KRU buat kejutan di Konsert GenKRU The Finale: One More Time

Oleh: Khadijah Ibrahim

“KAMI tua-tua pun kena buat konsert, ini semua anda punya pasal la. Apapun terima kasih kerana anda semua sudi menjayakan konsert GenKRU bersama kami,” kata Edry.

Sementara Dato’ Norman Abdul Halim pula melahirkan rasa bangga kerana dalam tempoh enam bulan, beliau dan adik-adiknya, Datuk Yusry dan Edry sudah menjayakan lima konsert berskala besar.

Kata Yusry, kerana sokongan peminat sejak 1992 hingga kini, KRU masih boleh beraksi di pentas. Apa yang diraih oleh KRU adalah sesuatu yang tidak diduga dan pada malam Konsert GenKRU The Finale: One More Time yang diadakan di Stadium Hoki Bukit Jalil, pada 22 November lalu, dihadiri kira-kira 10,000 penonton.

KRU tak sangka dalam tempoh enam bulan mereka telah menjayakan lima konsert berskala besar.

KRU memulakan persembahan pada pukul 8.45 malam itu dengan lagu “Fobia” dan “Salah Siapa” yang didendangkan secara medley, diikuti dengan lagu “Awas” serta “Mengerti”.

Paling mengejutkan persembahan pada malam itu apabila KRU mendendangkan lagu “Intifada”, ciptaan Edry pada 2000 yang dinyanyikan oleh kumpulan nasyid Rabbani. Hingga kini lagu tersebut masih diminati.

Kemunculan anggota Rabbani mendendangkan lagu “Intifada” ciptaan Edry pada 2000 amat mengejutkan penonton.

Kehadiran Rabbani tidak diuar-uarkan sebelum ini, melainkan penganjur Icon Entertainment mengumumkan berusaha untuk membawa penyanyi Anita Sarawak tapi yang berjaya dipujuk adalah Juliana Banos yang tampil sewaktu segmen Edry’s Showtime.

Edry yang berduet dengan Juliana menerusi lagu “Sehidup Semati” memberitahu, karya ciptaannya itu sudah berusia 26 tahun dan lagu tersebut merupakan kolaborasi Juliana dengan kumpulan Indigo.

Kejutan lain yang turut ditampilkan oleh KRU di pentas pada malam itu adalah mengundang Kasih Iris Leona, anak pelakon Azhar Sulaiman. KRU ingin menunjukkan kepada Leona yang ayahnya, Azhar Sulaiman, pemenang tempat ketiga Hero Remaja 1990/1991 pernah muncul dalam video muzik KRU, “Janji Tinggal Janji” yang dimuatkan dalam album kedua mereka, ReKRUed pada 1993.

Lagu “Sehidup Semati” ciptaan Edry merupakan lagu kolaborasi Juliana Banos dengan kumpulan Indigo.

Selain itu, Dato’ Seri Vida (DSV) yang pernah menyanyikan lagu ciptaan Edry, “I Am Me” tampil mempromosi air minuman bertenaga keluaran syarikatnya. Sebelum itu, sewaktu Yusry mendendangkan lagu “Sayang”, beliau menampilkan Nine Phyne Ballerz dan Dina Nadzir sebagai penyanyi latar.

Untuk konsert kali ini, sekali lagi KRU mengundang kumpulan Elite dan Adam AF yang sebelum ini pernah bernaung di bawah label KRU Music Group untuk menyerikan persembahan mereka.

Mereka bukan sahaja membuat kejutan untuk penonton, malah KRU juga terpaksa memendam perasaan kerana tatkala menghibur ribuan penonton, hati tetap resah kerana bapa mereka, Abdul Halim Kamal, 84, disahkan kritikal, kira-kira tiga minggu lalu.

Kemunculan Leona dan Vida di pentas juga di luar jangkan penonton.

“Bapa saya sedang kritikal, semoga dia sembuh. Doakan dia sembuh. Lagu ini dituju kepada semua, “Tiga Kata”,” ucap Edry berkongsi tentang keadaan bapanya sebelum meneruskan persembahan.

Rupa-rupanya keadaan bapa yang kurang sihat itu hampir membuatkan KRU mahu membatalkan konsert tersebut, ungkap Norman sewaktu sidang media selepas konsert.

