SonaOne pilih tlinh dari Vietnam kerana “Polite”

Oleh: Khadijah Ibrahim

PENYANYI rap, penerbit, dan artis serba boleh Malaysia, SonaOne kembali dengan single terbaharunya berjudul “Polite” dan berkolaborasi dengan sensasi pop-rap dari Vietnam, tlinh.

Menurut SonaOne atau nama penuhnya, Mikael Adam Muhammad Rafee Michel Lozach, 37, lagu tersebut dicipta pada 2020, malah dia telah merakam demo lagu tersebut bersama penyanyi dan penulis lirik tempatan iaitu SYA sewaktu tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP).

“Sebenarnya, saya telah mempunyai lagu asal ‘Polite’ sejak tahun 2020 dan telahpun merakam demo pertama bersama penyanyi-penulis lagu Malaysia, SYA, semasa tempoh lockdown.

“Saya sukakan lagu ini, tetapi belum menemui arah yang sesuai untuknya sehinggalah pasukan A&R di Def Jam Malaysia mencadangkan tlinh. Selepas beberapa kali berkunjung ke Ho Chi Minh City, akhirnya semuanya menjadi nyata,” akui yang pernah bekerjasama dengan Joe Flizzow dalam lagu “Havoc” dan “Apa Khabar” pada 2014.

tlinh senang bekerjasama dengan SonaOne menerusi lagu “Polite”.

Kata SonaOne, pemilihan tlinh memang tepat kerana penyanyi wanita itu merupakan salah seorang artis generasi baharu paling berpengaruh di Vietnam. tlinh mula mencipta nama sebagai satu-satunya peserta wanita yang berjaya ke Top 8 dalam musim pertama Rap Việt.

“Kini, beliau merupakan artis wanita Vietnam nombor satu di Spotify dengan jumlah pendengar bulanan tertinggi, dan album debutnya, ái, tersenarai dalam senarai “Best Asian Albums of 2023” oleh NME.

“Dinobatkan sebagai Female Artist/Rapper of the Year di Làn Sóng Xanh 2024, tlinh dikenali kerana gaya muziknya yang berani dan melangkaui sempadan genre, menjadikannya suara utama dalam generasi baharu muzik Vietnam,” jelas SonaOne tentang rakan kolaborasinya itu.

Gabungan SonaOne dan tlinh mencipta keseimbangan halus antara produksi yang licin, melodi penuh jiwa, dan emosi yang mendalam. Menjelaskan visi produksinya, SonaOne berkata, dia mahu “Polite” terasa seperti ribut yang tenang, minimalis, rapat, digerakkan oleh bunyi 808 seperti degupan jantung, seolah-olah menahan kata-kata yang ingin diungkapkan.

Secara asasnya, kata SoneOne, “Polite” mengisahkan perasaan yang tidak terucap, detik apabila cinta masih wujud, namun komunikasi semakin pudar.

tlinh merupakan penyanyi wanita ternama di Vietnam.

“Dihasilkan dengan emosi yang tulus dan sentuhan produksi yang atmosferik, lagu ini menggambarkan ruang di antara keinginan untuk bersuara dan perasaan yang ditahan. Ia merupakan refleksi jujur tentang hubungan yang tergantung antara harapan dan keraguan, di mana kata-kata yang tidak diucapkan sering kali membawa makna paling mendalam,” ujarnya.

Lebih daripada sekadar lagu, SonaOne turut berkunjung ke Ho Chi Minh City bagi menjalani penggambaran video muzik “Polite” bersama tlinh, menandakan penggambaran rasmi pertamanya di Vietnam.

Video muzik ini diterbitkan dengan kerjasama pasukan produksi tempatan Vietnam, menggabungkan visi kreatif kedua-dua artis dalam sebuah representasi sinematik yang menggambarkan inti emosi lagu tersebut.

