BF Green Flag relevan dengan Gen Z, boleh ditonton di mana sahaja

Oleh: Khadijah Ibrahim

UNTUK menonton drama tidak perlu lagi bergantung kepada televisyen kerana kebelakangan ini banyak syarikat yang mengeluarkan Over-The-Top (OTT) atau perkhidmatan media lepas pelantar.

OTT merupakan media penstriman pembawa kandungan berupa data, maklumat atau multimedia yang berjalan terus melalui rangkaian internet. Salah satu syarikat yang mempunyai OTT sendiri adalah MYTV Broadcasting yang telah melancarkan aplikasi MYTV Mana-Mana.

Menerusi MYTV Mana-Mana, penonton dan seluruh penduduk Malaysia boleh mengakses saluran TV, radio, filem, dan kandungan atas permintaan kegemaran mereka pada bila-bila masa dan di mana sahaja melalui aplikasi telefon, laman sesawang dan Google TV.

Barisan pelakon BF Green Flag bersama team MYTV.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MYTV, Mohamad Helmi Harith berkata, pelancaran MYTV Originals menjadi langkah strategik pihaknya dalam memperkukuh ekosistem kreatif tempatan.

“Sudah tiba masanya MYTV bukan sahaja menjadi platform penyiaran, tetapi juga pemangkin kepada kebangkitan kandungan tempatan yang lebih segar, autentik dan relevan dengan penonton masa kini.

“Melalui BF Green Flag, terbitan Astra Entertainment ini yang mempertaruhkan gandingan antara Syazwan Razak dan Athalia menerusi siri original pertama, kami ingin memberi pengalaman berbeza kepada penonton dengan menikmati karya berkualiti tinggi dan pada masa sama memperkukuh daya saing kandungan Malaysia di peringkat digital.

“Kami yakin BF Green Flag akan mendapat tempat di hati penonton, khususnya dalam kalangan generasi Gen Z, kerana kandungannya memberi tumpuan kepada mesej dan isu sosial yang dekat dengan kehidupan mereka.

“Namun begitu, kami percaya jalan cerita dan emosi yang dipaparkan tetap relevan untuk semua lapisan penonton Malaysia, kerana ia menyentuh tema universal seperti trauma dan peluang kedua dalam kehidupan.

BF Green Flag sebanyak 20 episod boleh ditonton di aplikasi MYTV Mana Mana.

“Kami harap siri MYTV Originals ini dapat diterima oleh penonton, serta mampu mencetuskan gelombang impak kepada industri kreatif tempatan,” katanya penuh harapan.

Sementara itu, Penerbit Eksekutif Astra Entertainment, Dato Rozaidi Baharudin berkata, sebagai penerbit akan pastikan, setiap naskhah harus membawa nilai, bukan sekadar hiburan.

Katanya, BF Green Flag dihasilkan untuk mengetengahkan tema yang relevan dengan Gen Z seperti mengangkat isu trauma, kepercayaan dan cinta yang sihat, di samping membuka ruang kepada pelakon muda untuk menyerlah melalui penceritaan yang dekat dengan jiwa mereka.

Dalam siri ini, Syazwan menonjol dengan lakonan yang lebih matang dan berkarakter menerusi watak Alfa, sementara Athalia, yang sebelum ini dikenali sebagai penyanyi, mencuri perhatian dengan penampilan sulungnya sebagai pelakon.

Bintang lain yang turut menghidupkan naskhah ini termasuk Azhan Rani, Dafi, Syahmie Thsa-Qeef, Amir Mirza, Khaleed Asyarief, Uchee Fukada, Iman Suhana, Dottie Syuhada, serta penampilan istimewa daripada pempengaruh popular tanah air seperti Ryan Bakery, Farihinarnia dan WanChai.

Drama BF Green Flag mengetengahkan isu kesihatan mental dalam kalangan remaja.

