Suria rai pendengar setia untuk eratkan hubungan

Oleh: Khadijah Ibrahim

SEMPENA sambutan ulang tahun Suria FM ke-18 tahun pada 24 November lalu, stesen radio tersebut telah merai kira-kira 200 pendengar setia dalm satu acara khas di Sunway Lagoon Surf Beach, pada 30 November baru-baru ini.

Para peserta bertuah tersebut adalah pemenang
yang memenangi peraduan di Suria FM serta Kuiz Kreatif di media sosial mStar.

Kesemua mereka telah menerima tiket khas, membolehkan mereka menikmati hari penuh keseronokan bersama seorang rakan pilihan.

Para pemenang berpeluang meluangkan masa bersama barisan penyampai Suria FM iaitu Ajak, Fad, Elly, Cik Piah, Chiwan, Kai, Irsyad dan DJ Lin.

Acara tersbut turut disertai artis jemputan seperti Nabila Razali, Najmi Niery, Bella Astillah, Ara Johari, Wany Hasrita, Aiman Tino, Syahrul Kamal, Nadia Brian, Rezza Shah, Badron Munirah, Marc Syahmie, Queen Din dan Muaz Zabir yang memeriahkan lagi suasana.

Pemenang bertuah terpilih untuk menyertai acara sambutan ulang tahun Suria FM dan mStar, baru-baru ini.

Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid (DJ Lin) berkata, tahun ini, sambutan lebih  istimewa kerana diraikan bersama rakan kolaborasi media, mStar, yang menyambut ulang tahun ke-20 mereka.

“Sambutan Suria 18 Tahun ini amat bermakna kerana ia diraikan bersama mStar yang turut menyambut pencapaian penting tahun ini.

“Selain itu, kehadiran pendengar setia benar-benar memberi semangat serta inspirasi kepada kami untuk terus mencipta detik-detik indah bersama mereka,” katanya yang juga pengelola segmen Suria Cinta itu.

Ujarnya, kesemua peserta, penyampai dan artis jemputan turut terlibat dalam Explorace Sunway Challenge, sebuah aktiviti penuh cabaran dan kerjasama yang menguji kreativiti, ketangkasan serta semangat berpasukan menjadikan pengalaman hari tersebut lebih bermakna dan penuh tawa.

Tambahnya lagi, sambutan kali ini juga menjadi lebih bermakna kerana ia hadir tepat selepas Suria memperkenalkan penjenamaan baharu pada 17 November, termasuk pengenalan tagline terbaharu Suria, “Muzik & Jiwa” yang mencerminkan arah dan identiti segar stesen dalam melangkah ke Tahun Baharu 2026.

“Kejayaan Suria selama 18 tahun adalah berkat sokongan padu para pendengar, rakan media, klien serta rakan selebriti yang tidak pernah putus.

“Dengan penjenamaan semula dan tagline baharu yang diperkenalkan baru-baru ini, kami komited untuk terus menghasilkan kandungan berkualiti serta mencipta banyak lagi momen yang lebih segar, dekat dan relevan di hati rakyat Malaysia,” katanya.

Sambutan Suria 18 Tahun menjadi simbol hubungan erat Suria FM bersama pendengarnya serta komitmen berterusan Suria untuk terus menghiburkan rakyat Malaysia di masa hadapan.

Latest

SHOWCASE “UNTUKMU” HASNOL: KETIKA MELODI BERTEMU MEMORI, SATU MALAM YANG AKAN MERESAP DI JIWA

Oleh: Syed Yusof Wafa Bagi generasi yang membesar dengan irama...

PENGASIH Malaysia Cemerlang Di NATCOM 2026, Raih Dua Pingat Emas Melalui Inovasi Pemulihan Ketagihan

Oleh: Syed Yusof Wafa Foto: Ehsan PENGASIH Malaysia Dua inovasi, dua...

Konsert Rindu Sumayyah, rai tiga dekad Hijjaz

Oleh: Khadijah Ibrahim PADA 16 dan 17 Oktober ini akan...

‘Live Concert: Elegant Selamanya’, himpun wanita jelita berkarisma

Oleh: Khadijah Ibrahim INILAH masanya untuk rakyat tempatan menyokong produk...
spot_img

Jangan Terlepas!

One Legendary Night, rai 35 tahun Hard Rock Cafe KL

Oleh: Khadijah Ibrahim SEMPENA sambutan ulang tahun Hard Rock Cafe...

‘Live Concert: Elegant Selamanya’, himpun wanita jelita berkarisma

Oleh: Khadijah Ibrahim INILAH masanya untuk rakyat tempatan menyokong produk...

SHOWCASE “UNTUKMU” HASNOL: KETIKA MELODI BERTEMU MEMORI, SATU MALAM YANG AKAN MERESAP DI JIWA

Oleh: Syed Yusof Wafa Bagi generasi yang membesar dengan irama...

PENGASIH Malaysia Cemerlang Di NATCOM 2026, Raih Dua Pingat Emas Melalui Inovasi Pemulihan Ketagihan

Oleh: Syed Yusof Wafa Foto: Ehsan PENGASIH Malaysia Dua inovasi, dua...

Konsert Rindu Sumayyah, rai tiga dekad Hijjaz

Oleh: Khadijah Ibrahim PADA 16 dan 17 Oktober ini akan...
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim adalah seorang wartawan hiburan, pernah bertugas di Kumpulan Utusan sebagai wartawan di URTV dan jawatan terakhir adalah sebagai Penolong Pengarang Hiburan di Utusan Malaysia, pernah menjadi wartawan hiburan di Ladybosz.com serta berpengalaman sebagai “Content Writer”di Majalah Suria 7 terbitan theStar.
spot_imgspot_img

SHOWCASE “UNTUKMU” HASNOL: KETIKA MELODI BERTEMU MEMORI, SATU MALAM YANG AKAN MERESAP DI JIWA

Oleh: Syed Yusof Wafa Bagi generasi yang membesar dengan irama slow rock dan balada jiwang yang menusuk kalbu, nama Hasnol bukanlah nama asing. Suaranya pernah...

PENGASIH Malaysia Cemerlang Di NATCOM 2026, Raih Dua Pingat Emas Melalui Inovasi Pemulihan Ketagihan

Oleh: Syed Yusof Wafa Foto: Ehsan PENGASIH Malaysia Dua inovasi, dua pingat emas dan satu misi besar: memperkukuh usaha pemulihan ketagihan melalui pendekatan yang lebih tersusun,...

Konsert Rindu Sumayyah, rai tiga dekad Hijjaz

Oleh: Khadijah Ibrahim PADA 16 dan 17 Oktober ini akan berlangsung 'Konsert Hijjaz 3 Dekad: Rindu Sumayyah' di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Konsert anjuran Inteam Records...