Berlatarbelakangkan suasana kota Ho Chi Minh yang hidup namun intim, video muzik ini menangkap dualiti yang sama seperti lagu itu, kelembutan dan jarak, kejujuran dan keraguan.

Setelah bertahun dalam pembikinan, kedua-dua artis kini bersedia mempersembahkan lagu ini kepada dunia. Lagu ini mencerminkan pencarian SonaOne terhadap kejelasan emosi dan kebenaran dalam saat di mana kata-kata gagal diucapkan.

“Polite” sudah dicipta oleh SonaOne sejak 2020 tapi waktu itu belum temui pasangan duet yang sesuai.

“Jika lagu ini dapat membuat seseorang berasa kurang keseorangan, walau hanya untuk tiga minit itu, maka saya sudah berjaya,” kata SonaOne.

Bagi tlinh pula, projek ini memberikan peluang untuk bereksperimen dari segi bunyi sambil mengekalkan emosi yang tulus.

“Apabila pertama kali saya mendengar ‘Polite’, saya rasa beat-nya sangat menarik dan melodinya mudah diingati. Saya hanya ikut naluri dan cipta berdasarkan apa yang saya rasa betul.

“Bekerja dengan SonaOne sangat mudah. Dia sangat menyokong dan memberi galakan. Saya harap pendengar turut berasa seronok apabila mendengarnya,” ujar tlinh.

Latest

PERTEM persembahkan teater muzikal “Qais & Laila”

Oleh: Khadijah Ibrahim PASTI ada di antara anda yang pernah...

“Kisah Terbaik” daripada Fazura

Oleh: Khadijah Ibrahim TIDAK peduli dengan pandangan orang lain tentang...

Raja Afiq kembali mengatur langkah dengan misi baharu

Oleh: Khadijah Ibrahim SELEPAS 'berehat' sekejap daripada dunia seni, kini...
spot_img

Jangan Terlepas!

Awie ‘langgar’ nasihat doktor demi tugas

Oleh: Khadijah Ibrahim Foto: Alang Nordin PENYANYI rock Awie bersyukur...

M.Nasir berjaya pikat jiwa penonton

Oleh: Khadijah Ibrahim BERMULA 2024 hingga kini, setiap tahun maestro...

KRU Cafe, projek baharu KRU

Oleh: Khadijah Ibrahim SELEPAS bertahun meneroka industri muzik tanah air,...

Mariani, seniwati paling sejati

Oleh SYED WAFA Foto Koleksi SYED WAFA/Ehsan Nazran HM Rohaizad...

“Kisah Terbaik” daripada Fazura

Oleh: Khadijah Ibrahim TIDAK peduli dengan pandangan orang lain tentang...
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim adalah seorang wartawan hiburan, pernah bertugas di Kumpulan Utusan sebagai wartawan di URTV dan jawatan terakhir adalah sebagai Penolong Pengarang Hiburan di Utusan Malaysia, pernah menjadi wartawan hiburan di Ladybosz.com serta berpengalaman sebagai “Content Writer”di Majalah Suria 7 terbitan theStar.
spot_imgspot_img

PERTEM persembahkan teater muzikal “Qais & Laila”

Oleh: Khadijah Ibrahim PASTI ada di antara anda yang pernah menonton filem "Qaisy & Laila", arahan Prof. Madya Raja Ahmad Alauddin yang diterbitkan pada 2005. Kini...

“Kisah Terbaik” daripada Fazura

Oleh: Khadijah Ibrahim TIDAK peduli dengan pandangan orang lain tentang dirinya, kini pelakon Fazura kembali meneruskan kerjaya seni suaranya dengan single baharu. Kali ini Fazura atau...

Raja Afiq kembali mengatur langkah dengan misi baharu

Oleh: Khadijah Ibrahim SELEPAS 'berehat' sekejap daripada dunia seni, kini pelakon Raja Afiq Raja Razali, 32, kembali aktif mengatur perjalanan seninya selepas melalui fasa yang...