Fendy cipta “Azalea” khas untuk anak kesayangan

Oleh: Khadijah Ibrahim

LAGU “Azalea” ciptaan Fendy Adlun, bekas anggota kumpulan Caliph Buskers itu amat bermakna bagi dirinya kerana lagu tersebut dicipta selepas beberapa jam kelahiran anak sulungnya, Nur Azalea Zafirah Fendy.

Karya itu menjadi lebih bermakna kerana Fendy bukan sahaja mencipta lagu tersebut untuk menyambut kehadiran anaknya, malah lagu “Azalea” turut dinyanyikan oleh Nur Azalea Zafirah atau lebih dikenali dengan nama Lea Zafira.

Lea Zafira, 10, merupakan anak istimewa kepada Fendy dan bekas isteri, Nurnadira Rubiana kerana Lea Zafira menghidap autisme dan buta, sekali gus menjadikan lagu dendangannya itu dekat di hati.

“Azalea” bukan sahaja sarat dengan emosi dan kasih sayang, tetapi juga membawa makna yang amat mendalam buat keluarga tersebut.

“Fira dah dengar lagu ni sejak dia bayi lagi, sebab lagu ni saya cipta sejurus selepas dia dilahirkan. Jadi bila dia mula menyanyi, dia memang dah terbiasa dengan melodi dan lirik lagu ni. Dia tahu lagu ni memang untuk dia.

“Fira mula menunjukkan kecenderungan dalam nyanyian seawal usia empat tahun. Meskipun hidup dengan cabaran penglihatan dan autisme, dia mempunyai daya ingatan muzik yang luar biasa dan mampu menyampaikan emosi melalui suara dengan penuh jujur dan ikhlas.

Lagu “Azalea” dicipta oleh Fendy selepas beberapa jam Lea Zafira dilahirkan.

“Saya berbesar hati apabila syarikat rakaman New Southern Records Sdn. Bhd., sudi untuk bekerjasama dalam projek kecil ini sebagai simbolik menyokong ketabahan dan potensi luar biasa yang dimiliki oleh anak-anak istimewa seperti Fira,” kata Fendy terharu.

Menurut bekas pemain dram Caliph Buskers itu, selepas pelancaran “Azalea”, dia sedang mempertimbangkan untuk menghasilkan sebuah single baharu khas untuk Lea Zafira, selain merancang untuk mencarikan kelas vokal bagi mengasah lagi bakat anak perempuannya itu.

“Insya-Allah, ini bukan yang terakhir. Saya juga dalam perbincangan untuk carikan kelas vokal yang sesuai dengan keperluannya. Saya mahu dia teruskan bakat ini dengan sokongan yang betul,” tambah Fendy.

Dalam perkembangan lain, Fendy memaklumkan Lea Zafira akan berpindah ke Sarawak bersama ibunya, pada tahun hadapan. Namun, Fendy menegaskan bahawa minat dan perjalanan seni anaknya itu tidak akan terhenti.

“Walaupun mereka akan berpindah ke Sarawak, jika ada sebarang jemputan atau acara di Kuala Lumpur, ibunya akan bawa Fira turun dan saya akan uruskan semuanya di sini,” jelas Fendy.

Lea Zafira adalah seorang kanak-kanak autisme dan buta tapi mempunyai daya ingatan yang kuat.

Lagu “Azalea” versi nyanyian Lea Zafira dilancarkan secara rasmi pada 3 Oktober lalu dan boleh dinikmati melalui semua pelantar muzik digital seperti Spotify, Apple Music dan YouTube Music.

Muzik video rasmi lagu ini juga boleh ditonton di saluran YouTube NSR Malay, menampilkan Lea Zafira dalam suasana yang penuh emosi dan sederhana.

Latest

PERTEM persembahkan teater muzikal “Qais & Laila”

Oleh: Khadijah Ibrahim PASTI ada di antara anda yang pernah...

“Kisah Terbaik” daripada Fazura

Oleh: Khadijah Ibrahim TIDAK peduli dengan pandangan orang lain tentang...

Raja Afiq kembali mengatur langkah dengan misi baharu

Oleh: Khadijah Ibrahim SELEPAS 'berehat' sekejap daripada dunia seni, kini...
spot_img

Jangan Terlepas!

Raja Afiq kembali mengatur langkah dengan misi baharu

Oleh: Khadijah Ibrahim SELEPAS 'berehat' sekejap daripada dunia seni, kini...

Mariani, seniwati paling sejati

Oleh SYED WAFA Foto Koleksi SYED WAFA/Ehsan Nazran HM Rohaizad...

Awie ‘langgar’ nasihat doktor demi tugas

Oleh: Khadijah Ibrahim Foto: Alang Nordin PENYANYI rock Awie bersyukur...

PERTEM persembahkan teater muzikal “Qais & Laila”

Oleh: Khadijah Ibrahim PASTI ada di antara anda yang pernah...

KRU Cafe, projek baharu KRU

Oleh: Khadijah Ibrahim SELEPAS bertahun meneroka industri muzik tanah air,...
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim adalah seorang wartawan hiburan, pernah bertugas di Kumpulan Utusan sebagai wartawan di URTV dan jawatan terakhir adalah sebagai Penolong Pengarang Hiburan di Utusan Malaysia, pernah menjadi wartawan hiburan di Ladybosz.com serta berpengalaman sebagai “Content Writer”di Majalah Suria 7 terbitan theStar.
spot_imgspot_img

PERTEM persembahkan teater muzikal “Qais & Laila”

Oleh: Khadijah Ibrahim PASTI ada di antara anda yang pernah menonton filem "Qaisy & Laila", arahan Prof. Madya Raja Ahmad Alauddin yang diterbitkan pada 2005. Kini...

“Kisah Terbaik” daripada Fazura

Oleh: Khadijah Ibrahim TIDAK peduli dengan pandangan orang lain tentang dirinya, kini pelakon Fazura kembali meneruskan kerjaya seni suaranya dengan single baharu. Kali ini Fazura atau...

Raja Afiq kembali mengatur langkah dengan misi baharu

Oleh: Khadijah Ibrahim SELEPAS 'berehat' sekejap daripada dunia seni, kini pelakon Raja Afiq Raja Razali, 32, kembali aktif mengatur perjalanan seninya selepas melalui fasa yang...