Oleh: Syed Yusof Wafa
Foto: Ehsan Isma Ismail
“Saya amat kagum dengan useha yang Azlan lakukan dalam mengumpul sejarah insan-insan seni legenda yang telah tiada terutama dalam bidang muzik dan menjadi khazanah amat berharga buat kita semua.
“Beliau seorang insan yang tidak pernah kenal erti jemu dalam menerbitkan sebuah naskah hebat yang amat bernilai bagi menjadi rujukan untuk kita menjejaki peninggalan karya legenda yang terdahulu, buka Musika ini tidak ternilai harganya dan pihak kementerian yang berwajib perlu memberi sesuatu kepada insan hebat ini, dari segi dana atau sebagainya untuk beliau terus berkarya dalam menjejaki sejarah legenda seni tanah air terutama era Malaya lagi,” kata seniman legenda tanah air Ahmad Fauzee yang ditemuai di pelancaran buku “1900-1967 Malaya’s Early Music Scene MUSIKA-Arena Muzik Silam Di Malaya” baru-baru ini.



Terus terang Musika ini sebuah naskah hebat dan terperinci dalam mencari atau mengenal legenda seni era 1900 hingga 1967. Karya mereka, nyanyian mereka menghantui kita hingga kini. Nama-nama besar seperti Kassim Masdor, Azman Belon, Nona Asiah, Yusof B, Zahara Agus, Momo Latif, R.Azmi, Hamzah Dolmat, S. M. Salim, Kamariah Noor, Saloma, P.Ramlee dan ramai lagi telah dikupas perjalanan seni mereka oleh penulis, Azlan Mohamed Said begitu indah dan terperinci.
“Bukan senang untuk saya kumpulkan bahan ini untuk dijadikan sebuah naskah, saya bertemu dengan seniman dan seniwati atau waris mereka ini secara peribadi untuk dikumpulkan segala fakta yang sahih sebelum dibukukan.



“Ini merupakan edisi yang kedua setelah yang pertama begitu mendapat sambutan dan ramai pembaca terutamanya peminat-peminat muzik tanah air yang meminta saya untuk terbitkan edisi kedua, syukur pada Allah SWT akhirnya hasrat mereka tercapai,” ujar Azlan gembira.
Azlan begitu pengalaman dalam bidang penyiaran, memulakan kerjaya dalam bidang tersebut pada tahun 1993 sebagai pereka grafik di Asia Business News sebelum menyertai CNBC Asia pad tahun 1997. Minat yang mendalam dalam sejarah muzik terdahulu terutamanya muzik awal di Tanah Melayu. Minat ini telah membawa kepada penerbitan dua buah buku iaitu Musika: Malaya’s Early Music Scene (2013) dan Rosli Mohalim: Journey in Rock (2016). Paling membanggakan beliau juga merupakan salah seoarang penyumbang kepada buku Yang Terukir yang diterbitkan pada tahun 2015 sempena sambutan SG50.


Turut hadir dalam majlis penuh gilang gemilang ini, tokoh seni tanah air legenda, Datuk Johari Salleh yang merupakan seorang pengarah muzik dan komposer tanahair yang tersohor. Bermula sebagai Pemuzik Tetap Radio Malaya pada tahun 1961, beliau telah dilantik sebagai Pengarah Muzik RTM dari tahun 1976 sehingga 1982.
Turut hadir juga seniwati legenda Sureini Saini yang merupakan pelakon kanak- kanak Studio Jalan Ampas serta pemuzik legenda
Paul Augustin.


Seniman legenda Ahmad Fauzee juga turut menghiburkan tetamu yang hadir dengan lagu-lagu malar segar dari beliau.
Buku Musika ini berharga RM120,
Setebal 256 muka surat serta boleh didapati di
Ampcorp Mall – Kedai Irama Malaya, Level 1 atau di HARTA Space:
Level 1, Lot 93-95,
Habib 2, Lorong Mamanda 2,
Taman Dato Ahmad Razali,
68000 Ampang,
Selangor, Malaysia.



