Wow!..Dodol Warisan Cik Wan Kekal Jadi Pilihan Kerabat Diraja dan VVIP

Oleh: Syed Wafa
Foto: Ehsan Cik Wan

Dodol bukan sekadar juadah tradisional, malah menjadi simbol warisan yang terus hidup di Perlis melalui Rumah Dodol Warisan Cik Wan.

Dengan resipi turun-temurun sejak hampir 60 tahun lalu, dodol keluaran Mohamad Azwan bin Yahaya, atau lebih mesra dikenali sebagai Cik Wan, kekal menjadi pilihan pelanggan istimewa termasuk kerabat diraja dan golongan VVIP.

Cik Wan bersama Tuanku Syed Sirajuddin (duduk) bersama isteri Tuanku Tengku Fauziah sedang menyaksikan proses membuat dodol.

Resipi asli keluarga ini diwarisi daripada arwah bapa saudara beliau sebelum diturunkan kepada ibunya, Mak Mah Binti Long pada tahun 1981, dan seterusnya kepada Cik Wan sejak 2005 hingga kini.

Keaslian ramuan yang menggunakan santan segar dan gula melaka tulen tanpa bahan pengawet menjadi rahsia keenakan dodolnya.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faìzuddin Putra Jamalullail ( baju hijau) bersama isteri bergambar kenangan bersama Che Wan (tengah sekali) yang juga tauke Rumah Dodol.

“Dodol ini istimewa kerana ia bukan sekadar makanan, tetapi warisan keluarga yang saya rasa bertanggungjawab untuk teruskan. Alhamdulillah, sambutannya sangat menggalakkan sehingga menjadi kegemaran kerabat diraja Perlis dan pelanggan VVIP dari negeri lain,” katanya.

Menyediakan dodol memerlukan masa antara enam hingga lapan jam bagi memastikan ia benar-benar masak, pekat dan tahan lama.

(Tiga dari kiri) Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman turut memberi sokongan kepada Rumah Dodol Warisan Cik Wan.

Walaupun lebih gemar menggunakan dapur kayu yang memberikan aroma harum, Cik Wan kini menggunakan dapur gas bagi memenuhi permintaan tempahan yang semakin meningkat.

Dodol dihasilkan dalam pelbagai perisa iaitu asli, pulut hitam, dan durian, dengan dodol pulut hitam menjadi pilihan paling laris.

Nurul Izah mencuba kelazatan dodol air tangan Cik Wan.

Dengan 10 orang pekerja tetap, Rumah Dodol Warisan mampu memasak sehingga lapan kawah pada musim cuti sekolah bagi menampung permintaan pelanggan.

Selain dijual di rumahnya di Kampung Warna Warni, Kuala Perlis, dodol Cik Wan turut ditempah melalui WhatsApp dan dihantar ke seluruh negara. Ia mampu bertahan sehingga dua minggu jika disimpan dengan betul.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh ( baju biru) begitu seronok mengacau dodol.

“Harapan saya ialah untuk melihat dodol warisan keluarga ini terus dikenali, bukan sahaja di Perlis dan Malaysia, malah di peringkat antarabangsa,” katanya.

Rumah Dodol Warisan Cik Wan beroperasi setiap hari sepanjang cuti sekolah, manakala pada minggu biasa ia dibuka dari Khamis hingga Ahad bermula jam 9 pagi hingga 7 petang.

Cik Wan menunjukkan dodol keluaran syarikatnya.

Untuk tempahan, orang ramai boleh menghubungi 017-5124776 (Cik Wan)

Latest

SHOWCASE “UNTUKMU” HASNOL: KETIKA MELODI BERTEMU MEMORI, SATU MALAM YANG AKAN MERESAP DI JIWA

Oleh: Syed Yusof Wafa Bagi generasi yang membesar dengan irama...

PENGASIH Malaysia Cemerlang Di NATCOM 2026, Raih Dua Pingat Emas Melalui Inovasi Pemulihan Ketagihan

Oleh: Syed Yusof Wafa Foto: Ehsan PENGASIH Malaysia Dua inovasi, dua...

Konsert Rindu Sumayyah, rai tiga dekad Hijjaz

Oleh: Khadijah Ibrahim PADA 16 dan 17 Oktober ini akan...

‘Live Concert: Elegant Selamanya’, himpun wanita jelita berkarisma

Oleh: Khadijah Ibrahim INILAH masanya untuk rakyat tempatan menyokong produk...
spot_img

Jangan Terlepas!

One Legendary Night, rai 35 tahun Hard Rock Cafe KL

Oleh: Khadijah Ibrahim SEMPENA sambutan ulang tahun Hard Rock Cafe...

‘Live Concert: Elegant Selamanya’, himpun wanita jelita berkarisma

Oleh: Khadijah Ibrahim INILAH masanya untuk rakyat tempatan menyokong produk...

SHOWCASE “UNTUKMU” HASNOL: KETIKA MELODI BERTEMU MEMORI, SATU MALAM YANG AKAN MERESAP DI JIWA

Oleh: Syed Yusof Wafa Bagi generasi yang membesar dengan irama...

AKAR//NEXT 2026 ajak pengunjung terokai pelbagai sisi budaya, kreativiti dalam satu ruang

Oleh: Khadijah Ibrahim PASAR Seni atau Central Market merupakan salah...

PENGASIH Malaysia Cemerlang Di NATCOM 2026, Raih Dua Pingat Emas Melalui Inovasi Pemulihan Ketagihan

Oleh: Syed Yusof Wafa Foto: Ehsan PENGASIH Malaysia Dua inovasi, dua...
Syed Yusof Wafa
Syed Yusof Wafa
SYED Yusof Wafa pernah menulis dan melukis di Utusan Malaysia (sisipan Remaja), URTV, Mangga, Hai, URS, Hit, Variapop serta pernah menjadi Editor Majalah Oh-Gee dan editor portal terkenal Ladybosz.com
spot_imgspot_img

SHOWCASE “UNTUKMU” HASNOL: KETIKA MELODI BERTEMU MEMORI, SATU MALAM YANG AKAN MERESAP DI JIWA

Oleh: Syed Yusof Wafa Bagi generasi yang membesar dengan irama slow rock dan balada jiwang yang menusuk kalbu, nama Hasnol bukanlah nama asing. Suaranya pernah...

PENGASIH Malaysia Cemerlang Di NATCOM 2026, Raih Dua Pingat Emas Melalui Inovasi Pemulihan Ketagihan

Oleh: Syed Yusof Wafa Foto: Ehsan PENGASIH Malaysia Dua inovasi, dua pingat emas dan satu misi besar: memperkukuh usaha pemulihan ketagihan melalui pendekatan yang lebih tersusun,...

Konsert Rindu Sumayyah, rai tiga dekad Hijjaz

Oleh: Khadijah Ibrahim PADA 16 dan 17 Oktober ini akan berlangsung 'Konsert Hijjaz 3 Dekad: Rindu Sumayyah' di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Konsert anjuran Inteam Records...