Sheila Majid lambang perpaduan dan setia kawan

Oleh: Khadijah Ibrahim

WOW! Jualan tiket untuk konsert Sheila Majid 40 Years In Music habis terjual dan kira-kira 9,000 penonton menghadirkan diri ke Axiata Arena Bukit Jalil pada 8 November baru-baru ini.

Jualan tiket laris tidak mengejutkan kerana selama 40 tahun dalam industri, sudah tentu penyanyi Datuk Sheila Majid mempunyai ribuan peminat yang tegar dari dulu hingga kini.

Tohpati pemuzik dari Indonesia sering menjadi pengarah muzik untuk Sheila jika dia mengadakan persembahan di sana.

Apa yang menarik perhatian penulis, penonton yang hadir bukan sahaja dari sekitar Kuala Lumpur kerana Sheila atau nama lengkapnya Shaheila Abdul Majid, memang berasal dari ibu negara Malaysia.

Justeru itu kata Sheila, setiap kali mengadakan konsert, separuh daripada penonton yang hadir adalah ‘ahli keluarganya’ kerana sudah tentu peminat yang menetap di sekitar ibu kota tidak akan melepaskan peluang untuk menonton persembahan penyanyi yang muncul dengan album sulung “Dimensi Baru” pada 1985 yang popular dengan lagu “Pengemis Muda”.

Konsert anjuran Altus Prohouse dan TopGallant Show itu bukan sahaja dihadiri oleh warga negara tempatan tapi juga apabila ditanya, ada yang mengaku berasal dari Singapura, Brunei dan Indonesia.

Turut memberi peluang kepada anaknya, Kayda untuk mengadakan persembahan di pentas yang sama.

Ternyata konsert Sheila yang bermula pada kira-kira jam 8.50 malam itu berjaya menyatukan peminatnya dari beberapa negara di bawah satu bumbung.

Buktinya, di antara ribuan penonton itu ada penyanyi dari Indonesia iaitu Afgan dan Vina Panduwinata, penyanyi asal lagu “Dia” yang dicipta oleh Randy Anwar itu turut dinyanyikan semula oleh Sheila dan dimuatkan dalam album pertamanya.

Manakala artis tempatan yang turut hadir menonton persembahan Sheila adalah Anuar Zain, Datuk M.Nasir, Misha Omar, Ella dan Jaclyn Victor.

Mengenakan tiga pasang pakaian yang berona merah untuk konsert pada malam itu.

Penulis lebih kagum apabila melihat penonton yang hadir bukan sahaja di kalangan orang Melayu, malah ada juga penonton berbangsa Cina dan India. Tidak ramai penyanyi Melayu yang dapat mengumpul peminat dari pelbagai kaum. Selain Sheila, penulis perasan seorang lagi penyanyi tempatan yang mampu menyatukan pelbagai bangsa menerusi lagu-lagu dendangannya adalah Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Bagi penulis, apabila seorang individu itu mampu mengumpul pelbagai bangsa di satu lokasi selain sukan bola sepak atau badminton, ini merupkan satu kejayaan besar kepada figura tersebut. Individu tersebut ibarat lambang perpaduan kerana menerusi karyanya, beliau berupaya mengumpul pelbagai bangsa.

Sheila yang memulakan persembahan dengan lagu “Warna”, ciptaan Indera Lesmana yang merupakan album studio ketiganya yang diterbitkan pada 1988. Selepas itu beliau meneruskan persembahan dengan lagu “Bahagia” dan “Nada”.

Pada Jun 2026, Sheila bakal menjayakan konsert di Singapura pula.

“Good evening Axiata. Will come to my 40th party. Saya tak pernah terfikir dapat melakukan apa yang saya cintai selama ini. Semua ini tidak akan menjadi kenyataan tanpa sokongan anda semua, para peminat saya.

“No stiletto, all sneakers kan? Terima kasih kerana sokongan anda semua selama 40 tahun ini. Malam ini adalah parti untuk kita, jom kita raikannya,” kata Sheila sambil disambut sorakan gemuruh daripada penonton.

Sheila yang mengenakan tiga pasang persalinan berwarna merah sepanjang persembahan lebih dua jam itu telah mendendangkan kira-kira 25 buah lagu popularnya sejak awal kemunculan hinggalah lagu terkini, “Moving On” yang dilancarkan pada 31 Julai lalu untuk merai ulang tahun ke-40 penglibatannya dalam industri muzik.

Selain menampilkan persembahan yang bertenaga pada usia 60 tahun, Sheila secara peribadi juga dapat dilihat sebagai seorang yang ‘setia kawan’ kerana rata-rata pemuzik yang mengiringinya termasuk penyanyi latar sudah lama berkongsi pentas dengannya.

Pengalaman selama 40 tahun dalam industri seni membuktikan Sheila Majid seorang penghibur tersohor.

Salah seorang yang sudah 10 tahun berkolaborasi dengan beliau adalah pemain gitar, Tohpati yang mencipta lagu “Kerinduan” yang dimuatkan dalam album “Cinta Kita” pada 2004.

