Ara Johari “Terlalu Bodoh” kerana cinta

Oleh: Khadijah Ibrahim

SEPTEMBER lalu, penyanyi Ara Johari terbang ke Indonesia untuk menjalani rakaman lagu baharu yang berjudul “Terlalu Bodoh”. Ara masih berkolaborasi dengan tenaga kerja yang sama sewaktu menghasilkan lagu “Menjaga Jodoh Orang Lain”.

Kejayaan “Menjaga Jodoh Orang Lain” yang dilancarkan pada 30 Julai 2024 hingga kini mencatat sebanyak 75 juta pendengar di pelantar strim dan YouTube.

Justeru itulah Ara atau Nurfarrah Izzatie Johari, 28, masih meneruskan kerjasama dengan komposer yang sama Ilham Baso, penggubah muzik, Adrian Rahmat Purwanto dan bimbingan vokal daripada Bowo Soulmate.

Masih bekerjasama dengan orang yang sama yang terbitkan lagu “Menjaga Jodoh Orang Lain” sebelum ini.

Masih mengekalkan konsep ‘galau’, kerana “Terlalu Bodoh” merupakan kesinambungan kepada lagu “Menjaga Jodoh Orang Lain”.

Katanya, galau yang bermaksud keliru, bingung atau risau dalam situasi yang tidak formal bukan sekadar memenuhi selera pendengar tapi hadir berdasarkan pengalaman yang pernah dilaluinya.

Pasti ramai yang pernah lalui pengalaman menjadi orang “Terlalu Bodoh” sewaktu bercinta.

Ungkap pemegang watak Maria dalam drama web, “Seadanya Kita”, lagu “Terlalu Bodoh” lebih meluahkan rasa sakit hati yang mendalam apabila dicurangi pasangan yang mereka cintai sepenuh hati.

Tegasnya, penggunaan perkataan ‘bodoh’ dalam karya tersebut bukan merujuk kepada cacian, sebaliknya lebih kepada persoalan terhadap diri sendiri ketika berdepan dengan kekecewaan dalam percintaan.

Proses rakaman lagu “Terlalu Bodoh” dilakukan di Indonesia.

“Bagi Ara lagu “Terlalu Bodoh” ni merupakan kesinambungan dari lagu “Menjaga Jodoh Orang Lain”. Tentang seseorang yang bermati-matian demi cinta namun akhirnya dicurangi. Ara rasa ramai pendengar kat luar sana boleh relate dengan lagu ni.

“Ara sendiri pernah memberi perhatian yang lebih sehingga tidak sedar yang diri dipergunakan. Apapun, Ara anggap itu semua sebagai pengajaran untuk lebih berhati-hati apabila memilih pasangan,” katanya tentang lagu yang diedarkan oleh Universal Music Malaysia seja 19 November lalu.

Latest

Sajian menu Pantai Timur di Rumoh Mekda

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA orang Kelantan, Terengganu dan Pahang yang...

Hashimah Yon digelar seniwati paling seksi!

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima...

Dulu tak percaya, kini Issey Miyake guna TikTok untuk cari rezeki

Oleh: Khadijah Ibrahim SEKARANG ini antara platform media sosial yang...

Dulu ‘introvert’, kini AG9 Official jadi Pengurus Bakat di KamiSempoi Premier Academy

Oleh: Khadijah Ibrahim SEKARANG ini ramai yang ingin menjadi pempengaruh...
spot_img

Jangan Terlepas!

Salam Maulidur Rasul 1448H

Oleh : Syed Yusof Wafa Sambutan Maulidur Rasul 1448H di...

Hashimah Yon digelar seniwati paling seksi!

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima...

Wow… Wani Kayrie bakal ‘disunting’ FM Group Kerana Cak Cak Cekuk

Oleh: Syed Yusof Wafa Kerana sebuah lagu yang memartabatkan irama...

Peluang jadi penyanyi rakaman dan menang motor di Community Members – Pahang Auto Show 2K26

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA anda ada impian nak menjadi penyanyi,...

Sajian menu Pantai Timur di Rumoh Mekda

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA orang Kelantan, Terengganu dan Pahang yang...
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim adalah seorang wartawan hiburan, pernah bertugas di Kumpulan Utusan sebagai wartawan di URTV dan jawatan terakhir adalah sebagai Penolong Pengarang Hiburan di Utusan Malaysia, pernah menjadi wartawan hiburan di Ladybosz.com serta berpengalaman sebagai “Content Writer”di Majalah Suria 7 terbitan theStar.
spot_imgspot_img

Sajian menu Pantai Timur di Rumoh Mekda

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA orang Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menetap di ibu kota, rindu untuk menikmati makanan seperti masakan ibu di kampung, bolehlah singgah...

Hashimah Yon digelar seniwati paling seksi!

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima Kasih Datuk Sri Rozita Ramelan) WALAUPUN memulakan langkah sebagai pelakon kanak-kanak ketika berusia 11 tahun dalam...

Dulu tak percaya, kini Issey Miyake guna TikTok untuk cari rezeki

Oleh: Khadijah Ibrahim SEKARANG ini antara platform media sosial yang sering mendapat perhatian warga maya adalah TikTok kerana ia merupakan platform video berdurasi pendek yang...