Gabungan antara pelakon berpengalaman dan wajah-wajah baharu ini berjaya mencipta keseimbangan yang segar dan dinamik, bukan sahaja dari segi tenaga lakonan, tetapi juga dalam memperkayakan penceritaan. Ini sekali gus menawarkan pengalaman segar kepada penonton.

BF Green Flag menyaksikan kisah Adella yang menutup pintu hatinya untuk bercinta lagi selepas dikhianati dalam hubungan toksik. Namun takdir menemukan dia dengan Alfa, jejaka yang diperkenalkan oleh makciknya dan segalanya berubah.

Dari curiga menjadi percaya, dari luka menjadi sembuh, BF Green Flag menyingkap perjalanan Adella mencari keberanian untuk mencintai semula bersama lelaki yang benar-benar ‘green flag’.

Bukan sekadar hiburan, siri Originals arahan Kamal Husni dan skrip oleh Faten Syamimie ini turut mengetengahkan isu kesihatan mental dalam kalangan remaja dan orang muda, khususnya kesan trauma daripada hubungan toksik.

Jadi, naskhah ini mampu menjadi wake-up call kepada generasi muda untuk lebih sedar tentang kepentingan menjaga kesihatan mental dan mengenali tanda-tanda hubungan tidak sihat, di samping menyampaikan mesej positif tentang pentingnya kepercayaan.

Siri Originals sebanyak 20 episod berdurasi tujuh minit ini, boleh ditonton setiap Khamis, jam 12 tengah hari, eksklusif hanya di MYTV Mana Mana sejak 13 November lalu.

Latest

PERTEM persembahkan teater muzikal “Qais & Laila”

Oleh: Khadijah Ibrahim PASTI ada di antara anda yang pernah...

“Kisah Terbaik” daripada Fazura

Oleh: Khadijah Ibrahim TIDAK peduli dengan pandangan orang lain tentang...

Raja Afiq kembali mengatur langkah dengan misi baharu

Oleh: Khadijah Ibrahim SELEPAS 'berehat' sekejap daripada dunia seni, kini...
spot_img

Jangan Terlepas!

Raja Afiq kembali mengatur langkah dengan misi baharu

Oleh: Khadijah Ibrahim SELEPAS 'berehat' sekejap daripada dunia seni, kini...

Awie ‘langgar’ nasihat doktor demi tugas

Oleh: Khadijah Ibrahim Foto: Alang Nordin PENYANYI rock Awie bersyukur...

KRU Cafe, projek baharu KRU

Oleh: Khadijah Ibrahim SELEPAS bertahun meneroka industri muzik tanah air,...

Mariani, seniwati paling sejati

Oleh SYED WAFA Foto Koleksi SYED WAFA/Ehsan Nazran HM Rohaizad...
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim adalah seorang wartawan hiburan, pernah bertugas di Kumpulan Utusan sebagai wartawan di URTV dan jawatan terakhir adalah sebagai Penolong Pengarang Hiburan di Utusan Malaysia, pernah menjadi wartawan hiburan di Ladybosz.com serta berpengalaman sebagai “Content Writer”di Majalah Suria 7 terbitan theStar.
spot_imgspot_img

PERTEM persembahkan teater muzikal “Qais & Laila”

Oleh: Khadijah Ibrahim PASTI ada di antara anda yang pernah menonton filem "Qaisy & Laila", arahan Prof. Madya Raja Ahmad Alauddin yang diterbitkan pada 2005. Kini...

“Kisah Terbaik” daripada Fazura

Oleh: Khadijah Ibrahim TIDAK peduli dengan pandangan orang lain tentang dirinya, kini pelakon Fazura kembali meneruskan kerjaya seni suaranya dengan single baharu. Kali ini Fazura atau...

Raja Afiq kembali mengatur langkah dengan misi baharu

Oleh: Khadijah Ibrahim SELEPAS 'berehat' sekejap daripada dunia seni, kini pelakon Raja Afiq Raja Razali, 32, kembali aktif mengatur perjalanan seninya selepas melalui fasa yang...