GF GALAU Food Festival sasarkan 30,000 hingga 40,000 pengunjung

Oleh : Nafsiah Jani

Buat julung kalinya, warga Lembah Klang bakal disajikan dengan sebuah festival makanan dan hiburan terbesar hujung tahun menerusi penganjuran GF GALAU Food Festival (GFF) anjuran Gold Field Holding Sdn.Bhd. yang bakal berlangsung dari 27 hingga 31 Disember 2025.

Festival ini yang akan berlangsung selama lima hari (Sabtu hingga Rabu) di Setia Alam Convention Centre, Selangor. Festival ini menjanjikan kemeriahan tersendiri dengan pelbagai aktiviti menarik yang menggabungkan pameran makanan, gaya hidup, hiburan muzik dan acara keluarga dalam satu lokasi.

Penganjur, Azlisham Yusof, Event Manager Gold Field Holding Sdn. Bhd., berkata objektif utama festival ini adalah untuk merancakkan industri makanan tempatan di samping memberikan ruang kepada pengusaha kecil dan sederhana mempromosikan produk mereka menjelang sambutan tahun baharu.

Azlisham sasarkan 30,000 hingga 40,000 pengunjung.

“Kami mahu menjadikan GF GALAU Food Festival sebagai platform santai untuk seluruh masyarakat datang bersama keluarga dan rakan-rakan, menikmati pelbagai hidangan menarik serta hiburan secara berhemah dan selamat.”

Menurutnya, festival ini menyasarkan 30,000 hingga 40,000 pengunjung sepanjang lima hari penganjuran dengan pelbagai aktiviti yang mampu menarik minat semua lapisan umur. Antara aktiviti utama yang akan diadakan sepanjang festival termasuk gerai makanan dan minuman tempatan & antarabangsa, booth jualan dan pameran produk gaya hidup, pertunjukan bunga api pada malam tahun baharu dan persembahan pentas berupa konsert artis popular setiap malam menampilkan barisan hebat seperti Kristal, Ways, Exceed, Keena Mentor dan Arca Band.

Ann Ways antara artis yang turut menghiburkan pengunjung GF Galau Food festival.

Selain itu, acara cabutan bertuah turut menanti pengunjung bertuah. Antara hadiah yang bakal dibawa pula berupa 2 unit Scooter EV Bike, 1 unit Sony PlayStation 5 (PS5) 1 unit penghawa dingin, 1 unit televisyen 50 inci dan hamper.

Selain menikmati makanan yang enak, pengunjung juga dapat menyaksikan konsert percuma artis terkenal pada setiap malam serta menantikan detik sambutan malam tahun baharu dengan pertunjukan bunga api yang spektakular. GF GALAU Food Festival akan bermula setiap hari dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah malam, dengan malam penutup pada 31 Disember 2025 dijangka menjadi kemuncak sambutan tahun baharu.

Antara hadiah cabutan bertuah menanti pengunjung bertuah

Jadi jangan lepaskan peluang untuk sama-sama memeriahkan serta merasai kemeriahan GF GALAU Food Festival yang bakal menjelang nanti. Mereka yang berminat untuk membuka booth atau jika terdapat sebarang pertanyaan boleh hubungi Sha di talian 0183256339.

Latest

Sajian menu Pantai Timur di Rumoh Mekda

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA orang Kelantan, Terengganu dan Pahang yang...

Hashimah Yon digelar seniwati paling seksi!

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima...

Dulu tak percaya, kini Issey Miyake guna TikTok untuk cari rezeki

Oleh: Khadijah Ibrahim SEKARANG ini antara platform media sosial yang...

Dulu ‘introvert’, kini AG9 Official jadi Pengurus Bakat di KamiSempoi Premier Academy

Oleh: Khadijah Ibrahim SEKARANG ini ramai yang ingin menjadi pempengaruh...
spot_img

Jangan Terlepas!

Salam Maulidur Rasul 1448H

Oleh : Syed Yusof Wafa Sambutan Maulidur Rasul 1448H di...

Hashimah Yon digelar seniwati paling seksi!

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima...

SCAM MAKIN GANAS: Fahmi Arah Telco Beri Penjelasan Isu Ratusan Nombor Telefon Atas Satu Nama

Oleh: Syed Yusof Wafa Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil...
Nafsiah Jani
Nafsiah Jani
Nafsiah Jani adalah seorang wartawan hiburan. Beliau pernah menulis di Utusan Malaysia, majalah URTV, Wanita, Saji terbitan Utusan Karya serta pernah menjadi wartawan tetap di Ladybosz.com
spot_imgspot_img

Sajian menu Pantai Timur di Rumoh Mekda

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA orang Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menetap di ibu kota, rindu untuk menikmati makanan seperti masakan ibu di kampung, bolehlah singgah...

Hashimah Yon digelar seniwati paling seksi!

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima Kasih Datuk Sri Rozita Ramelan) WALAUPUN memulakan langkah sebagai pelakon kanak-kanak ketika berusia 11 tahun dalam...

Dulu tak percaya, kini Issey Miyake guna TikTok untuk cari rezeki

Oleh: Khadijah Ibrahim SEKARANG ini antara platform media sosial yang sering mendapat perhatian warga maya adalah TikTok kerana ia merupakan platform video berdurasi pendek yang...