Siti Nordiana “Ahai” menerusi Irama Malaysia

Oleh: Khadijah Ibrahim

SELEPAS sekian lama tidak tampil dengan lagu irama tradisional, akhirnya penyanyi Siti Nordiana Alias, 41, atau mesra dengan panggilan Nana muncul dengan single Irama Malaysia moden ciptaan Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh yang berjudul “Ahai”.

Terakhir Nana muncul dengan irama tradisional adalah menerusi album “Firus” yang diterbitkan pada 2001 dan gandingannya bersama Syura menerusi lagu “Bakawali” mendapat perhatian ramai serta mara ke separuh akhir Muzik Muzik 2001.

Menurut Nana sudah lama, dia berhasrat untuk keluarkan lagu Irama Malaysia kerana mahu menghadiahkan lagu baharu kepada peminat setiap kali mengadakan persembahan.

Memilih untuk tampil lagu berentak tradisional kerana mahu dendangkan lagu baharu untuk peminat-peminatnya.

“Apabila peminat sering minta Nana nyanyi lagu Irama Malaysia masa show, Nana fikir inilah masa yang sesuai untuk kembalikan genre ini dengan pendekatan lebih segar. Sebenarnya sudah lama Nana nak rakam lagu Irama Malaysia ini.

“Sebab lagu dulu, Nana pernah berduet untuk keluarkan lagu Irama Malaysia. Jadi ramai sangat peminat-peminat yang rindukan lagu baharu daripada Nana. Dua tahun juga Nana berfikir, sama ada nak buat atau tidak lagu-lagu Irama Malaysia ini.

“Akhirnya, Nana buat keputusan tahun ini perlu buat Irama Malaysia, memandangkan ramai yang rindu. Kalau pergi show, Nana akan nyanyi lagu lama, jadi kita nak yang fresh, so Nana rakam lagu baharu. Alhamdulillah akhirnya terlaksana juga bila saya kongsi hasrat itu dengan Ikhwan dan Wan Saleh,” katanya yang mahu mengembalikan semula keindahan dan nostalgia lagu Irama Malaysia ke dalam arus muzik semasa.

Nana berkata, lagu “Ahai” mula dirancang sejak awal tahun dan melalui beberapa sesi rakaman sebelum dimuktamadkan. Baginya, kolaborasi bersama dua komposer berpengalaman itu sangat serasi dan menghasilkan sesuatu yang benar-benar menepati cita rasanya.

Turut terlibat dalam video muzik “Ahai” adalah Siti Nordiana FC iaitu ahli kelab peminatnya.

“Nana memang puas hati dengan duo hebat ni. Apa yang Nana mahu mereka berikan. “Ahai” memang jiwa Nana sebab ada bunyi kompang, gendang dan elemen tradisional yang mengimbau zaman kita membesar dulu, tapi dalam gaya moden. Lenggok vokal pun hasil perbincangan kami bertiga,” katanya.

Dari segi konsep dan melodi, “Ahai” tampil berbeza dengan lagu-lagu Nana sebelum ini yang lebih menjurus kepada pop balada atau pop rock.

Kali ini, “Ahai” dibina dengan bunyi tradisional seperti gendang dan kompang, menjadikan iramanya lebih ‘asli’ namun tetap mudah diterima pendengar masa kini.

Dalam pada itu, Nana berkata, rakaman lagu “Ahai” juga memberi cabaran tersendiri buat dirinya dari segi kawalan emosi, penghayatan dan karakter vokal.

“Lagu ni bercerita dan memberi nasihat kepada pasangan yang baru berkahwin. Jadi, saya kena main dengan emosi yang mana ada masa kena lembut, tegas, tapi dalam nada gurau senda. Rentaknya pun laju, jadi kena seimbang antara tenaga dan kelembutan,” katanya.

Selain melodi dan vokal yang memikat, “Ahai” membawa mesej yang cukup bermakna iaitu nasihat, kasih sayang dan tanggungjawab dalam rumah tangga.

Sempena pelancaran lagu “Ahai” Nana turut mengadakan persembahan bersama buskers di Bukit Bintang, baru-baru ini.

“Lirik lagu ini sangat indah dan bermanfaat. Ia mengingatkan kita supaya menjaga diri, niat perkahwinan dan berbuat baik kepada pasangan.

