan Haikal Rahmat, merupakan anak-anak kepada anggota kumpulan nasyid legenda Rabbani.

Kehadiran Aeydan sebagai generasi baharu yang menyambung legasi melalui lagu dan imej nasihat dengan gaya muzik kontemporari berjiwa Islamik.

Dalam tempoh singkat penubuhan mereka, Aeydan telah berjaya menghasilkan dua single iaitu “Bintang” dan “Purnama”, yang mendapat sambutan baik di media digital dan siaran radio Islamik tempatan.

Aeydan sudah ada dua single dan mendapat sambutan hangat.

Kejayaan ini membuktikan kemampuan Aeydan untuk menembusi pasaran muzik moden tanpa meninggalkan nilai nasihat dan keindahan seni Islamik.

Meskipun baru setahun jagung dalam industri seni, namun Aeydan berjaya membuktikan keampuhan mereka dalam penyebaran mesej positif dan nilai murni apabila dilantik secara rasmi sebagai Ikon dan Mutawif The Mahabbah, sebuah jenama umrah tersohor yang berteraskan pendekatan tarbiah dan kasih sayang Rasulullah SAW.

Sebagai sebahagian daripada pelantikan tersebut, Aeydan bakal menunaikan umrah pertama mereka di bawah bimbingan The Mahabbah pada 5 hingga 13 November 2025, sekali gus menandakan satu detik bersejarah dalam perjalanan karier serta perjuangan seni dan mesej nasihat kumpulan tersebut.

Menurut kenyataan The Mahabbah, pelantikan Aeydan sebagai ikon dan mutawif bukan sekadar penghormatan, tetapi juga sebagai simbol generasi muda yang ingin menghidupkan kembali semangat positif dan mesej kasih sayang melalui amal dan perjalanan rohani.

“Aeydan bukan sekadar kumpulan nasyid, mereka adalah suara anak muda yang membawa mesej kasih sayang Rasulullah SAW melalui seni dan kini melalui ibadah.

“Kami percaya langkah mereka ke Tanah Suci ini akan membuka lebih banyak hati untuk mendekati nilai-nilai kebaikan,” ujar jurucakap The Mahabbah.

Bagi anggota Aeydan, pelantikan mereka sebagai ikon dan mutawif The Mahabbah sekali gus menjadi satu pengiktirafan terhadap keperibadian dan ketokohan kumpulan tersebut sebagai artis muda yang berpotensi besar untuk menjadi duta mesej positif generasi baharu.

Rezeki Aeydan dilantik sebagai ikon dan mutawif untuk The Mahabbah, sebuah jenama umrah.

“Kami amat bersyukur dan terharu diberi peluang menjadi sebahagian daripada keluarga besar The Mahabbah. Umrah ini bukan sekadar perjalanan ibadah, tetapi perjalanan jiwa untuk memperkukuh niat kami dalam menyampaikan mesej nasihat melalui seni. Insya-Allah, kami akan terus membawa nilai Islamik dengan cara yang segar dan mendidik,” kata Ilham Fikri.

Dengan sokongan padu peminat dan penggiat industri nasyid, langkah Aeydan ke Tanah Suci di bawah The Mahabbah bukan hanya simbol kejayaan, tetapi juga permulaan kepada bab baharu dalam perjuangan seni Islamik moden.

Aeydan terus membuktikan bahawa walau baru bertapak, mereka memiliki jiwa besar dan visi jelas untuk menyinari dunia muzik tempatan dan antarabangsa dengan lagu dan imej nasihat yang penuh makna.

Latest

Sajian menu Pantai Timur di Rumoh Mekda

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA orang Kelantan, Terengganu dan Pahang yang...

Hashimah Yon digelar seniwati paling seksi!

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima...

Dulu tak percaya, kini Issey Miyake guna TikTok untuk cari rezeki

Oleh: Khadijah Ibrahim SEKARANG ini antara platform media sosial yang...

Dulu ‘introvert’, kini AG9 Official jadi Pengurus Bakat di KamiSempoi Premier Academy

Oleh: Khadijah Ibrahim SEKARANG ini ramai yang ingin menjadi pempengaruh...
spot_img

Jangan Terlepas!

Salam Maulidur Rasul 1448H

Oleh : Syed Yusof Wafa Sambutan Maulidur Rasul 1448H di...

Aneka Walk tampilkan pelbagai acara menarik untuk pengunjung

Oleh: Khadijah Ibrahim SEWAKTU penulis belajar di Institut Teknologi MARA,...

Wow… Wani Kayrie bakal ‘disunting’ FM Group Kerana Cak Cak Cekuk

Oleh: Syed Yusof Wafa Kerana sebuah lagu yang memartabatkan irama...

SCAM MAKIN GANAS: Fahmi Arah Telco Beri Penjelasan Isu Ratusan Nombor Telefon Atas Satu Nama

Oleh: Syed Yusof Wafa Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil...

Hashimah Yon digelar seniwati paling seksi!

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima...
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim adalah seorang wartawan hiburan, pernah bertugas di Kumpulan Utusan sebagai wartawan di URTV dan jawatan terakhir adalah sebagai Penolong Pengarang Hiburan di Utusan Malaysia, pernah menjadi wartawan hiburan di Ladybosz.com serta berpengalaman sebagai “Content Writer”di Majalah Suria 7 terbitan theStar.
spot_imgspot_img

Sajian menu Pantai Timur di Rumoh Mekda

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA orang Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menetap di ibu kota, rindu untuk menikmati makanan seperti masakan ibu di kampung, bolehlah singgah...

Hashimah Yon digelar seniwati paling seksi!

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima Kasih Datuk Sri Rozita Ramelan) WALAUPUN memulakan langkah sebagai pelakon kanak-kanak ketika berusia 11 tahun dalam...

Dulu tak percaya, kini Issey Miyake guna TikTok untuk cari rezeki

Oleh: Khadijah Ibrahim SEKARANG ini antara platform media sosial yang sering mendapat perhatian warga maya adalah TikTok kerana ia merupakan platform video berdurasi pendek yang...