Izzue Islam pentingkan keluarga daripada isteri untuk “Bahagia Yang Tertangguh”

Oleh: Khadijah Ibrahim

BARU-BARU ini penulis berkesempatan hadir ke majlis pelancaran dua drama terbitan Astro iaitu “Bahagia Yang Tertangguh” dan Impiana: Karma”.

Ya Allah, baru tengok teaser saja, penulis sudah ada rasa ‘benci’ pada Izzue Islam yang melakonkan watak Zakuan dalam drama “Bahagia Yang Tertangguh” arahan Osman Ali yang bakal ditayangkan di slot MegaDrama mulai 17 November ini, setiap Isnin hingga Khamis, pukul 10 malam di Astro Ria (saluran 104).

Apabila penonton sudah ada rasa kurang enak dengan lakonan yang ditonjolkan, itu membuktikan watak yang dibawa oleh Izzue ‘hidup’ dan tidak dinafikan karakter Zakuan itu ada saja dalam kehidupan kebanyakan wanita yang berumah tangga.

Zakuan curang dengan Azrin Sofea, lakonan Mimi Ernida (kiri) dan mengabaikan isteri Nurin Hana lakonan Nad Zainal (kanan) dalam “Bahagia Yang Tertangguh”.

Zakuan adalah seorang suami yang mengharapkan isterinya, Nurin Hana, lakonan Nad Zainal sebagai provider rumah tangga mereka kerana wanita tersebut berkerjaya dan pendapatannya meleibih dirinya.

Melakonkan watak suami yang membelakangkan isteri tapi mengutamakan keluarga sendiri, merupakan watak yang diidamkan oleh Izzue Islam atau nama penuhnya, Muhammad Izzul Islam Mazlan, 35 tahun.

“Sudah lama saya nantikan watak antagonis seperti ini. Selalunya watak antagonis bagi saya sangat limited sebab orang selalu nampak muka saya dan kata tak kena untuk watak antagonis kerana muka tak cukup jahat.

“Apabila diberi tawaran oleh Astro dan iFame untuk watak Zakuan, ganas dan jahat dan jadi redflaq, memang saya nantikan watak berat macam ini. Saya sangat berbesar hati kerana mereka mempercayai saya untuk bawa watak Zakuan dalam drama “Bahagia Yang Tertangguh”.

Amat berbesar hati kerana mendapat kepercayaan produksi untuk membawa watak Zakuan.

“Untuk menjayakan watak Zakuan, saya tak banyak rujukan. Saya cuma baca skrip dan tengok balik wataknya dan baca novel. Kerisauan saya apabila baca novel setiap orang akan ada imaginasinya sendiri untuk setiap watak.

“Saya nak kena gabungkan idea orang lain apa yang mereka nampak tentang watak Zakuan dan apa yang saya nampak. Itu adalah cabaran yagn terbesar saya rasa. Saya harap menepati cita rasa rakyat Malaysia dan peminat-peminat novel ini sendiri, terutamanya penulis novel.

“Bila dia tengok drama ini, dia akan berkata inilah Zakuan yang dia gambarkan dan tulis itu,” jelas Izzue yang turut mendapatkan pandangan pengarah dan rakan pelakon lain untuk memastikan watak tersebut tampak ‘hidup’,” jelasnya mengharapkan watak Zakuan diterima ramai.

Sementara itu, Osman Ali berkata, beliau bersetuju untuk mengarah drama 28 episod, skrip olahan Oka Aurora yang diadaptasi dari novel popular karya Rissa Ahdiya kerana tertarik dengan tema drama tersebut.

“Saya tertarik dengan tema drama ini kerana ia bukan tentang drama curang yang pernah saya hasilkan sebelum ini. Tema dalam drama ini tentang sistem rumah tangga itu apabila campur tangan pihak yang tidak sepatutnya telah memporak peranda kan rumah tangga.

“Itu adalah salah satu masalah yang selalu berlaku dalam hubungan rumah tangga apabila ada pihak yang memberi input negatif dan mencetuskan pergolakan dalam rumah tangga. Bukan tentang curang semata-mata untuk drama ini, itulah kelainan untuk drama ini.

Selain berlakon, Izzue Islam juga seorang pengacara dan penyanyi.

“Sebenarnya untuk drama ini saya rasa bertuah sebab berpeluang bekerja dengan barisan pelakon yang saya tak pernah bekerjasama. Sebagai pengarah, saya sangat tertarik untuk bekerjasama dengan pelakon yang kita tidak berpeluang sebelum ini,” akuinya.

Jelas Osman lagi, selalunya beliau akan mengarah drama atau filem yang menampilkan pelakon yang sudah biasa bekerjasama dengannya sebelum itu.

“Apabila saya bertanya tentang pelakon, saya tak sangka ada di antara pelakon yang saya tak terfikir sebab kita dalam satu circle dan selalu ambil orang yang sama. Jadi kita nak juga mendapat pengalaman bekerjasama dengan pelakon lain.

“Jadi untuk drama ini saya pertama kali bekerjasama dengan Izzue dan Nad Zainal juga dan yang lain-lain. Pengalaman bila kita bekerja dengan pelakon yang pertama kali kita bekerjasama, kita berkongsi pemikiran yang berbeza dan idea yang lain juga, satu pengalaman yang menarik.

“Saya bersyukur kerana gandingan pelakon untuk drama ini Nad, Izzue dan Che Ta sangat bagus gandingan mereka. Memberikan satu gandingan yang sangat baik,” katanya memuji barisan pelakon yang terlibat dalam drama tersebut.

