Khai Bahar dipilih menjadi duta kerana karakter positif

Oleh: Khadijah Ibrahim

SUDAH hampir setahun terikat dengan Happy Alliance (M) Sdn. Bhd., tapi belum ada hasilnya, sekali gus membuatkan Khai Bahar rasa tak senang duduk.

Jelas Khai, dia ditawar menjadi duta bagi produk jenama Coco Cado dan begitu teruja untuk melaksanakan tanggungjawab yang diberi tapi keterujaannya terbantut kerana penghasilan produk tersebut mengambil masa yang lama.

“Rasanya dah setahun lebih saya pergi kilang tengok pembuatannya, kualiti kontrolnya penting. Untuk saya, ini rasa lama dan sepanjang tempoh itu walaupun sudah tandatangani kontrak tapi mereka tak suruh saya buat apa-apa pun sebab produk belum keluar.

Khai Bahar merupakan duta untuk produk Potato Sticks atau Jejari Kentang dan Popping Pearls.

“Rupa-rupanya mereka memang nak bagi kejutan untuk saya dan buat satu lagi produk yang sudah lengkap. Mr Johnny Tan memang baik. Dah setahun lebih. Bila dah setahun lebih tak ada produk, risau juga sebab dah terikat dengan kontrak. Payment dah dapat tapi tak buat kerja, risau la.

“Benda ini sudah lama dirancang dan hari ini saya sendiri terkejut, apabila dilancarkan Potato Sticks, ada satu lagi produk untuk saya iaitu Popping Pearls. Saya sempat tanya Mr Johnny, produk apa ni boss, kenapa ada muka saya? Dia kata ini produk khas untuk awak, kita nak sambung perjalanan awak dengan Coco Cado.

“Alhamdulillah saya terkejut juga la. Kita dah berbincng lama tapi produk tak keluar sebab proses buat produk tu ambil masa lama sebab makanan, Potato Sticks nak letak dalam plastik. Bukan benda yang mudah. Kini yang keluar dua produk sekali gus, rezeki yang tak dijangka,” kata Khai yang ditemui pada majlis pelancaran produk tersebut pada 18 November, baru-baru ini.

Khai sempat menghibur para tetamu yang hadir pada majlis produk yang menampilkan dirinya sebagai duta, baru-baru ini.

Sebagai duta untuk produk tersebut, Khai atau Muhammad Khairul Baharuddin, 31, berkata, dia akan melaksanakan tanggungjawab yang diberi dengan sebaik-baiknya.

Tugas Khai adalah untuk mempromosi Potato Sticks atau Jejari Kentang, yang hadir dalam tiga perisa menarik, Salted, Tomato dan Black Pepper. Sementara, Popping Pearls atau Popping Mutiara, juga ditampilkan dalam tiga perisa unik iaitu Water Chestnut, Barley dan Red Bean.

Bagi memudahkan tugasanya, Khai kini kembali aktif di media sosial selepas menyepikan diri beberapa seketika kerana berduka di atas pemergian ayah tercinta, Baharuddin Backri, pada 19 September lalu. Sebelum itu ibunya, Rosnah Muhammad meninggal dunia pada 2 Januari 2024.

Produk yang dihasilkan sesuai dinikmati oleh pelbagai lapisan pengguna.

Sementara itu, Pengarah Urusan Happy Alliance (M) Sdn. Bhd., Johnny Tan, memberitahu pemilihan Khai sebagai duta adalah kerana keramahan dan karakter positif Khai sangat bertepatan dengan DNA Coco Cado. Malah, beliau yakin kerjasama ini akan membawa jenama tersebut ke tahap lebih membanggakan.

“Khai Bahar dipilih bukan sahaja kerana popularitinya yang kukuh, tetapi juga kerana nilai peribadi yang selari dengan identiti Coco Cado iaitu mesra, boleh dipercayai, profesional serta dekat di hati masyarakat.

“Personaliti Khai yang rendah diri dan sentiasa menghargai sokongan peminat menjadikannya figura yang tepat untuk mewakili jenama ini. Dia memiliki pengaruh luar biasa di Malaysia, dan kami melihat keserasian yang kuat antara dirinya dan jenama Coco Cado.

Kerjasama Coco Cado bersama Khai Bahar sudah menjangkau setahun.

“Kami percaya pelantikan ini mampu melonjakkan nama Coco Cado ke peringkat lebih tinggi serta membuka lebih banyak peluang kerjasama di masa hadapan. Pelantikan Khai dijangka memperkukuh hubungan Coco Cado dengan pengguna melalui pelbagai kempen pemasaran, aktiviti promosi serta sesi libat urus bersama peminat yang bakal berlangsung sepanjang tempoh kerjasama,” katanya.

Latest

Sajian menu Pantai Timur di Rumoh Mekda

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA orang Kelantan, Terengganu dan Pahang yang...

Hashimah Yon digelar seniwati paling seksi!

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima...

Dulu tak percaya, kini Issey Miyake guna TikTok untuk cari rezeki

Oleh: Khadijah Ibrahim SEKARANG ini antara platform media sosial yang...

Dulu ‘introvert’, kini AG9 Official jadi Pengurus Bakat di KamiSempoi Premier Academy

Oleh: Khadijah Ibrahim SEKARANG ini ramai yang ingin menjadi pempengaruh...
spot_img

Jangan Terlepas!

Hashimah Yon digelar seniwati paling seksi!

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima...

Dulu ‘introvert’, kini AG9 Official jadi Pengurus Bakat di KamiSempoi Premier Academy

Oleh: Khadijah Ibrahim SEKARANG ini ramai yang ingin menjadi pempengaruh...

Aneka Walk tampilkan pelbagai acara menarik untuk pengunjung

Oleh: Khadijah Ibrahim SEWAKTU penulis belajar di Institut Teknologi MARA,...

SCAM MAKIN GANAS: Fahmi Arah Telco Beri Penjelasan Isu Ratusan Nombor Telefon Atas Satu Nama

Oleh: Syed Yusof Wafa Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil...
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim adalah seorang wartawan hiburan, pernah bertugas di Kumpulan Utusan sebagai wartawan di URTV dan jawatan terakhir adalah sebagai Penolong Pengarang Hiburan di Utusan Malaysia, pernah menjadi wartawan hiburan di Ladybosz.com serta berpengalaman sebagai “Content Writer”di Majalah Suria 7 terbitan theStar.
spot_imgspot_img

Sajian menu Pantai Timur di Rumoh Mekda

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA orang Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menetap di ibu kota, rindu untuk menikmati makanan seperti masakan ibu di kampung, bolehlah singgah...

Hashimah Yon digelar seniwati paling seksi!

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima Kasih Datuk Sri Rozita Ramelan) WALAUPUN memulakan langkah sebagai pelakon kanak-kanak ketika berusia 11 tahun dalam...

Dulu tak percaya, kini Issey Miyake guna TikTok untuk cari rezeki

Oleh: Khadijah Ibrahim SEKARANG ini antara platform media sosial yang sering mendapat perhatian warga maya adalah TikTok kerana ia merupakan platform video berdurasi pendek yang...