Dalami teknologi dan kecerdasan buatan bersama Nexpert Academy

Oleh: Khadijah Ibrahim

TIDAK perlu memiliki kelulusan tertentu untuk membolehkan anda meneruskan pelajaran di Nexpert Academy, institusi latihan profesional dalam bidang teknologi maklumat, asalkan anda berminat demi mempertingkat kebolehan diri.

Selari dengan agenda negara untuk membina Malaysia sebagai negara AI (Artificial Intelligence) atau kecerdasan buatan yang inklusif, mampan dan berdaya saing menjelang 2030, selaras dengan kerangka pembangunan ekonomi digital, maka Nexpert Academy pun tidak mahu melepaskan peluang tersebut.

Nazreen Abdul Ghani memberitahu Nexpert Academy mahu membangun tenaga mahir tempatan di kalangan Bumiputera.

Justeru itu, Nexpert Academy mengambil langkah proaktif untuk menjadi sebahagian daripada ekosistem pembangunan bakat negara dengan menyediakan laluan pembelajaran dan pensijilan profesional yang memenuhi keperluan industri semasa dan masa hadapan.

Nexpert Academy mengumumkan inisiatif pendidikan strategik yang memberi akses kepada Bumiputera Malaysia untuk mengikuti program pensijilan profesional bertaraf industri dalam bidang Artificial & Machine Learning (AIML), keselamatan siber pembangunan perisian dan teknologi digital termaju lain, melalui pembiayaan pendidikan di bawah Yayasan Peneraju.

Pengarah Nexpert Academy, Nazreen Abdul Ghani berkata, sebagai institusi yang fokus untuk membangunkan tenaga mahir tempatan, Nexpert Academy percaya bahawa penyertaan Bumiputera dalam bidang teknologi adalah faktor penting untuk mengekalkan daya saing negara.

Kursus yang ditawarkan relevan dengan penggunaan teknologi masa kini.

“Melalui kurikulum berorientasikan industri dan penglibatan tenaga pengajar berpengalaman, Nexpert Academy menyediakan latihan bersertifikat yang relevan dan komprehensif, sekali gus meningkatkan keupayaan peserta untuk menceburi kerjaya berpendapatan tinggi, sama ada di peringkat domestik atau antarabangsa.

“Melalui kerjasama Yayasan Peneraju, peserta akan memperoleh peluang pembelajaran dengan sokongan ekosistem pembiayaan, metodologi latihan yang terstruktur dan rangkaian profesional industri.

Syamel antara yang mengikuti kursus yang ada di Nexpert Academy bagi memantapkan kebolehan diri.

“Kami komited untuk membangunkan lebih ramai profesional teknologi Bumiputera bagi memenuhi permintaan tenaga kerja berasaskan AI dan teknologi masa hadapan.

“Kejayaan Malaysia sebagai hab inovasi serantau memerlukan pembangunan bakat tempatan yang progresif dan bersedia bersaing dalam ekonomi global,” kata Nazreen.

Tambahnya, misi Nexpert Academy adalah untuk membuka peluang kepada bakat Bumiputera bagi memperoleh kemahiran IT bertaraf global yang relevan dan berimpak tinggi. Tempoh untuk pembelajaran juga tidak lama, paling pantas dalam masa lima hari atau sebulan. Meskipun waktu singkat, namun ilmu yang diperolehi amat berbaloi.

Tenaga pengajar dan alumni Nexpert Academy menunjukkan bagaimana mereka mampu ‘menguasai’ akaun hak milik orang lain dan cara untuk mengatasinya.

Sementara itu, wakil Yayasan Peneraju, berkata, kolaborasi bersama institusi seperti Nexpert Academy adalah selaras dengan matlamat Yayasan Peneraju untuk memperkukuh penyertaan Bumiputera dalam sektor teknologi bernilai tinggi.

Melalui tajaan latihan dan pensijilan ini, Yayasan Peneraju menyediakan laluan yang kukuh ke arah pembangunan modal insan Bumiputera berkemahiran tinggi.

Sidang media turut menampilkan perkongsian inspirasi daripada alumni yang telah berjaya menukar kemahiran mereka kepada kerjaya dalam bidang IT dan analitik data selepas menamatkan program Nexpert.

Latest

Selamat Hari Raya Haji

Assalamualaikum semua... Kami di Wafa News. Com mengucapkan Selamat menyambut...

DPDDM jalin kerjasama dengan Standard Chatered

Oleh: Nafsiah Jani Baru-baru ini Dewan Perniagaan Datuk Dato Malaysia...

Filem Kata Hati tampilkan wajah baharu yang serasi

Oleh: Khadijah Ibrahim MULAI 4 Jun ini, filem Kata Hati...

Pendekatan Pelarasan Tulang Tanpa Pembedahan Diperkenalkan oleh MMW Bone Alignment Centre

Oleh : Nafsiah Jani Gaya hidup moden yang melibatkan duduk...
spot_img

Jangan Terlepas!

PROGRAM KEMPEN CEGAH OBESITI 2.0 PKCQM CAPAI SASARAN

Oleh : Nafsiah Jani Menyedari ramainya rakyat Malaysia yang mengalami...

Athierah “Berdiri” mengatur langkah dalam seni

Oleh: Khadijah Ibrahim DARI masa ke semasa ada sahaja bakat...

DPDDM jalin kerjasama dengan Standard Chatered

Oleh: Nafsiah Jani Baru-baru ini Dewan Perniagaan Datuk Dato Malaysia...

Cantik luaran, dalaman bersama Soora Miguhara Glow & Flow

Oleh: Khadijah Ibrahim SETIAP wanita mahu kelihatan cantik dan sebab...

Pendekatan Pelarasan Tulang Tanpa Pembedahan Diperkenalkan oleh MMW Bone Alignment Centre

Oleh : Nafsiah Jani Gaya hidup moden yang melibatkan duduk...
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim adalah seorang wartawan hiburan, pernah bertugas di Kumpulan Utusan sebagai wartawan di URTV dan jawatan terakhir adalah sebagai Penolong Pengarang Hiburan di Utusan Malaysia, pernah menjadi wartawan hiburan di Ladybosz.com serta berpengalaman sebagai “Content Writer”di Majalah Suria 7 terbitan theStar.
spot_imgspot_img

Selamat Hari Raya Haji

Assalamualaikum semua... Kami di Wafa News. Com mengucapkan Selamat menyambut Hari Raya Haji! Semoga ibadah korban kita diterima dan kita menjadi insan yang lebih sabar...

DPDDM jalin kerjasama dengan Standard Chatered

Oleh: Nafsiah Jani Baru-baru ini Dewan Perniagaan Datuk Dato Malaysia (DPDDM) telah mengadakan satu pertemuan penuh bermakna dan cukup produktif bersama pihak pengurusan Standard Chartered...

Filem Kata Hati tampilkan wajah baharu yang serasi

Oleh: Khadijah Ibrahim MULAI 4 Jun ini, filem Kata Hati yang bergenre komedi romantik akan menemui penonton di pawagam di seluruh negara. Filem arahan Nadiah Hamzah...