“Tohpati selalu menjadi pengarah muzik saya setiap kali saya mengadakan persembahan di Indonesia. Kalau ikutkan saya ada tiga orang pengarah muzik. Kalau di Indonesia Tohpati, di Malaysia pula kawan yang begitu setia dengan saya adalah Mac Chew sejak dulu hingga sekarang,” jelas Sheila mengenai pengarah muzik yang sering bekerjasama dengannya termasuklah Acis.

Sewaktu memperkenalkan 10 orang pemuzik dan tiga penyanyi latar yang mengiringinya, Sheila tidak perlu melihat teleprompter untuk memperkenalkan mereka. Sebaliknya, beliau dengan mesra menyebut nama mereka dan bercerita perihal mereka. Ini membuktikan yang Sheila selesa bekerjasama dengan pasukan yang sama.

“Jadi Sheila Majid 40 Years in Music adalah tribute terhadap banyaknya pembabitan individu-individu hebat di belakang saya dan menjadi tanda manis kepada karier saya yang masih diterima baik oleh generasi kini

Pemuzik dan penyanyi latar yang terlibat dalam konsert Sheila Majid sudah lama berkolaborasi dengan penyanyi itu.

“Empat dekad atau 40 tahun satu fasa perjalanan karier yang cukup panjang. Saya juga tidak pernah menyangka memiliki keberuntungan dicintai peminat yang tidak pernah berhenti menyokong saya sejak 40 tahun lepas.

“Ini adalah anugerah buat saya. Keberadaan empat dekad saya dalam industri seni Nusantara juga bukan hasil individu tetapi saya telah bertuah kerana mendapat khidmat ramai ‘arkitek’ dan ‘tangan magis’ yang membantu karier saya sehingga kini,” jelas Sheila yang menamatkan persembahan dengan lagu “Sinaran”.

Pada konsert tersebut juga, anaknya, Kayda tampil mendendangkan lagu “Boneka” yang juga judul album kelapan, Sheila yang dikeluarkan pada 2017.

Jika ada yang ingin mengulangi menonton persembahan Sheila, jangan lupa untuk menempah tiket Sheila Majid: 40 Years in Music di Esplande Concert Hall, Singapura yang akan berlangsung pada 6 Jun 2026.

Latest

Selamat Hari Raya Haji

Assalamualaikum semua... Kami di Wafa News. Com mengucapkan Selamat menyambut...

DPDDM jalin kerjasama dengan Standard Chatered

Oleh: Nafsiah Jani Baru-baru ini Dewan Perniagaan Datuk Dato Malaysia...

Filem Kata Hati tampilkan wajah baharu yang serasi

Oleh: Khadijah Ibrahim MULAI 4 Jun ini, filem Kata Hati...

Pendekatan Pelarasan Tulang Tanpa Pembedahan Diperkenalkan oleh MMW Bone Alignment Centre

Oleh : Nafsiah Jani Gaya hidup moden yang melibatkan duduk...
spot_img

Jangan Terlepas!

KEETH Kembali Dengan EP Hollywood Diaries

Oleh: Syed Yusof Wafa Terus bangkit, selepas Kejayaan Naib Juara...

Ekspo Lanhua Malaysia ke-2, Mampu Perkukuh Kerjasama Perdagangan Shandong–Malaysia

Oleh : Nafsiah Jani Sambutan yang cukup memberangsangkan bagi membeli...

Selamat Hari Raya Haji

Assalamualaikum semua... Kami di Wafa News. Com mengucapkan Selamat menyambut...

Suami selamatkan Neng Yatimah daripada kerakusan tentera Jepun!

Oleh SYED WAFA Foto Koleksi Syed Wafa Sumber : Ladybosz (Terima...

Filem Kata Hati tampilkan wajah baharu yang serasi

Oleh: Khadijah Ibrahim MULAI 4 Jun ini, filem Kata Hati...
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim adalah seorang wartawan hiburan, pernah bertugas di Kumpulan Utusan sebagai wartawan di URTV dan jawatan terakhir adalah sebagai Penolong Pengarang Hiburan di Utusan Malaysia, pernah menjadi wartawan hiburan di Ladybosz.com serta berpengalaman sebagai “Content Writer”di Majalah Suria 7 terbitan theStar.
spot_imgspot_img

Selamat Hari Raya Haji

Assalamualaikum semua... Kami di Wafa News. Com mengucapkan Selamat menyambut Hari Raya Haji! Semoga ibadah korban kita diterima dan kita menjadi insan yang lebih sabar...

DPDDM jalin kerjasama dengan Standard Chatered

Oleh: Nafsiah Jani Baru-baru ini Dewan Perniagaan Datuk Dato Malaysia (DPDDM) telah mengadakan satu pertemuan penuh bermakna dan cukup produktif bersama pihak pengurusan Standard Chartered...

Filem Kata Hati tampilkan wajah baharu yang serasi

Oleh: Khadijah Ibrahim MULAI 4 Jun ini, filem Kata Hati yang bergenre komedi romantik akan menemui penonton di pawagam di seluruh negara. Filem arahan Nadiah Hamzah...