Meritus University mahu lahirkan graduan yang mempunyai pendapatan tinggi

Oleh : Nafsiah Jani

Anda inginkan gaji yang besar dan peluang kerja menunggu selepas tamat pengajian. Jadi cepat-cepatlah mendaftar untuk mengikuti pelbagai pengajian di di Meritus University yang terletak di di Chan Sow Lin, Sungai Besi.

Baru-baru ini, Meritus University telah meraikan Konvokesyen 2025 di kampus baharunya di Chan Sow Lin. Majlis ini menandakan satu perjalanan luar biasa daripada visi seorang kapten kapal kepada sebuah institusi pendidikan bertaraf serantau.

Majlis yang berlangsung dalam suasana penuh simbolik itu menggambarkan aspirasi universiti untuk menjadi peneraju maritim dan penerbangan di Asia, selaras dengan perubahan landskap ekonomi global yang semakin menuntut tenaga mahir berkemahiran tinggi.

Tan Sri Halim Mohammad ketika menyampaikan amanat sempena majlis Konvokesyen Meritus University.

Dalam ucapan perasmiannya, Pengasas Meritus University, Tan Sri Halim Mohammad, menegaskan bahawa maritim bukan sekadar industri kerana ia adalah denyut nadi negara.

“Lebih 90 peratus dagangan Malaysia bergerak melalui laut, namun kekurangan tenaga profesional masih menjadi cabaran yang perlu ditangani. Dengan pengalaman 11 tahun sebagai pelaut dan bekas kapten kapal, pendekatan pembelajaran di Meritus University dibina berdasarkan keperluan sebenar industri, bukan sekadar teori atau silibus konvensional.

“Saya mengajar sendiri kerana saya tahu apa yang industri perlukan. Pelajar kami belajar cara dunia sebenar berfungsi, bukan sekadar teori. Majlis konvokesyen hari ini juga menandakan kemunculan generasi baharu bakal memimpin Malaysia yang bersedia untuk mengharungi lautan antarabangsa, meneroka laluan udara global dan cemerlang dalam pelbagai industri darat,” katanya.

Pendekatan pengajaran secara one-on-one menjadi kekuatan utama universiti ini, memastikan setiap pelajar benar-benar menguasai kemahiran sebelum terjun ke dunia pekerjaan. Meritus University kekal teguh dengan komitmen terhadap pembangunan negara melalui pendidikan, inovasi dan kerjasama industri yang strategik.

Dengan hubungan kukuh kepada industri maritim, Meritus University merupakan Institusi Pendidikan Tinggi pertama di Malaysia yang menawarkan program Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Perniagaan Maritim bagi memenuhi keperluan bakat dalam ekosistem maritim dan logistik.

Wardina Zulaikha Zulkarnain ketika menerima Anugerah Pengerusi daripada Tan Sri Halim Mohammad.

Universiti turut menawarkan laluan pembelajaran sepanjang hayat melalui program asas, diploma, sarjana serta Doktor Falsafah dalam Perniagaan Maritim dan Pengurusan. Hasilnya, ramai pelajar ditawarkan pekerjaan ketika menjalani latihan industri kerana kurikulum yang direka secara eksklusif mengikut kehendak syarikat antarabangsa.

Konvokesyen tahun ini menyaksikan penganugerahan kepada 19 graduan Bachelor of Science (Hons) Maritime Business, tiga graduan Bachelor of Science (Hons) Finance (Investment Strategy), seorang graduan MBA, 37 graduan Diploma in Aviation (Pilot Training), 96 kadet juruterbang HM Aerospace yang menerima Commercial Pilot Licence, Instrument Rating serta Frozen ATPL, selain seorang graduan Diploma in Hotel Management.

Sejak 2004, kerjasama Meritus University bersama HM Aerospace telah melahirkan lebih 2,500 juruterbang komersial termasuk 92 juruterbang wanita, yang kini berkhidmat dengan syarikat penerbangan dunia seperti Malaysia Airlines, AirAsia, Firefly, Lion Air, China Airlines, Emirates, Etihad, Singapore Airlines dan banyak lagi. Program latihan merangkumi 900 jam teori, 200 jam penerbangan, penggunaan 26 pesawat latihan Diamond DA40 & DA42 serta simulator FNPT II berteknologi tinggi.

Bagi memastikan lebih ramai anak muda mendapat peluang pendidikan berkualiti, Meritus University menyediakan laluan fleksibel untuk pelbagai latar akademik.

