Royale Chulan Seremban rai sambutan Hari Kanak-Kanak, Sabtu ini

Oleh: Khadijah Ibrahim

HARI Kanak-Kanak Sedunia dirai pada 20 November 2025. Di peringkat antarabangsa, sambutan tersebut menjadi wadah untuk memperjuangkan kesejahteraan dan pendidikan anak-anak. Manakala di Malaysia ia mencerminkan nilai budaya yang menyanjung tinggi institusi kekeluargaan.

Sebagai sebuah organisasi hospitaliti yang berteraskan nilai kemanusiaan, Hotel Royale Chulan Seremban terus memainkan peranan aktif dalam mendidik dan menggembirakan kanak-kanak yang merupakan harapan serta masa depan negara.

Bagi meraikan kanak-kanak, Royale Chulan Seremban akan menganjurkan acara Festival Hari Kanak-Kanak 2025 di hotel tersebut selama dua hari bermula 22 dan 23 November ini.

Antara aktiviti yang dianjurkan sepanjang festival berlangsung.

Pengurus Besar Royale Chulan Seremban, Abd. Halim Md. Yusof berkata, penganjuran Festival Hari Kanak-Kanak 2025, bukan sahaja menawarkan pengalaman penginapan bertaraf premium tetapi juga menjadi sebahagian daripada komuniti tempatan.

“Kanak-kanak adalah aset masa depan negara dan kami percaya sambutan seperti ini mampu memupuk nilai kasih sayang, kreativiti dan kebersamaan antara keluarga.

“Melihat sambutan menggalakkan terhadap program komuniti terdahulu, kami merasakan sudah tiba masanya untuk meraikan generasi muda dengan cara yang lebih meriah dan bermakna.

“Matlamat utama kami adalah untuk mencipta satu platform yang menggabungkan elemen pendidikan, hiburan dan kekeluargaan dalam suasana yang ceria dan selamat.

Festival begini pasti menyeronokkan kanak-kanak dan menjadi kenangan indah buat mereka.

“Sebagai sebuah hotel yang berperanan penting dalam sektor pelancongan dan hospitaliti di Negeri Sembilan, kami ingin menunjukkan bahawa peranan kami tidak hanya tertumpu kepada perniagaan semata-mata tetapi juga dalam memperkukuh hubungan dengan masyarakat setempat,” katanya.

Tambahnya, acara tersebut menjadi peluang untuk Royale Chulan Seremban menyumbang kepada pembangunan sosial dan emosi kanak-kanak melalui aktiviti yang menyeronokkan dan berfaedah.

“Tahun ini, kami merancang pelbagai aktiviti menarik dengan konsep Fun, Learn & Inspire. Antara pengisian yang bakal menarik perhatian ramai adalah pertandingan mewarna, menyanyi dan menari, pertunjukan fesyen, bengkel pastri kek serta persembahan maskot kegemaran kanak-kanak.

“Festival ini dijayakan dengan sokongan pelbagai pihak yang turut menyumbang hadiah menarik. Antara hadiah menarik yang disediakan, termasuklah Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) daripada PTPTN dan banyak lagi,” kongsi Abd. Halim tentang hadiah yang disediakan.

Katanya, mereka mahu festival tersebut dikenang sebagai simbol kasih sayang dan penghargaan terhadap generasi muda.

Latest

Sajian menu Pantai Timur di Rumoh Mekda

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA orang Kelantan, Terengganu dan Pahang yang...

Hashimah Yon digelar seniwati paling seksi!

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima...

Dulu tak percaya, kini Issey Miyake guna TikTok untuk cari rezeki

Oleh: Khadijah Ibrahim SEKARANG ini antara platform media sosial yang...

Dulu ‘introvert’, kini AG9 Official jadi Pengurus Bakat di KamiSempoi Premier Academy

Oleh: Khadijah Ibrahim SEKARANG ini ramai yang ingin menjadi pempengaruh...
spot_img

Jangan Terlepas!

Hashimah Yon digelar seniwati paling seksi!

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima...

SCAM MAKIN GANAS: Fahmi Arah Telco Beri Penjelasan Isu Ratusan Nombor Telefon Atas Satu Nama

Oleh: Syed Yusof Wafa Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil...

Salam Maulidur Rasul 1448H

Oleh : Syed Yusof Wafa Sambutan Maulidur Rasul 1448H di...

Dulu tak percaya, kini Issey Miyake guna TikTok untuk cari rezeki

Oleh: Khadijah Ibrahim SEKARANG ini antara platform media sosial yang...
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim adalah seorang wartawan hiburan, pernah bertugas di Kumpulan Utusan sebagai wartawan di URTV dan jawatan terakhir adalah sebagai Penolong Pengarang Hiburan di Utusan Malaysia, pernah menjadi wartawan hiburan di Ladybosz.com serta berpengalaman sebagai “Content Writer”di Majalah Suria 7 terbitan theStar.
spot_imgspot_img

Sajian menu Pantai Timur di Rumoh Mekda

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA orang Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menetap di ibu kota, rindu untuk menikmati makanan seperti masakan ibu di kampung, bolehlah singgah...

Hashimah Yon digelar seniwati paling seksi!

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima Kasih Datuk Sri Rozita Ramelan) WALAUPUN memulakan langkah sebagai pelakon kanak-kanak ketika berusia 11 tahun dalam...

Dulu tak percaya, kini Issey Miyake guna TikTok untuk cari rezeki

Oleh: Khadijah Ibrahim SEKARANG ini antara platform media sosial yang sering mendapat perhatian warga maya adalah TikTok kerana ia merupakan platform video berdurasi pendek yang...