Ernie Zakri menang besar

Oleh: Khadijah Ibrahim

HASIL daripada jumlah undian luar biasa yang mencecah 124 juta, Ernie Zakri telah meraih gelaran tertinggi sempena Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-37 (ABPBH 37) iaitu ‘Bintang Paling Popular’.

Kejayaan yang tak dijangka dan anugerah tertinggi yang menjadi dambaan ramai artis tanah air itu adalah bukti sokongan padu dan kasih sayang yang diberikan oleh para peminatnya.

Sebelum diumum sebagai ‘Bintang Paling Popular’, Ernie atau nama penuhnya, Nur Ernie Shahirah Zakri, 33, terlebih dahulu dinobatkan sebagai ‘Penyanyi Wanita Popular’ menewaskan Aina Abdul, Amira Othman, Wany Hasrita dan Wanie Kayrie.

Mengulas saat kemenangannya, Ernie meluahkan rasa syukur yang mendalam dan mengakui bahawa segala kejayaan yang diraih  adalah hasil sokongan tidak berbelah bahagi peminat dari Malaysia dan Indonesia.

Sudah bersedia untuk pergi makan bersama suami dan anak, tiba-tiba diumumkan menang sebagai Bintang Paling Popular ABPBH37.

“Alhamdulillah, perasaan sangat-sangat happy, sangat-sangat bersyukur sebenarnya. Saya bersyukur dengan kehadiran peminat-peminat yang mengundi dan yang sentiasa mendoakan kejayaan saya.

“Sebenarnya anugerah ini memang untuk peminat, yang sangat-sangat insist untuk saya at least merasa Anugerah ‘Top 10 Penyanyi Wanita Popular ini.

“Saya rasa sangat-sangat happy kerana setelah beberapa tahun kita bersama-sama berusaha, Alhamdulillah, peminat saya dapat anugerah Penyanyi Wanita Popular serta anugerah Bintang Paling Popular.

“Saya takkan dapat pengiktirafan ini kalau peminat-peminat saya tidak mengundi. Jadi saya nak buat special shout out to Ernienators kerana sudi memberikan saya merasa anugerah ini. Alhamdulillah, this is one of my achievements yang saya akan kenang sampai bila-bila. Alhamdulillah,” ujarnya.

Tahun 2025 turut menyaksikan deretan kejayaan besar buat Ernie. Selain momentum kukuh daripada “Perjalanan”, single hit beliau “Masing Masing” berjaya meraih 3x Platinum di Malaysia dan Indonesia, sekali gus mengukuhkan reputasinya sebagai salah seorang vokalis paling berpengaruh di Malaysia.

Ernie yakin kemenangannya disebabkan sokongan kuat daripada peminat.

Sebagai kesinambungan kejayaannya di ABPBH 37, Ernie juga sedang bersiap sedia untuk acara terakhir sebelum melangkah ke tahun baharu dengan ‘Nostalgia NYE Concert’ yang bakal berlangsung di Le Meridien Petaling Jaya pada 31 Disember ini.

Ernie juga turut mencetuskan keterujaan apabila memberi bayangan bahawa beliau bakal hadir dengan sebuah single Hari Raya baharu pada tahun hadapan, sekali gus menambah lagi keterujaan peminat terhadap projek-projek beliau akan datang.

Sementara itu, Pengarah Urusan Universal Music Malaysia, Kim Lim, turut berkata, pihak  Universal Music Malaysia amat berbangga dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ernie atas kejayaan gemilang meraih anugerah Bintang Paling Popular dan Penyanyi Wanita Popular di ABPBH37.

“Kemenangan berganda ini adalah pengiktirafan sewajarnya atas dedikasi, bakat vokal luar biasa, serta hubungan erat beliau dengan peminat yang sentiasa menyokong. Ini adalah satu pencapaian yang memberi inspirasi, bukan sahaja untuk Ernie, tetapi juga kepada seluruh industri muzik tempatan.

“Mengambil momentum dari kejayaan ini, Universal Music Malaysia komited untuk terus memacu kerjaya Ernie. Rancangan utama kami adalah untuk terus mengeksport karya-karya beliau ke peringkat serantau, terutamanya di Asia Tenggara.

“Muzik Ernie mempunyai potensi besar untuk menembusi pasaran baharu, mengikut jejak kejayaan seperti lagu “Masing Masing” yang telah mendapat tempat di hati peminat Nusantara.

“Kami percaya bakat beliau memiliki potensi global yang besar, dan kami tidak sabar untuk melihat Ernie terus mengukir nama sebagai duta muzik Malaysia yang disegani,” ujar Kim Lim.

Latest

Sajian menu Pantai Timur di Rumoh Mekda

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA orang Kelantan, Terengganu dan Pahang yang...

Hashimah Yon digelar seniwati paling seksi!

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima...

Dulu tak percaya, kini Issey Miyake guna TikTok untuk cari rezeki

Oleh: Khadijah Ibrahim SEKARANG ini antara platform media sosial yang...

Dulu ‘introvert’, kini AG9 Official jadi Pengurus Bakat di KamiSempoi Premier Academy

Oleh: Khadijah Ibrahim SEKARANG ini ramai yang ingin menjadi pempengaruh...
spot_img

Jangan Terlepas!

Salam Maulidur Rasul 1448H

Oleh : Syed Yusof Wafa Sambutan Maulidur Rasul 1448H di...

Peluang jadi penyanyi rakaman dan menang motor di Community Members – Pahang Auto Show 2K26

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA anda ada impian nak menjadi penyanyi,...

Dulu tak percaya, kini Issey Miyake guna TikTok untuk cari rezeki

Oleh: Khadijah Ibrahim SEKARANG ini antara platform media sosial yang...
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim adalah seorang wartawan hiburan, pernah bertugas di Kumpulan Utusan sebagai wartawan di URTV dan jawatan terakhir adalah sebagai Penolong Pengarang Hiburan di Utusan Malaysia, pernah menjadi wartawan hiburan di Ladybosz.com serta berpengalaman sebagai “Content Writer”di Majalah Suria 7 terbitan theStar.
spot_imgspot_img

Sajian menu Pantai Timur di Rumoh Mekda

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA orang Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menetap di ibu kota, rindu untuk menikmati makanan seperti masakan ibu di kampung, bolehlah singgah...

Hashimah Yon digelar seniwati paling seksi!

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima Kasih Datuk Sri Rozita Ramelan) WALAUPUN memulakan langkah sebagai pelakon kanak-kanak ketika berusia 11 tahun dalam...

Dulu tak percaya, kini Issey Miyake guna TikTok untuk cari rezeki

Oleh: Khadijah Ibrahim SEKARANG ini antara platform media sosial yang sering mendapat perhatian warga maya adalah TikTok kerana ia merupakan platform video berdurasi pendek yang...