Bobb Ghazali atur langkah dengan Guzzbuzz Productions 

Oleh: Khadijah Ibrahim

SERINGKALI individu yang bekerja di belakang tabir kurang ditonjol berbanding penyanyi yang mengalunkan lagu.

Namun dalam soal pembikinan rakaman lagu, insan-insan yang bekerja di belakang tabir ini adalah tonggak utama bagi memastikan si penyanyi dapat merakam lagu dengan sempurna.

Salah seorang penggiat seni yang berpengalaman luas tentang kerja-kerja di belakang tabir termasuk di studio rakaman adalah Bobb Ghazali, 42, yang merupakan pengasas dan wajah di sebalik Guzzbuzz Productions.

Bobb Ghazali banyak melakukan kerja-kerja di belakang tabir terutamanya bila waktu rakaman lagu.

Guzzbuzz Productions  mula mendapat perhatian ramai sebagai salah satu tenaga kreatif yang semakin meningkat dalam industri muzik dan produksi digital.

Dengan gabungan kepakaran dalam audio kejuruteraan, produksi visual, dan pembangunan artis, Bobb membawa identiti tersendiri yang membezakan Guzzbuzz Productions sebagai sebuah jenama kreatif yang berani, kontemporari dan berpengaruh.

“Asalnya saya adalah seorang jurutera rakaman, pengadun dan penerbit rekod. Saya telah bekerjasama dengan beberapa artis Malaysia, Singapura dan Brunei.

“Biasalah apabila sudah lama dalam sesuatu bidang, kita mahu terokai bidang yang baharu sesuai dengan keadaan semasa. Sebab itulah saya buka Guzzbuzz Productions sebagai platform untuk menghasilkan muzik, video, dan projek kreatif berkualiti tinggi.

“Alhamdulillah, Guzzbuzz Productions kini berkembang menjadi pusat produksi bebas yang memberikan solusi menyeluruh, merangkumi rakaman, mixing, mastering, penghasilan video muzik, visualiser dan kandungan digital untuk media sosial,” jelasnya tentang peranan syarikat miliknya itu.

Antara artis yang pernah bekerjasama dengan  Guzzbuzz Productions adalah Poetic Maleeka (SG), Izam Dan (SG), Ejai / Azzara Band (MY), Azan Scan (MY), Akid Aly (MY), Izy Harun (MY), Hatta Junction (MY), Fadzli (Brunei) dan ramai lagi.

Mungkin nama Bobb Ghazali kurang dikenali di kalangan peminat muzik tempatan namun, beliau pernah bekerjasama dengan Azan Scan & The Guzzbuzz Project menerusi lagu “Kasih” yang dikeluarkan setahun lalu.

Bukan setakat Azan, Bobb juga pernah berkolaborasi dengan Muhammad Akid Fahmi atau dikenali sebagai Akid Aly untuk pembikinan lagu “Ada Apa Hal”.

Bersama anggota The Guzzbuzz Project Band.

Akid Aly, 26, yang berasal dari Jerantut , Pahang itu bukan setakat menyanyi malah beliau juga penulis lirik dan model yang meminati lagu bergenre pop balada, jaz dan hip hop.

Beliau mula bernaung di bawah label Guzzbuzz Productions dari Singapura itu sejak 2023 dan kini syarikat tersebut melebarkan sayap di Malaysia.

Bobb yang berasal dari Singapura itu juga pernah berkolaborasi dengan Hatta Junction menerusi lagu “Hasrat”. Lagu tersebut dihasilkan menerusi gandingan Hatta dan The Guzzbuzz Project.

“Lagu “Hasrat” mengisahkan perjalanan hidup komposer dan produser lagu tersebut iaitu, Bobb Ghazali yang ingin mencuba luaskan karyanya ke Malaysia.

“Walaupun ramai teman-teman nasihatkan saya jangan, tapi saya tetap teruskan juga kerana saya ingin mengikutkan naluri hati dan terus ke Malaysia.

“Ada juga yang mengatakan yang saya akan gagal di sana, tetapi saya tetap ingin mencuba. Alhamdulillah, sehingga kini Guzzbuzz Productions masih mampu bertahan,” kata Bobb yang sudah mempunyai lima artis yang bernaung di bawah labelnya.

Latest

Sajian menu Pantai Timur di Rumoh Mekda

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA orang Kelantan, Terengganu dan Pahang yang...

Hashimah Yon digelar seniwati paling seksi!

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima...

Dulu tak percaya, kini Issey Miyake guna TikTok untuk cari rezeki

Oleh: Khadijah Ibrahim SEKARANG ini antara platform media sosial yang...

Dulu ‘introvert’, kini AG9 Official jadi Pengurus Bakat di KamiSempoi Premier Academy

Oleh: Khadijah Ibrahim SEKARANG ini ramai yang ingin menjadi pempengaruh...
spot_img

Jangan Terlepas!

Aneka Walk tampilkan pelbagai acara menarik untuk pengunjung

Oleh: Khadijah Ibrahim SEWAKTU penulis belajar di Institut Teknologi MARA,...

Dulu ‘introvert’, kini AG9 Official jadi Pengurus Bakat di KamiSempoi Premier Academy

Oleh: Khadijah Ibrahim SEKARANG ini ramai yang ingin menjadi pempengaruh...

SCAM MAKIN GANAS: Fahmi Arah Telco Beri Penjelasan Isu Ratusan Nombor Telefon Atas Satu Nama

Oleh: Syed Yusof Wafa Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil...

Sajian menu Pantai Timur di Rumoh Mekda

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA orang Kelantan, Terengganu dan Pahang yang...
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim adalah seorang wartawan hiburan, pernah bertugas di Kumpulan Utusan sebagai wartawan di URTV dan jawatan terakhir adalah sebagai Penolong Pengarang Hiburan di Utusan Malaysia, pernah menjadi wartawan hiburan di Ladybosz.com serta berpengalaman sebagai “Content Writer”di Majalah Suria 7 terbitan theStar.
spot_imgspot_img

Sajian menu Pantai Timur di Rumoh Mekda

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA orang Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menetap di ibu kota, rindu untuk menikmati makanan seperti masakan ibu di kampung, bolehlah singgah...

Hashimah Yon digelar seniwati paling seksi!

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima Kasih Datuk Sri Rozita Ramelan) WALAUPUN memulakan langkah sebagai pelakon kanak-kanak ketika berusia 11 tahun dalam...

Dulu tak percaya, kini Issey Miyake guna TikTok untuk cari rezeki

Oleh: Khadijah Ibrahim SEKARANG ini antara platform media sosial yang sering mendapat perhatian warga maya adalah TikTok kerana ia merupakan platform video berdurasi pendek yang...