Sementara itu, Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu, Astro, Raqim Ahmad berkata, sebagai Home of Drama, Astro kekal komited dalam menyampaikan kandungan berkualiti tinggi dengan jalan cerita yang memberi impak serta terus menginspirasi dan menghiburkan para penonton di Malaysia.

Bersama barisan pelakon dan team produksi untuk drama “Bahagia Yang Tertangguh”.

“Kami sekali lagi berbangga dapat bekerjasama dengan barisan penulis dan pengarah paling berbakat dalam industri, termasuk penghasilan adaptasi daripada novel-novel popular yang sekian lama dekat di hati penonton tempatan.

““Bahagia Yang Tertangguh merupakan antara hadiah istimewa Astro buat penonton sempena penutup tahun ini, menampilkan naskhah dengan jalan cerita yang menyentuh perasaan, lakonan mantap serta mesej yang penuh makna.

“Kami berharap drama ini mampu memberikan hiburan yang mengujakan di samping ruang untuk renungan menjelang akhir tahun 2025. Kami amat menghargai kerjasama dan sokongan padu daripada rakan kreatif yang terus memperkukuh portfolio kandungan kami, sekali gus memastikan Astro kekal sebagai destinasi utama bagi drama tempatan terbaik,” ujar Raqim.

Tambahnya lagi, “Bahagia Yang Tertangguh” dikeluarkan setelah kejayaan “Andai Tiada Dia” yang merupakan karya Rissa Ahdiya juga yang menampilkan lakonan Ummi Nazeera dan Hisyam Hamid.

“Kita dah berbincang dengan novelis setahun lebih untuk terbitkan cerita ini. Kita rasa cerita ini ada keistimewaan tersendiri. Kalau kita lihat sebelum ini kisah rumah tangga masih menjadi genre yang diminati oleh penonton di Malaysia, contohnya “Curang Tanpa Niat”, “Mandul Bukan Pilihan” yang kita terbitkan. Apa saja yang kena mengena dengan kisah rumah tangga dapat sambutan yang baik.

“Apa yang lain tentang drama “Bahagia Yang Tertangguh” adalah tentang isu isteri provider yang kita ketengahkan. Ini adalah antara topik yang sedang hangat dibincangkan tentang isteri yang menanggung suami dan sebagainya. Tidak dapat dinafikan, tapi perkara ini berlaku dalam masyarakat dan kita nak ketengahkan, selain itu juga tentang isu ipar beracun.

“Istimewanya kalau anda lihat penulisan novelis Rissa dan Oka Arora yang kita tahu dia yang tulis “Ipar Adalah Maut”. Kita tahu itu kelebihan Oka dan kita gabungkan untuk pertama kalinya penulisan daripada Oka dan Rissa. Kita harap ini akan membawa satu naskhah yang besar,” jelas Raqim tentang drama terbitan iFAME Sdn. Bhd., itu.

Latest

Selamat Hari Raya Haji

Assalamualaikum semua... Kami di Wafa News. Com mengucapkan Selamat menyambut...

DPDDM jalin kerjasama dengan Standard Chatered

Oleh: Nafsiah Jani Baru-baru ini Dewan Perniagaan Datuk Dato Malaysia...

Filem Kata Hati tampilkan wajah baharu yang serasi

Oleh: Khadijah Ibrahim MULAI 4 Jun ini, filem Kata Hati...

Pendekatan Pelarasan Tulang Tanpa Pembedahan Diperkenalkan oleh MMW Bone Alignment Centre

Oleh : Nafsiah Jani Gaya hidup moden yang melibatkan duduk...
spot_img

Jangan Terlepas!

Suami selamatkan Neng Yatimah daripada kerakusan tentera Jepun!

Oleh SYED WAFA Foto Koleksi Syed Wafa Sumber : Ladybosz (Terima...

Ekspo Lanhua Malaysia ke-2, Mampu Perkukuh Kerjasama Perdagangan Shandong–Malaysia

Oleh : Nafsiah Jani Sambutan yang cukup memberangsangkan bagi membeli...

Kenny G datang ke Malaysia lagi, 12 Julai ini

Oleh: Khadijah Ibrahimw PEMAIN saksafon tersohor, Kenny G, bakal kembali...

1 Cinta 1 Rindu daripada Tantari

Oleh: Khadijah Ibrahim MESKIPUN usianya baru menjangkau 9 tahun, namun...

Filem Nar’sata: Sekutu Setan percubaan berani Metrowealth

Oleh: Khadijah Ibrahim KALAU anda seorang penakut, dilarang menonton filem...
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim adalah seorang wartawan hiburan, pernah bertugas di Kumpulan Utusan sebagai wartawan di URTV dan jawatan terakhir adalah sebagai Penolong Pengarang Hiburan di Utusan Malaysia, pernah menjadi wartawan hiburan di Ladybosz.com serta berpengalaman sebagai “Content Writer”di Majalah Suria 7 terbitan theStar.
spot_imgspot_img

Selamat Hari Raya Haji

Assalamualaikum semua... Kami di Wafa News. Com mengucapkan Selamat menyambut Hari Raya Haji! Semoga ibadah korban kita diterima dan kita menjadi insan yang lebih sabar...

DPDDM jalin kerjasama dengan Standard Chatered

Oleh: Nafsiah Jani Baru-baru ini Dewan Perniagaan Datuk Dato Malaysia (DPDDM) telah mengadakan satu pertemuan penuh bermakna dan cukup produktif bersama pihak pengurusan Standard Chartered...

Filem Kata Hati tampilkan wajah baharu yang serasi

Oleh: Khadijah Ibrahim MULAI 4 Jun ini, filem Kata Hati yang bergenre komedi romantik akan menemui penonton di pawagam di seluruh negara. Filem arahan Nadiah Hamzah...