Ernie Zakri tampil berbeza dengan “Dansa”

Oleh: Khadijah Ibrahim

DALAM kehidupan pasti ada suka dan duka. Biar apapun situasinya, setiap orang harus mengharunginya kerana itu adalah sebahagian daripada lumrah kehidupan manusia. Cuma terpulang kepada masing-masing bagaimana cara untuk mengatasinya.

Penyanyi Ernie Zakri ada cara untuk membantu anda menghilangkan rasa resah tersebut selain daripada bertawakal kepada Yang Maha Esa.

Menerusi single baharu berjudul “Dansa” Ernie mahu membangkitkan semangat pendengar menerusi mesej yang segar untuk meraikan kehidupan walaupun dalam kesedihan menerusi karya bergenre pop moden dan elemen funky.

Lagu “Dansa” merupakan kerjasama antara Ernie denganJohn Jeeves.

Menurut Ernie, “Dansa” hadir daripada keinginan untuk mengajak orang ramai agar tidak terus tertekan dengan cabaran hidup.

“Emosi yang ingin saya sampaikan adalah bahawa kita boleh ‘menari jauh’ daripada segala kerisauan. Dalam kehidupan, kadangkala kita terlalu dibebani tekanan sehingga lupa untuk menikmati serta menghargai apa yang berada di hadapan mata,” kata Ernie.

Menariknya, “Dansa” merupakan produk yang dihasilkan daripada kerjasama erat antara Ernie dan John Jeeves dalam proses penulisan dan penerbitan lagu tersebut. Sekali gus, turut memperlihatkan keserasian dan kefahaman kreatif yang tinggi antara kedua-duanya.

Single baharu Ernie Zakri menampilkan mesej yang positif.

“Bekerjasama dengan John sememangnya satu pengalaman yang sentiasa menyenangkan. Aliran idea kami berjalan dengan sangat lancar dan proses penulisan lirik juga berlaku dalam tempoh yang singkat kerana saya jelas dengan hala tuju yang ingin dibawa. Saya berharap lagu ini dapat membantu pendengar untuk melupakan kesedihan dan menikmati setiap detik yang hadir,” harapnya.

“Dansa” turut memperlihatkan sisi muzik Ernie yang lebih moden dan berani bereksperimen. Walaupun masih mengekalkan genre pop yang menjadi identitinya, pendekatan kali ini lebih funky dan segar, menjadikan lagu ini antara karya yang menyerlah dalam katalog muziknya.

“Walaupun “Dansa” masih berteraskan genre pop, pendekatannya lebih funky dan kontemporari. Saya juga merancang untuk menyertakan lagu ini dalam album “Sahabat”, agar keseluruhan album menampilkan variasi konsep yang menarik dan dapat dinikmati oleh semua lapisan pendengar,” tambah Ernie.

Dengan kekuatan vokal yang tersendiri, mesej positif yang menyentuh jiwa serta susunan muzik yang dinamik, “Dansa” dijangka menjadi antara karya penting dalam perjalanan karier seni Ernie, memperkukuh kedudukannya sebagai salah seorang penyanyi wanita terkemuka negara. Kini “Dansa” boleh didengarkan di semua digital platform.

Latest

PERTEM persembahkan teater muzikal “Qais & Laila”

Oleh: Khadijah Ibrahim PASTI ada di antara anda yang pernah...

“Kisah Terbaik” daripada Fazura

Oleh: Khadijah Ibrahim TIDAK peduli dengan pandangan orang lain tentang...

Raja Afiq kembali mengatur langkah dengan misi baharu

Oleh: Khadijah Ibrahim SELEPAS 'berehat' sekejap daripada dunia seni, kini...
spot_img

Jangan Terlepas!

Awie ‘langgar’ nasihat doktor demi tugas

Oleh: Khadijah Ibrahim Foto: Alang Nordin PENYANYI rock Awie bersyukur...

Raja Afiq kembali mengatur langkah dengan misi baharu

Oleh: Khadijah Ibrahim SELEPAS 'berehat' sekejap daripada dunia seni, kini...

Busana Kitar Semula ‘Eco Futuristik Lestari’ Juara Persona Lestari FELDA

Oleh : Nafsiah Jani JENGKA, 8 Julai – Kreativiti mengubah...

Fahami isi hati Nadeera, “Cuba Jadi Aku”

Oleh: Khadijah Ibrahim SELEPAS berjaya mencipta fenomena luar biasa menerusi...

Mariani, seniwati paling sejati

Oleh SYED WAFA Foto Koleksi SYED WAFA/Ehsan Nazran HM Rohaizad...
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim adalah seorang wartawan hiburan, pernah bertugas di Kumpulan Utusan sebagai wartawan di URTV dan jawatan terakhir adalah sebagai Penolong Pengarang Hiburan di Utusan Malaysia, pernah menjadi wartawan hiburan di Ladybosz.com serta berpengalaman sebagai “Content Writer”di Majalah Suria 7 terbitan theStar.
spot_imgspot_img

PERTEM persembahkan teater muzikal “Qais & Laila”

Oleh: Khadijah Ibrahim PASTI ada di antara anda yang pernah menonton filem "Qaisy & Laila", arahan Prof. Madya Raja Ahmad Alauddin yang diterbitkan pada 2005. Kini...

“Kisah Terbaik” daripada Fazura

Oleh: Khadijah Ibrahim TIDAK peduli dengan pandangan orang lain tentang dirinya, kini pelakon Fazura kembali meneruskan kerjaya seni suaranya dengan single baharu. Kali ini Fazura atau...

Raja Afiq kembali mengatur langkah dengan misi baharu

Oleh: Khadijah Ibrahim SELEPAS 'berehat' sekejap daripada dunia seni, kini pelakon Raja Afiq Raja Razali, 32, kembali aktif mengatur perjalanan seninya selepas melalui fasa yang...