‘Opah’ yang sentiasa dirindui

Oleh: Syed Yusof Wafa
Foto: Koleksi Syed Yusof Wafa

WALAUPUN sehingga hari ini banyak drama bersiri diterbitkan di stesen televisyen namun realitinya ia tidak mampu menandingi populariti drama “Opah” yang pernah bersiaran di RTM1 (kini TV1) pada tahun 1982.

Pertama kali disiarkan melalui slot Drama Minggu Ini (DMI), “Opah” mendapat respon positif daripada penonton meskipun ia meletakkan seorang wanita berusia sebagai watak utama yang dipanggil Opah (nenek) dan menjadi kesayangan cucu-cucunya, anak-anak dan menantu-menantunya!

ABDUL Samad Arshad (berkacamata) suami, Zaiton Hussain dalam satu babak drama lakonannya. Beliau banyak berlakon drama terbitan RTM.

Selain Opah atau Opah Kalsom yang ditangani dengan baik dan berkesan oleh pelakon utamanya, Seniwati Zaiton Hussain, watak-watak lain seperti anak sulung Jenab, (Khatijah Abu Hassan) dan suaminya, Dollah (Zami Ismail), anak kedua, Razali Buyong (Osman), dan isteri, Timah (Normala Omar), Mohamad Abdullah (Alang Yasin) dan anak bungsu, Amar (Mustaffa Noor) dan isteri, Jessica atau Nor Ain (Yasmin Yusof).

Sementara cucu-cucu Opah, Burn (Aziz M. Osman), Bob (Nornashriq Nornikman) Lina (Asyanti Daud) adalah antara pelakon kanak-kanak yang melengkapi keluarga Opah dan merupakan drama klasik Malaysia yang masih diingati sehingga hari ini

ANTARA pelakon “Opah”: Duduk dari kiri: Abu Bakar Kasdim, Zaiton Hussain, Yasmin Yusoff dan Normala Omar.
SATU babak dari drama “Opah:” Opah memang melatah dan Joyah memang suka mengusik Opah.

Drama yang bersiaran selama 18 tahun (sehingga tahun 2000) bertemakan kekeluargaan dengan nilai-nilai murni dalam keluarga Melayu dan berlandaskan ajaran Islam merupakan drama mingguan yang menjadi penantian para peminatnya.

Zaiton Hussain sebagai ‘Opah’ ditonjolkan sebagai ibu tunggal yang kematian suami berjaya membesarkan empat orang anaknya – Jenab, Osman, Alang dan Amar menjadi ‘manusia’ dan menjalani kehidupan harian mereka dengan kerjaya masing-masing kecuali Jenab, sebagai surirumah sepenuh masa.

OPAH bersama cucunya, Bob (Nornashriq) dalam satu babak drama “Opah.”
ZAITON Hussain sebagai Opah dan Jenab (Khatijah Abu Hassan) dalam satu babak drama “Opah.”

Meskipun Opah, seorang Nenek yang menjadi tunggak utama siri drama berkenaan tetapi sesuatu yang mengejutkan ia bukan sahaja dinantikan para peminat dewasa. Malah kanak-kanak juga meminati siri berkenaan.

Walau mungkin Zaiton Hussein pernah berlakon drama lain tetapi drama ‘Opah’ adalah ‘signature’ atau drama yang telah mempopularkan beliau dengan ‘nama watak berkenaan’ dan menenggelamkan nama sebenarnya, Zaiton Hussain!

OPAH bersama anak-anaknya, Jenab dan Alang Yasin (Mohamad Abdullah) dalam satu babak drama “Opah.”
OPAH (Zaiton Hussain) bersama anaknya, Osman ( Razali Buyong) dalam satu babak drama “Opah.”

Kehebatan Opah menanggani masalah anak-anak serta cucu-cucunya menjadikan siri drama berkenaan satu penantian para peminatnya.

Bukan itu sahaja, malah kanak-kanak yang berusia lima tahun juga mengenalinya apabila terserempak beliau di tempat makan dengan panggilan ‘Opah!

PARA pelakon “Opah” (dari kiri) Zulkifli Ismail, Khatijah Abu Hassan, Zaiton Hussain dan Norlia Ghani.
NORLIA Ghani dan Zaiton Hussain dan Izzaidah Khairan

Begitulah hebatnya Opah ‘ditangan’ Zaiton Hussain drama arahan Husner Ahmad.

