Erra Fazira harap “Cinta Abadi” hingga ke jannah

Oleh: Khadijah Ibrahim

SEBELUM ini Amira Othman yang melancarkan single “Rasa & Takdir” duet bersama adiknya, Irfan Haris mengumumkan tarikh pernikahannya bersama Fattah Amin pada acara tersebut, kini giliran penyanyi, pelakon dan pengacara Erra Fazira pula mengumumkan hari bahagianya sempena pelancaran single “Cinta Abadi” versi 2025.

Lagu “Cinta Abadi” ciptaan Razman dan lirik oleh Datuk Habshah Hassan itu permah diterbitkan pada 1993, kini diangkat dalam versi baharu bagi meraikan hari istimewa primadona negara itu.

Melihat kepada lirik lagu tersebut memang kena dengan rasa jiwa Erra yang sudah 10 tahun hidup sebagai ibu tunggal itu.

Antara liriknya berbunyi:

Meminta
Pada yang ada
Merajuk dan bermanja
Pada yang kasih
Kau bagi ku satu harapan oh

Di bawah
Rimbun kasih mu
Terukir cita cita
Warna beribu
Kau harapanku
Kau segalanya oh

Lagu “Cinta Abadi” merupakan single pertama yang dimuatkan dalam album EP sulung yang menggunakan namanya sebagai judul album. Album tersebut dirakam selepas Erra selesai berlakon filem ‘Sembilu’ arahan Datuk Yusof Haslam bersama Dato’ Awie dan Ziana Zain.

Erra Fazira dan Ezwan Zain, masing-masing pernah mendirikan rumah tangga sebelum ini.

Dalam versi 2025, “Cinta Abadi” mendapat suntikan muzik moden dan tidak hanya dipersembahkan satu versi sebaliknya tampil dalam versi piano yang memberikan sentuhan  emosi berbeza untuk para pendengar khususnya peminat beliau.

Idea merakamkan kembali “Cinta Abadi” ini adalah dari pihak pengurusan Erra Fazira iaitu MindOrder Sdn Bhd yang melihat ia sebagai satu buah tangan istimewa buat peminat bintang terkenal itu yang sekian lama menunggu single terbaharu nyanyiannya.

Erra menyifatkan “Cinta Abadi” adalah sebuah lagu yang cukup istimewa dan mengukir namanya sebagai penyanyi di Malaysia. Tidak sekadar melodinya yang romantik dan bersesuaian dengan karakter vokalnya, “Cinta Abadi” adalah sebuah titik permulaan kepada sebuah nama Erra Fazira.

“32 tahun usia lagu ini. Siapa sangka, ia sudah berlalu lebih tiga dekad namun setiap saat dan momen ketika merakamkan lagu ini masih saya ingat dengan terperinci. Rasa seram sejuk ketika pertama kali ke studio rakaman di Singapura masa itu. Saya masih berusia 19 tahun dan sangat gugup.

“Istimewanya, lagu ini telah memperkenalkan nama saya dan melonjakkan jenama Erra Fazira sebagai seorang penyanyi. Banyak undangan nyanyian yang datang hanya kerana lagu ini menjadi fenomena di kalangan pendengar tempatan.

“Justeru ketika pihak MindOrder Sdn Bhd mengusulkan idea untuk merakamkan semula lagu  ini, saya tidak berfikir panjang kerana menyedari begitu ramai peminat yang sebenarnya menyukainya dan sudah tentu versi bahsru ini dapat mengubati rindu mereka kepada nyanyian saya hari ini dalam sebuah melodi klasik yang pernah menjadi kegemaran mereka dulu,” katanya.

Sempena pelancaran single “Cinta Abadi” versi 2025, Erra Fazira turut mengumumkan tarikh pernikahannya yang bakal berlangsung pada 12 Disember ini.

Tidak sekadar merakamkan versi baharu, malah “Cinta Abadi 2025” turut tampilkan video muzik bagi menambahkan elemen visual yang indah dan selari dengan keindahan lagu. Malah video muzik ini juga menjadi sebahagian daripada pelan pemasaran bagi memperkenalkan lagu ini kepada pendengar hari ini.

Penggambaran video muzik yang mendapat tajaan sepenuhnya daripada Pos Malaysia itu dilakukan di sekitar Hotel Royal Chulan Cherating Villa & Chalet.

