Impian Nourul tercapai selepas 30 tahun

Oleh: Khadijah Ibrahim

MESKIPUN terpaksa menunggu lama untuk menjayakan konsert berskala besar, itu tidak mematahkan semangat Nourul Depp, 48, kerana penantiannya selama 30 tahun bakal terlaksana juga.

Impian Nourul itu bakal direalisasikan menerusi konsert ‘For You: Nourul’ yang dianjurkan oleh Rong Geng Entertainment bagi menghargai legasi, ketekunan, dan pencapaian seni beliau sepanjang lebih 30 tahun mewarnai industri muzik Malaysia.

Sebuah persembahan berskala eksklusif itu bakal berlangsung pada 17 April 2026, di Zepp Kuala Lumpur, bermula jam 8 malam.

Nourul bakal mengembalikan nostalgia kepada penonton yang hadir menonton persembahannya nanti.

Menampilkan produksi pentas moden, ritma kontemporari, susunan muzik segar, serta elemen visual premium, konsert ini dijangka menghimpunkan lebih 1,500 penonton daripada pelbagai latar belakang.

“Akhirnya, masa ini tiba. Selepas lebih 30 tahun berkarya, konsert berskala besar ini membawa makna mendalam buat saya. Perasaan kembali ke pentas besar sebagai artis solo adalah sesuatu yang sangat emosional dan penuh syukur.

“Ini adalah antara impian saya yang lama tertangguh. Akhirnya, saya dapat berikan sebuah persembahan yang benar-benar mencerminkan siapa saya sebagai seorang penyanyi, seorang wanita dan seorang insan.

Nourul bersyukur dapat kembali sebagai penyanyi solo untuk menghibur peminat-peminatnya.

“Saya berjanji untuk memberikan sepenuh hati, sepenuh tenaga dan setiap inci jiwa saya kepada penonton kerana mereka yang menjadikan perjalanan 30 tahun ini sesuatu yang bermakna,” kata Nourul atau nama sebenarnya, Noorulhuda Abdul Wahab.

Beliau yang popular dengan lagu “Cinta Azali” dan “Kerana Terluka” itu berjanji bahawa konsert tersebut akan menjadi persembahan paling peribadi, paling jujur dan paling bertenaga dalam kerjayanya, bukan sahaja menghiburkan, tetapi menyentuh dan menginspirasikan.

Untuk pertama kalinya, penonton akan dibawa menyelusuri era muzik Nourul yang penuh warna bermula daripada lagu-lagu hit 90-an sehinggalah single popular era 2000-an yang memperlihatkan kematangan vokal, emosi serta evolusi muzik beliau.

Malah, konsert ini juga bakal menampilkan persembahan energetik dengan susunan muzik moden, segmen akustik “intimate storytelling” khas buat peminat tegar. Selain itu, sepanjang persembahan, Nourul akan diiringi oleh pemuzik profesional tempatan serta tribute visual mengimbau perjalanan seni dan pencapaiannya.

Konsert Nourul turut mendapat sokongan daripada rakan-rakan artis lain.

Sementara itu, Pengarah Rong Geng Entertainment, Muhammad Fared Kuswadinata, berkata, konsert tersebut adalah hadiah buat peminat, rakan industri, dan seluruh rakyat Malaysia yang menyokong karya Nourul selama lebih 30 tahun.

“Ia bukan sekadar konsert, tetapi satu perayaan kehidupan, ketabahan dan evolusi seni yang membentuk siapa Nourul hari ini. Kami mahu penonton merasai perjalanan itu secara visual, emosi dan muzik,” kata Muhammad Fared.

Bagi yang ingin menonton persembahan For You: Nourul, tiket-tiket berharga RM105 (GOLD), RM155 (DIAMOND), RM255 (PLATINUM) dan RM355 (VIP) boleh dibeli di platform rasmi ticket2u.

Latest

PERTEM persembahkan teater muzikal “Qais & Laila”

Oleh: Khadijah Ibrahim PASTI ada di antara anda yang pernah...

“Kisah Terbaik” daripada Fazura

Oleh: Khadijah Ibrahim TIDAK peduli dengan pandangan orang lain tentang...

Raja Afiq kembali mengatur langkah dengan misi baharu

Oleh: Khadijah Ibrahim SELEPAS 'berehat' sekejap daripada dunia seni, kini...
spot_img

Jangan Terlepas!

Program REAKASIH 2026, bukti REA EMPIRE ambil berat perihal anak yatim

Oleh: Khadijah Ibrahim PADA 5 Julai baru-baru ini, penulis berpeluang...

“Kisah Terbaik” daripada Fazura

Oleh: Khadijah Ibrahim TIDAK peduli dengan pandangan orang lain tentang...

Busana Kitar Semula ‘Eco Futuristik Lestari’ Juara Persona Lestari FELDA

Oleh : Nafsiah Jani JENGKA, 8 Julai – Kreativiti mengubah...
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim adalah seorang wartawan hiburan, pernah bertugas di Kumpulan Utusan sebagai wartawan di URTV dan jawatan terakhir adalah sebagai Penolong Pengarang Hiburan di Utusan Malaysia, pernah menjadi wartawan hiburan di Ladybosz.com serta berpengalaman sebagai “Content Writer”di Majalah Suria 7 terbitan theStar.
spot_imgspot_img

PERTEM persembahkan teater muzikal “Qais & Laila”

Oleh: Khadijah Ibrahim PASTI ada di antara anda yang pernah menonton filem "Qaisy & Laila", arahan Prof. Madya Raja Ahmad Alauddin yang diterbitkan pada 2005. Kini...

“Kisah Terbaik” daripada Fazura

Oleh: Khadijah Ibrahim TIDAK peduli dengan pandangan orang lain tentang dirinya, kini pelakon Fazura kembali meneruskan kerjaya seni suaranya dengan single baharu. Kali ini Fazura atau...

Raja Afiq kembali mengatur langkah dengan misi baharu

Oleh: Khadijah Ibrahim SELEPAS 'berehat' sekejap daripada dunia seni, kini pelakon Raja Afiq Raja Razali, 32, kembali aktif mengatur perjalanan seninya selepas melalui fasa yang...