Walaupun drama tersebut telah berakhir sejak 25 tahun lalu, tetapi mereka yang membesar dengan drama berkenaan pasti merindui ‘Opah’ seorang nenek yang sentiasa menjadi tempat bermanja dan berkongsi masalah cucu-cucunya!

ZAITON Hussain setia dengan drama bersiri “Opah.”
NORLIA Ghani sebagai Joyah bersama Zaiton Hussain dalam satu babak drama “Opah.”

Mendekati Allahyarham Seniwati Zaiton Hussain, yang dilahirkan pada 19 Januari 1938, beliau dikenali melalui drama bersiri “Opah.”

Sejak melakonkan watak yang begitu sinonim dengan dirinya, membuatkan nama sebenar beliau tenggelam, apabila para pelakon dan para peminat lebih mesra menyapanya Opah.

SETELAH Musafa Noor meninggal dunia, wataknya sebagai Amar dilakonkan oleh Abu Bakar Kassim. Satu babak dari drama bersiri “Opah” antara Nor Ain atau Jessica (lakonan Yasmin Yusof) bersama Amar.
PADA zaman popularnya sebagai ‘Opah,’ Zaiton pernah muncul dalam iklan Amanah Saham Nasional.

Beliau mendirikan rumahtangga dengan pelakon drama Abdul Samad Arshad yang telah meninggal dunia pada 1998.

Apabila drama “Opah” ditamatkan pada tahun 2000, Zaiton terus berehat dari bidang lakonan

Zaiton, ibu kepada dua orang anak meninggal dunia kerana sakit kencing manis pada usia 63 tahun.

SETELAH drama “Opah” berakhir, Zaiton Hussain tidak berlakon lagi sehingga beliau meninggal dunia pada 4 Jun 2001.

Beliau meninggal pada 12 tengahari 4 Jun 2001 ketika dalam perjalanan ke klinik berhampiran rumahnya di Selayang, setelah mengadu sakit dada dan sukar bernafas.

Jenazah Allahyarham disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Selayang Baru, Batu Caves, Selangor.

Latest

PERTEM persembahkan teater muzikal “Qais & Laila”

Oleh: Khadijah Ibrahim PASTI ada di antara anda yang pernah...

“Kisah Terbaik” daripada Fazura

Oleh: Khadijah Ibrahim TIDAK peduli dengan pandangan orang lain tentang...

Raja Afiq kembali mengatur langkah dengan misi baharu

Oleh: Khadijah Ibrahim SELEPAS 'berehat' sekejap daripada dunia seni, kini...
spot_img

Jangan Terlepas!

KRU Cafe, projek baharu KRU

Oleh: Khadijah Ibrahim SELEPAS bertahun meneroka industri muzik tanah air,...

Mariani, seniwati paling sejati

Oleh SYED WAFA Foto Koleksi SYED WAFA/Ehsan Nazran HM Rohaizad...

Fahami isi hati Nadeera, “Cuba Jadi Aku”

Oleh: Khadijah Ibrahim SELEPAS berjaya mencipta fenomena luar biasa menerusi...

PERTEM persembahkan teater muzikal “Qais & Laila”

Oleh: Khadijah Ibrahim PASTI ada di antara anda yang pernah...
Syed Yusof Wafa
Syed Yusof Wafa
SYED Yusof Wafa pernah menulis dan melukis di Utusan Malaysia (sisipan Remaja), URTV, Mangga, Hai, URS, Hit, Variapop serta pernah menjadi Editor Majalah Oh-Gee dan editor portal terkenal Ladybosz.com
spot_imgspot_img

PERTEM persembahkan teater muzikal “Qais & Laila”

Oleh: Khadijah Ibrahim PASTI ada di antara anda yang pernah menonton filem "Qaisy & Laila", arahan Prof. Madya Raja Ahmad Alauddin yang diterbitkan pada 2005. Kini...

“Kisah Terbaik” daripada Fazura

Oleh: Khadijah Ibrahim TIDAK peduli dengan pandangan orang lain tentang dirinya, kini pelakon Fazura kembali meneruskan kerjaya seni suaranya dengan single baharu. Kali ini Fazura atau...

Raja Afiq kembali mengatur langkah dengan misi baharu

Oleh: Khadijah Ibrahim SELEPAS 'berehat' sekejap daripada dunia seni, kini pelakon Raja Afiq Raja Razali, 32, kembali aktif mengatur perjalanan seninya selepas melalui fasa yang...