Tambah Erra,  keseluruhan video muzik tersebut memberikan satu perasaan yang sangat indah dan romantik dengan pemandangan pantai di waktu senja yang akan menzahirkan satu ‘mood’ tersendiri buat peminat yang menontonnya nanti.

“Lebih melengkapkan jalan ceritanya apabila penyanyi Naqiu turut tampil bersama dalam video muzik ini. Saya seronok dan yakin peminat akan menghargai apa yang cuba saya sampaikan,” katanya.

Menyentuh mengenai hari bahagianya yang bakal berlangsung pada 12 Disember ini, di Shah Alam bersama dengan Ezwan Zain, 44, pemilik rangkaian restoran Kueh itu, Erra atau Fazira Wan Chek memohon doa yang baik-baik daripada semua pihak agar majlis pernikahannya berjalan lancar.

“Saya harap inilah yang terbaik, terindah dan penutup segala yang indah. Alhamdulillah, kami telah lalui macam-macam fasa dan saya pasti semua orang nak lihat saya bahagia.

“Kita bukan dalam situasi terdesak nak cari pasangan tapi lebih kepada nak ada teman untuk berbicara, terutama bila hari tua,” kata Erra yang bakal mengadakan majlis resepsi pada 13 dan 27 Disember ini secara kecil-kecilan di dua lokasi berbeza.

Pernikahan bersama Ezwan kelak merupakan perkahwinan ketiga Erra. Sebelum ini Erra pernah berkahwin dengan Datuk Yusry Abdul Halim pada 2003 dan bercerai pada 2006.

Kemudian Erra bertemu jodoh dengan Engku Emran pada 2007 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Engku Aleesya sebelum bercerai pada 2014.

Latest

Pementasan Randai Macbeth, sebuah kreasi baharu

Oleh: Khadijah Ibrahim SEMPENA Festival Buka Panggung ASWARA yang bermula...

Awie lebih fokus persembahan daripada gelaran

Oleh: Khadijah Ibrahim PENGARAH Eksekutif Bombbay Legend Worldwide, Zamberi Shaari...

Awie kongsi perjalanan seni menerusi konsert Rock King – Last Man Standing 2026

Oleh: Khadijah Ibrahim PENYANYI Datuk Awie bakal menjayakan konsert berskala...

Malaysia Marathon sempena Hari Merdeka bakal cipta sejarah

Oleh: Khadijah Ibrahim PADA 30 Ogos ini, Malaysia bakal mencipta...
spot_img

Jangan Terlepas!

Pementasan Randai Macbeth, sebuah kreasi baharu

Oleh: Khadijah Ibrahim SEMPENA Festival Buka Panggung ASWARA yang bermula...

Wali Band menghibur sambil berdakwah

Oleh: Khadijah Ibrahim ALA! 15 buah lagu saja? Itulah reaksi...

Malaysia Marathon sempena Hari Merdeka bakal cipta sejarah

Oleh: Khadijah Ibrahim PADA 30 Ogos ini, Malaysia bakal mencipta...

Awie lebih fokus persembahan daripada gelaran

Oleh: Khadijah Ibrahim PENGARAH Eksekutif Bombbay Legend Worldwide, Zamberi Shaari...
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim adalah seorang wartawan hiburan, pernah bertugas di Kumpulan Utusan sebagai wartawan di URTV dan jawatan terakhir adalah sebagai Penolong Pengarang Hiburan di Utusan Malaysia, pernah menjadi wartawan hiburan di Ladybosz.com serta berpengalaman sebagai “Content Writer”di Majalah Suria 7 terbitan theStar.
spot_imgspot_img

Pementasan Randai Macbeth, sebuah kreasi baharu

Oleh: Khadijah Ibrahim SEMPENA Festival Buka Panggung ASWARA yang bermula sejak 4 -22 Mei 2026, peminat teater berpeluang menonton pementasan Randai Macbeth di Panggung Eksperimen...

Awie lebih fokus persembahan daripada gelaran

Oleh: Khadijah Ibrahim PENGARAH Eksekutif Bombbay Legend Worldwide, Zamberi Shaari atau Bombay akui, beliau telah beberapa kali bekerjasama dengan penyanyi Datuk Awie dalam penganjuran konsert...

Awie kongsi perjalanan seni menerusi konsert Rock King – Last Man Standing 2026

Oleh: Khadijah Ibrahim PENYANYI Datuk Awie bakal menjayakan konsert berskala besar pada 12 September 2026 ini, di Stadium Merdeka. Konsert anjuran Bombbay Legend Worldwide bersama Ultimate...