“Jangan sesekali aniaya orang yang kita sayang sebab setiap perbuatan ada balasannya. Lagu ini boleh dijadikan panduan hidup, bukan sekadar hiburan,” katanya yang tidak kisah jika ada yang mendakwa dia mengikut jejak langkah Datuk Seri Siti Nurhaliza yang tampil dengan album tradisional, “Gema Bumantara” pada 28 Oktober lalu.

Ujar Nana, tidak ada masalah walaupun lagunya keluar kemudian kerana baginya, kalau lebih ramai penyanyi tampil dengan irama tradisional industri seni akan menjadi lebih meriah.

“Nana tak ada rasa gusar sebab buat lagu irama Malaysia ini untuk peminat dan penggemar Nana. Flop atau tak, itu rezeki, kalau berjaya alhamdulillah, bonus. Kalau sebaliknya, kita buat lagi.

Bersempena pelancaran lagu tersebut, Nana turut menampilkan video muzik rasmi “Ahai” yang turut menampilkan Siti Nordiana FC sebagai artis undangan, menambahkan lagi kemeriahan visual karya berkenaan.

Lagu “Ahai” boleh didengarkan di semua platform penstriman digital mulai 7 November dan video muzik rasmi lagu tersebut juga boleh ditonton di saluran YouTube ‘Seventeen Eleven Music’ di pautan ini https://youtu.be/jXNGC3N6eHk?si=O9EVoI3638skcGpI

Latest

Selamat Hari Raya Haji

Assalamualaikum semua... Kami di Wafa News. Com mengucapkan Selamat menyambut...

DPDDM jalin kerjasama dengan Standard Chatered

Oleh: Nafsiah Jani Baru-baru ini Dewan Perniagaan Datuk Dato Malaysia...

Filem Kata Hati tampilkan wajah baharu yang serasi

Oleh: Khadijah Ibrahim MULAI 4 Jun ini, filem Kata Hati...

Pendekatan Pelarasan Tulang Tanpa Pembedahan Diperkenalkan oleh MMW Bone Alignment Centre

Oleh : Nafsiah Jani Gaya hidup moden yang melibatkan duduk...
spot_img

Jangan Terlepas!

Selamat Hari Raya Haji

Assalamualaikum semua... Kami di Wafa News. Com mengucapkan Selamat menyambut...

Pendekatan Pelarasan Tulang Tanpa Pembedahan Diperkenalkan oleh MMW Bone Alignment Centre

Oleh : Nafsiah Jani Gaya hidup moden yang melibatkan duduk...

Ekspo Lanhua Malaysia ke-2, Mampu Perkukuh Kerjasama Perdagangan Shandong–Malaysia

Oleh : Nafsiah Jani Sambutan yang cukup memberangsangkan bagi membeli...

Kenny G datang ke Malaysia lagi, 12 Julai ini

Oleh: Khadijah Ibrahimw PEMAIN saksafon tersohor, Kenny G, bakal kembali...

PROGRAM KEMPEN CEGAH OBESITI 2.0 PKCQM CAPAI SASARAN

Oleh : Nafsiah Jani Menyedari ramainya rakyat Malaysia yang mengalami...
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim adalah seorang wartawan hiburan, pernah bertugas di Kumpulan Utusan sebagai wartawan di URTV dan jawatan terakhir adalah sebagai Penolong Pengarang Hiburan di Utusan Malaysia, pernah menjadi wartawan hiburan di Ladybosz.com serta berpengalaman sebagai “Content Writer”di Majalah Suria 7 terbitan theStar.
spot_imgspot_img

Selamat Hari Raya Haji

Assalamualaikum semua... Kami di Wafa News. Com mengucapkan Selamat menyambut Hari Raya Haji! Semoga ibadah korban kita diterima dan kita menjadi insan yang lebih sabar...

DPDDM jalin kerjasama dengan Standard Chatered

Oleh: Nafsiah Jani Baru-baru ini Dewan Perniagaan Datuk Dato Malaysia (DPDDM) telah mengadakan satu pertemuan penuh bermakna dan cukup produktif bersama pihak pengurusan Standard Chartered...

Filem Kata Hati tampilkan wajah baharu yang serasi

Oleh: Khadijah Ibrahim MULAI 4 Jun ini, filem Kata Hati yang bergenre komedi romantik akan menemui penonton di pawagam di seluruh negara. Filem arahan Nadiah Hamzah...