“Saya sebenarnya sebak apabila Edry kongsi mengenai keadaan bapa kami ketika di pentas. Terus-terang, saya tidak beritahu Iman Tang (penganjur konsert) bahawa sebenarnya, saya ragu-ragu untuk meneruskan konsert ini kerana bapa kami kritikal.

Lagu-lagu dendangan KRU sentiasa menjadi siulan ramai hingga kini.

“Lebih kurang tiga minggu lalu, bapa dimasukkan ke hospital. Jadi, dalam sibuk membuat persiapan konsert, otak kami serabut memikirkan keadaan bapa. Otak saya sangat serabut kerana perlu bahagikan masa untuk latihan dan pada masa sama, berulang-alik ke hospital,” katanya.

Jelas Norman, walaupun konsert berjalan lancar namun ada rasa terkilan di hati mereka kerana hasrat bapa untuk hadir ke konsert tidak kesampaian kerana masih lagi dirawat di hospital.

Untuk tahun ini, konsert di Stadium Hoki Bukit Jalil itu adalah penutup dan pada tahun hadapan KRU akan menjayakan STAR KRUise Showcase di atas kapal mewah Star Voyager Cruise (SVO) selama lima hari, empat malam bermula pada 25 hingga 29 Januari.

Latest

Selamat Hari Raya Haji

Assalamualaikum semua... Kami di Wafa News. Com mengucapkan Selamat menyambut...

DPDDM jalin kerjasama dengan Standard Chatered

Oleh: Nafsiah Jani Baru-baru ini Dewan Perniagaan Datuk Dato Malaysia...

Filem Kata Hati tampilkan wajah baharu yang serasi

Oleh: Khadijah Ibrahim MULAI 4 Jun ini, filem Kata Hati...

Pendekatan Pelarasan Tulang Tanpa Pembedahan Diperkenalkan oleh MMW Bone Alignment Centre

Oleh : Nafsiah Jani Gaya hidup moden yang melibatkan duduk...
spot_img

Jangan Terlepas!

Pendekatan Pelarasan Tulang Tanpa Pembedahan Diperkenalkan oleh MMW Bone Alignment Centre

Oleh : Nafsiah Jani Gaya hidup moden yang melibatkan duduk...

Selamat Hari Raya Haji

Assalamualaikum semua... Kami di Wafa News. Com mengucapkan Selamat menyambut...

Ekspo Lanhua Malaysia ke-2, Mampu Perkukuh Kerjasama Perdagangan Shandong–Malaysia

Oleh : Nafsiah Jani Sambutan yang cukup memberangsangkan bagi membeli...

DPDDM jalin kerjasama dengan Standard Chatered

Oleh: Nafsiah Jani Baru-baru ini Dewan Perniagaan Datuk Dato Malaysia...

Filem Nar’sata: Sekutu Setan percubaan berani Metrowealth

Oleh: Khadijah Ibrahim KALAU anda seorang penakut, dilarang menonton filem...
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim adalah seorang wartawan hiburan, pernah bertugas di Kumpulan Utusan sebagai wartawan di URTV dan jawatan terakhir adalah sebagai Penolong Pengarang Hiburan di Utusan Malaysia, pernah menjadi wartawan hiburan di Ladybosz.com serta berpengalaman sebagai “Content Writer”di Majalah Suria 7 terbitan theStar.
spot_imgspot_img

Selamat Hari Raya Haji

Assalamualaikum semua... Kami di Wafa News. Com mengucapkan Selamat menyambut Hari Raya Haji! Semoga ibadah korban kita diterima dan kita menjadi insan yang lebih sabar...

DPDDM jalin kerjasama dengan Standard Chatered

Oleh: Nafsiah Jani Baru-baru ini Dewan Perniagaan Datuk Dato Malaysia (DPDDM) telah mengadakan satu pertemuan penuh bermakna dan cukup produktif bersama pihak pengurusan Standard Chartered...

Filem Kata Hati tampilkan wajah baharu yang serasi

Oleh: Khadijah Ibrahim MULAI 4 Jun ini, filem Kata Hati yang bergenre komedi romantik akan menemui penonton di pawagam di seluruh negara. Filem arahan Nadiah Hamzah...