“Terpatri Cinta” Zara Zya, berpaksikan keikhlasan dan reda Allah

Oleh: Khadijah Ibrahim

SEMPENA hari kelahirannya yang ke-40 tahun pada 22 Oktober lalu, pelakon dan penyanyi Zara Zya kembali mewarnai industri muzik tempatan dengan pelancaran single terbaharunya berjudul “Terpatri Cinta”.

“Terpatri Cinta”, adalah sebuah karya istimewa ciptaan sepenuhnya oleh Wanns Ahmad, komposer dan penulis lirik berbakat yang turut terkenal dengan sentuhan melodi beremosi.

Menurut Zara atau Zainurul Razia Mohd Zainuddin, “Terpatri Cinta” bukan sekadar kisah cinta biasa, sebaliknya membawa mesej mengenai kasih yang berpaksikan keikhlasan dan reda Ilahi.

Malah lagu tersebut turut mengetengahkan sisi lembut dan matang Zara menerusi nuansa romantik dengan elemen Islamik yang menyentuh hati.

“Pertama kali saya baca lirik dan dengar melodi “Terpatri Cinta”, hati saya terus tertarik. Lagu ni ada jiwa yang lembut tapi dalam liriknya bukan sekadar mengenai kasih, tapi tentang cinta yang berpaksikan keikhlasan dan reda Allah.

“Terpatri Cinta” dendangan Zara Zya dicipta oleh Wanns Ahmad.

“Wanns buat mengikut permintaan yang saya mahukan. Ada vibes Indonesia dan sedikit Islamik. Ada bahagian dalam lagu ini yang memang dekat dengan pengalaman saya. Ia bukan semata kisah cinta, tapi lebih kepada perjalanan hati bagaimana cinta itu boleh jadi doa,” katanya yang menganggap sebahagian daripada bait lagu ini cukup dekat dengan perjalanan peribadinya sebagai seorang wanita dan insan seni.

Manakala, dari sudut mesej, “Terpatri Cinta” mengajak pendengar untuk melihat cinta daripada perspektif yang lebih suci, bukan hanya antara dua hati, tetapi dua jiwa yang berpaut menuju syurga bersama.

Zara ingin sampaikan bahawa cinta yang paling indah adalah cinta yang disucikan dengan niat yang betul.

“Terpatri Cinta membawa mesej bahawa kasih yang halal dan diberkati itu bukan sekadar penyatuan dua hati, tetapi dua jiwa yang menuju syurga bersama,” jelasnya.

Dalam aspek produksi, Zara memilih “Terpatri Cinta” kerana merasakan karya ini memiliki keunikan tersendiri yang tidak berlebihan namun penuh emosi.

“Keunikan lagu ini terletak pada kesederhanaannya. Tak berlebihan, tapi sarat dengan emosi,” tambahnya.

Sepanjang proses rakaman yang mengambil masa hampir sebulan, Zara mengakui bahawa kerjasamanya dengan Wanns berjalan lancar dan menyenangkan.

“Wanns seorang komposer yang sangat memahami jiwa saya. Dia tak hanya fikir soal teknik, tapi juga emosi. Dia pun faham, saya bukanlah penyanyi profesional. Proses rakaman pun mudah saja,” katanya.

Bagaimanapun, Zara turut berkongsi cabaran paling besar dalam penghasilan lagu ini adalah mengawal emosi agar setiap bait lirik disampaikan dengan rasa yang tulus.

Pertama kali baca lirik dan mendengar melodi “Terpatri Cinta” hati Zara Zya sudah tertarik dengan karya tersebut.

“Ada beberapa bahagian lagu yang terlalu dekat dengan hati saya, sampai kadang-kadang suara pun bergetar. Saya juga selalu tak yakin dengan kemampuan diri sendiri,” akuinya jujur.

Menariknya, “Terpatri Cinta” turut disertakan dengan muzik video rasmi berkonsep minimalis yang memberi tumpuan kepada ekspresi dan rasa, bukannya visual berlebihan.

“Konsep muzik video lebih minimalis, fokus pada rasa, bukan hanya visual. Terima kasih kepada Datuk Alha Alfa kerana sudi menaja muzik video “Terpatri Cinta”. Saya harap “Terpatri Cinta” diterima baik oleh pendengar pelbagai lapisan usia dan latar.

“Saya harap lagu ini dapat menyentuh hati pendengar, tak kira usia atau pengalaman mereka. Yakinlah bahawa cinta yang suci itu masih ada. Kalau ada yang rasa tenang, terubat atau tersenyum selepas mendengar lagu ini, itu sudah cukup bermakna bagi saya. “Terpatri Cinta” bukan sekadar lagu, tapi doa kecil tentang cinta abadi,” katanya yang menggambarkan lagu tersebut sebagai cinta yang abadi kerana Allah.

Lagu “Terpatri Cinta” kini boleh distrim di semua pelantar penstriman muzik utama. Video muzik rasmi lagu tersebut boleh ditonton di saluran YouTube ‘Seventeen Eleven Music’ di pautan: https://youtu.be/4yn0FbkulsQ?si=NlwqjDkOxrP2C2xs

Latest

PERTEM persembahkan teater muzikal “Qais & Laila”

Oleh: Khadijah Ibrahim PASTI ada di antara anda yang pernah...

“Kisah Terbaik” daripada Fazura

Oleh: Khadijah Ibrahim TIDAK peduli dengan pandangan orang lain tentang...

Raja Afiq kembali mengatur langkah dengan misi baharu

Oleh: Khadijah Ibrahim SELEPAS 'berehat' sekejap daripada dunia seni, kini...
spot_img

Jangan Terlepas!

Awie ‘langgar’ nasihat doktor demi tugas

Oleh: Khadijah Ibrahim Foto: Alang Nordin PENYANYI rock Awie bersyukur...

Raja Afiq kembali mengatur langkah dengan misi baharu

Oleh: Khadijah Ibrahim SELEPAS 'berehat' sekejap daripada dunia seni, kini...

Mariani, seniwati paling sejati

Oleh SYED WAFA Foto Koleksi SYED WAFA/Ehsan Nazran HM Rohaizad...

KRU Cafe, projek baharu KRU

Oleh: Khadijah Ibrahim SELEPAS bertahun meneroka industri muzik tanah air,...
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim adalah seorang wartawan hiburan, pernah bertugas di Kumpulan Utusan sebagai wartawan di URTV dan jawatan terakhir adalah sebagai Penolong Pengarang Hiburan di Utusan Malaysia, pernah menjadi wartawan hiburan di Ladybosz.com serta berpengalaman sebagai “Content Writer”di Majalah Suria 7 terbitan theStar.
spot_imgspot_img

PERTEM persembahkan teater muzikal “Qais & Laila”

Oleh: Khadijah Ibrahim PASTI ada di antara anda yang pernah menonton filem "Qaisy & Laila", arahan Prof. Madya Raja Ahmad Alauddin yang diterbitkan pada 2005. Kini...

“Kisah Terbaik” daripada Fazura

Oleh: Khadijah Ibrahim TIDAK peduli dengan pandangan orang lain tentang dirinya, kini pelakon Fazura kembali meneruskan kerjaya seni suaranya dengan single baharu. Kali ini Fazura atau...

Raja Afiq kembali mengatur langkah dengan misi baharu

Oleh: Khadijah Ibrahim SELEPAS 'berehat' sekejap daripada dunia seni, kini pelakon Raja Afiq Raja Razali, 32, kembali aktif mengatur perjalanan seninya selepas melalui fasa yang...