Lepasan SPM dengan lima kredit boleh memasuki program asasi selama setahun sebelum ke peringkat ijazah, manakala lepasan STPM dan diploma diberi akses terus. Pembiayaan PTPTN dan bantuan untuk pelajar B40 turut ditawarkan.

Antara graduan hebat Meritus University di majlis konvokesyen baru-baru ini.

Dalam tempoh lima tahun akan datang, universiti ini merancang untuk memperluaskan lagi penawaran pengajian kepada program undang-undang maritim, insurans maritim serta keselamatan laut, menghasilkan graduan yang bersedia menyertai agensi seperti TLDM, APMM dan syarikat pelabuhan antarabangsa.

Menurut Tan Sri Halim bangunan kampus baharu ini, bangunan yang suatu ketika dahulu dimiliki Utusan Melayu pernah menjadi tempat beliau menumpang tidur ketika zaman mudanya.

“Ia mengingatkan saya bahawa usaha, ilmu dan izin Allah mampu mengubah kehidupan seseorang. Matlamat Meritus University bukan hanya melahirkan graduan untuk bekerja, tetapi membina individu yang berintegriti, berkemahiran dan berwawasan.

“Kita mahu suatu hari nanti anak-anak muda mampu menyara diri, membantu keluarga, tetapi lebih daripada itu mereka mesti membantu negara menuju kea rah negara yang lebih meju dan membangun,” ujarnya.

Meritus University ialah sebuah Universiti Swasta Penuh berlesen di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia dan dimiliki sepenuhnya oleh Halim Mazmin Group. Sebagai sebuah “True-Blue Ocean University” yang diasaskan oleh seorang ahli maritim, universiti ini dibangunkan atas prinsip bahawa ilmu baharu mesti sentiasa dikejar demi manfaat generasi masa depan.

Sejak memulakan operasi pada 2016, pendekatan unik Meritus University yang menggabungkan pembelajaran pengalaman dengan pendedahan industri penuh telah membuahkan kejayaan ketara dalam kecemerlangan graduannya.

 

Latest

PERTEM persembahkan teater muzikal “Qais & Laila”

Oleh: Khadijah Ibrahim PASTI ada di antara anda yang pernah...

“Kisah Terbaik” daripada Fazura

Oleh: Khadijah Ibrahim TIDAK peduli dengan pandangan orang lain tentang...

Raja Afiq kembali mengatur langkah dengan misi baharu

Oleh: Khadijah Ibrahim SELEPAS 'berehat' sekejap daripada dunia seni, kini...
spot_img

Jangan Terlepas!

Mariani, seniwati paling sejati

Oleh SYED WAFA Foto Koleksi SYED WAFA/Ehsan Nazran HM Rohaizad...

PERTEM persembahkan teater muzikal “Qais & Laila”

Oleh: Khadijah Ibrahim PASTI ada di antara anda yang pernah...

“Kisah Terbaik” daripada Fazura

Oleh: Khadijah Ibrahim TIDAK peduli dengan pandangan orang lain tentang...

KRU Cafe, projek baharu KRU

Oleh: Khadijah Ibrahim SELEPAS bertahun meneroka industri muzik tanah air,...
Nafsiah Jani
Nafsiah Jani
Nafsiah Jani adalah seorang wartawan hiburan. Beliau pernah menulis di Utusan Malaysia, majalah URTV, Wanita, Saji terbitan Utusan Karya serta pernah menjadi wartawan tetap di Ladybosz.com
spot_imgspot_img

PERTEM persembahkan teater muzikal “Qais & Laila”

Oleh: Khadijah Ibrahim PASTI ada di antara anda yang pernah menonton filem "Qaisy & Laila", arahan Prof. Madya Raja Ahmad Alauddin yang diterbitkan pada 2005. Kini...

“Kisah Terbaik” daripada Fazura

Oleh: Khadijah Ibrahim TIDAK peduli dengan pandangan orang lain tentang dirinya, kini pelakon Fazura kembali meneruskan kerjaya seni suaranya dengan single baharu. Kali ini Fazura atau...

Raja Afiq kembali mengatur langkah dengan misi baharu

Oleh: Khadijah Ibrahim SELEPAS 'berehat' sekejap daripada dunia seni, kini pelakon Raja Afiq Raja Razali, 32, kembali aktif mengatur perjalanan seninya selepas melalui fasa yang...