Adriana tak kisah beli makanan di pasar malam

Oleh: Khadijah Ibrahim

MELIHAT pada penampilannya sebagai selebriti pasti ada yang membuat andaian, pelakon jelita ini tidak akan pergi ke pasar malam untuk menikmati makanan yang dijual.

Tanggapan anda silap kerana Adriana Adnan, 30, lebih memilih untuk berkunjung ke pasar malam daripada ke restoran mewah untuk menikmati makanan kegemarannya.

Jelas pemegang watak Diana dalam drama “Impiana: Karma” yang sedang ditayang di saluran Astro Ria (saluran 104), sejak dulu lagi, dia suka pergi ke pasar malam dan bukan baru-baru ini saja untuk buat content atau kandungan untuk media sosial.

Adriana sangat telus dalam memberi pandangan tentang setiap makanan yang dimakan.

“Sebenarnya Adriana masa membesar memang suka pergi pasar malam. Dulu membesar kat Shah Alam, jadi keraplah pergi pasar malam Padang Jawa, Seksyen 6 dan sebagainya.

“Bila dah besar, terfikir kenapa tidak Adriana buat pasar malam punya content. Ia bermula Ramadan lalu waktu Adriana balik kampung papa di Kelantan. Adriana pergilah ke pasar pagi kat Pasir Mas dan pasar kat Tanah Merah. Sambil membeli, buatlah content dan orang suka pula. Orang suka tengok Adriana makan dan pergi pasar Malam,” cerita Adriana tentang penglibatan awalnya mengenai cerita pasar malam.

Kata Adriana, walaupun ada yang kata rare apabila selebriti pergi ke pasar malam atau pagi, baginya itu lumrah kerana selebriti pun manusia biasa.

Sambil membeli, Adriana juga membantu mempromosi gerai yang disinggahnya.

“Ada yang rasa rarenya selebriti pergi pasar. Bagi Adriana, kita pun manusia biasa juga, pasar itu adalah the original of street food, the original of macam restoran food court. Dari situ Adriana pergi ke Sandakan, ikut kawan dan pergi bazar Ramadan juga.

“Selain buat content, Adriana juga nak bantu peniaga-peniaga kecil sebab makanan mereka murah berbanding kalau kita pergi street food yang ada nama gah tu. Sambil-sambil berbelanja meningkatkan ekonomi tolong juga peniaga-peniaga tu dan makanan mereka memang sedap.

“Bila dah kerap pergi ke pasar malam, Adriana dah ada rating sendiri, makanan apa yang sedap kat pasar malam mana. Ada juga ajak kawan-kawan kalau nak joint. Sebenarnya sebelum Adriana ajak, mereka yang hubungi. Kadang-kadang kita takutlah nak ajak orang pergi pasar malam takut mereka tak selesa.

Lakonan Adriana sebagai Diana dapat ditonton menerusi drama “Impiana: Karma” yang sedang ditayangkan di Astro Ria.

“Alhamdulilah, Dafi tawar diri nak ikut Adriana pergi pasar malam, bawa dia pergi pasar malam Paya Jaras. Lepas tu kawan-kawan ramai nak ikut sebab mereka ni suka makan. Seminggu sekali saja sebab Adriana jadikan hari tu sebagai cheat day boleh makan apa saja kat pasar malam.

“Kat TikTok Adriana ada dapat maklum balas daripada peniaga yang mengucapkan terima kasih sebab datang kedai. Kalau pergi pasar malam pun ada yang bagi makanan kepada Adriana tapi Adriana jujur kalau ada yang kurang akan beritahu peniaga tak nak orang tertipu,” katanya.

Latest

SHOWCASE “UNTUKMU” HASNOL: KETIKA MELODI BERTEMU MEMORI, SATU MALAM YANG AKAN MERESAP DI JIWA

Oleh: Syed Yusof Wafa Bagi generasi yang membesar dengan irama...

PENGASIH Malaysia Cemerlang Di NATCOM 2026, Raih Dua Pingat Emas Melalui Inovasi Pemulihan Ketagihan

Oleh: Syed Yusof Wafa Foto: Ehsan PENGASIH Malaysia Dua inovasi, dua...

Konsert Rindu Sumayyah, rai tiga dekad Hijjaz

Oleh: Khadijah Ibrahim PADA 16 dan 17 Oktober ini akan...

‘Live Concert: Elegant Selamanya’, himpun wanita jelita berkarisma

Oleh: Khadijah Ibrahim INILAH masanya untuk rakyat tempatan menyokong produk...
spot_img

Jangan Terlepas!

‘Live Concert: Elegant Selamanya’, himpun wanita jelita berkarisma

Oleh: Khadijah Ibrahim INILAH masanya untuk rakyat tempatan menyokong produk...

Konsert Rindu Sumayyah, rai tiga dekad Hijjaz

Oleh: Khadijah Ibrahim PADA 16 dan 17 Oktober ini akan...

SHOWCASE “UNTUKMU” HASNOL: KETIKA MELODI BERTEMU MEMORI, SATU MALAM YANG AKAN MERESAP DI JIWA

Oleh: Syed Yusof Wafa Bagi generasi yang membesar dengan irama...

AKAR//NEXT 2026 ajak pengunjung terokai pelbagai sisi budaya, kreativiti dalam satu ruang

Oleh: Khadijah Ibrahim PASAR Seni atau Central Market merupakan salah...

PENGASIH Malaysia Cemerlang Di NATCOM 2026, Raih Dua Pingat Emas Melalui Inovasi Pemulihan Ketagihan

Oleh: Syed Yusof Wafa Foto: Ehsan PENGASIH Malaysia Dua inovasi, dua...
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim adalah seorang wartawan hiburan, pernah bertugas di Kumpulan Utusan sebagai wartawan di URTV dan jawatan terakhir adalah sebagai Penolong Pengarang Hiburan di Utusan Malaysia, pernah menjadi wartawan hiburan di Ladybosz.com serta berpengalaman sebagai “Content Writer”di Majalah Suria 7 terbitan theStar.
spot_imgspot_img

SHOWCASE “UNTUKMU” HASNOL: KETIKA MELODI BERTEMU MEMORI, SATU MALAM YANG AKAN MERESAP DI JIWA

Oleh: Syed Yusof Wafa Bagi generasi yang membesar dengan irama slow rock dan balada jiwang yang menusuk kalbu, nama Hasnol bukanlah nama asing. Suaranya pernah...

PENGASIH Malaysia Cemerlang Di NATCOM 2026, Raih Dua Pingat Emas Melalui Inovasi Pemulihan Ketagihan

Oleh: Syed Yusof Wafa Foto: Ehsan PENGASIH Malaysia Dua inovasi, dua pingat emas dan satu misi besar: memperkukuh usaha pemulihan ketagihan melalui pendekatan yang lebih tersusun,...

Konsert Rindu Sumayyah, rai tiga dekad Hijjaz

Oleh: Khadijah Ibrahim PADA 16 dan 17 Oktober ini akan berlangsung 'Konsert Hijjaz 3 Dekad: Rindu Sumayyah' di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Konsert anjuran Inteam Records...