Pasya kembali dengan “Aku Bukan Cinta”

Oleh: Khadijah Ibrahim

LAGU “Aku Bukan Cinta” dendangan Pasya bukan sekadar nyanyian tapi karya ciptaan Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh dengan lirik ditulis oleh Ikhwan Fatanna itu adalah sebuah lagu yang cukup dekat di hati dan penuh emosi bagi naib juara program realiti ‘Mentor 7’ itu.

Menurut Pasya atau Faizul Ashraff Fauzi, “Aku Bukan Cinta” bukan sekadar mengangkat kisah putus cinta, tetapi juga simbol kekuatan untuk melepaskan sesuatu yang tidak lagi memberi kebahagiaan.

“Sejujurnya, pertama kali saya mendengar demo lagu ini, saya terus jatuh hati kerana melodinya sangat kuat dan liriknya begitu dekat dengan realiti kehidupan.

“Single “Aku Bukan Cinta” adalah sebuah lagu balada yang cukup emosional, membawa kisah tentang luka dalam sebuah hubungan apabila cinta tidak dihargai. Ia bukan sekadar sebuah lagu putus cinta, tetapi juga kisah mengenai kekuatan untuk melepaskan sesuatu yang tidak lagi memberi bahagia.

Pasya akui pertama kali dengar demo lagu ciptaan Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh, dia terus jatuh hati.

“Saya percaya ramai yang pernah melalui pengalaman seperti dalam lagu ini, jadi saya rasa ia ada ‘jiwa’ yang mampu menyentuh hati pendengar. Ditambah pula dengan garapan melodi yang indah, susunan muzik yang segar serta mesej yang kuat, “Aku Bukan Cinta” diyakini mampu mendapat tempat di hati para pencinta muzik tanah air,” katanya.

Bercerita lanjut tentang kerjasamanya dengan Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh, gandingan komposer yang menjuara ‘Anugerah Juara Lagu’ ke-39 itu, Pasya akui ia merupakan satu pengalaman berharga buat dirinya.

“Ikhwan memberi sentuhan lirik yang puitis tapi mudah difahami manakala Wan Saleh pula mengangkat lagu ini dengan susunan muzik yang moden, segar dan penuh perasaan. Saya rasa sangat beruntung dapat belajar daripada mereka.

“Dari sudut mesej, “Aku Bukan Cinta” membawa nilai keberanian dalam menerima hakikat sesuatu hubungan yang tidak lagi sehaluan. Walaupun perit, kadang-kadang kita perlu lepaskan demi kebahagiaan diri sendiri dan juga orang yang kita sayang. Lagu ini adalah tentang keikhlasan dan juga doa agar orang yang pernah kita cintai tetap bahagia,” kata Pasya lagi.

Pasya merupakan naib johan untuk program ‘Mentor 7’.

Berkongsi mengenai proses rakaman lagu, Pasya mengakui cabaran utamanya adalah untuk benar-benar menyelami setiap bait lirik agar penyampaian vokal sampai dengan jujur kepada pendengar.

Sebagai harapan, Pasya meletakkan single yang diterbitkan di bawah syarikat rakaman Seventeen Eleven Music itu sebagai langkah baharu yang lebih matang dalam perjalanan seninya.

“Saya harap peminat dapat merasai kejujuran yang cuba saya sampaikan. Kalau lagu ini dapat menjadi penguat semangat kepada mereka yang pernah terluka dalam percintaan, itu sudah cukup bermakna bagi saya. Bagi saya, “Aku Bukan Cinta” adalah fasa baharu yang lebih dewasa dalam kerjaya seni saya,” katanya.

Single ini boleh distrim di semua platform digital dan video muzik rasmi “Aku Bukan Cinta” juga boleh ditonton di saluran YouTube ‘Seventeen Eleven Music’ di pautan https://youtu.be/wwDJrzYmWjE?si=WvT8lsZtGPPayc1A.

Latest

Sajian menu Pantai Timur di Rumoh Mekda

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA orang Kelantan, Terengganu dan Pahang yang...

Hashimah Yon digelar seniwati paling seksi!

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima...

Dulu tak percaya, kini Issey Miyake guna TikTok untuk cari rezeki

Oleh: Khadijah Ibrahim SEKARANG ini antara platform media sosial yang...

Dulu ‘introvert’, kini AG9 Official jadi Pengurus Bakat di KamiSempoi Premier Academy

Oleh: Khadijah Ibrahim SEKARANG ini ramai yang ingin menjadi pempengaruh...
spot_img

Jangan Terlepas!

Zaharah Agus seniwati serba boleh !

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima...

Wow… Wani Kayrie bakal ‘disunting’ FM Group Kerana Cak Cak Cekuk

Oleh: Syed Yusof Wafa Kerana sebuah lagu yang memartabatkan irama...

Peluang jadi penyanyi rakaman dan menang motor di Community Members – Pahang Auto Show 2K26

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA anda ada impian nak menjadi penyanyi,...

Aneka Walk tampilkan pelbagai acara menarik untuk pengunjung

Oleh: Khadijah Ibrahim SEWAKTU penulis belajar di Institut Teknologi MARA,...
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim adalah seorang wartawan hiburan, pernah bertugas di Kumpulan Utusan sebagai wartawan di URTV dan jawatan terakhir adalah sebagai Penolong Pengarang Hiburan di Utusan Malaysia, pernah menjadi wartawan hiburan di Ladybosz.com serta berpengalaman sebagai “Content Writer”di Majalah Suria 7 terbitan theStar.
spot_imgspot_img

Sajian menu Pantai Timur di Rumoh Mekda

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA orang Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menetap di ibu kota, rindu untuk menikmati makanan seperti masakan ibu di kampung, bolehlah singgah...

Hashimah Yon digelar seniwati paling seksi!

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima Kasih Datuk Sri Rozita Ramelan) WALAUPUN memulakan langkah sebagai pelakon kanak-kanak ketika berusia 11 tahun dalam...

Dulu tak percaya, kini Issey Miyake guna TikTok untuk cari rezeki

Oleh: Khadijah Ibrahim SEKARANG ini antara platform media sosial yang sering mendapat perhatian warga maya adalah TikTok kerana ia merupakan platform video berdurasi pendek yang...