Adrianna Cinta Yakin Dengan “Impiana”

Oleh: Syed Yusof Wafa

Menyambung langkahnya sebagai antara wajah baharu yang kian menyerlah dalam dunia muzik tempatan, penyanyi muda Adrianna Cinta kembali dengan sebuah karya yang lebih mendalam dan penuh emosi berjudul “Impiana”, edaran Sony Music Entertainment Malaysia.

Selepas memperkenalkan dirinya menerusi single “My Baby” yang mengetengahkan sisi romantik dan lembut, kali ini Cinta tampil lebih matang dan reflektif melalui Impiana, sebuah lagu yang mengajak pendengar merenung semula erti kebenaran dan kesyukuran dalam mengejar impian.

Lagu yang digarap oleh Syaizul Amal selaku komposer, Ain Maisarah sebagai penulis lirik, dan diterbitkan oleh produser muzik Farouk Roman ini berjaya menyerlahkan kekuatan vokal dan kejujuran emosi Cinta.

Realiti Perit Di Balik Keindahan

Berbekalkan lirik yang jujur dan tema yang menyentuh tentang ‘impian palsu’, Impiana menyelami sisi gelap di sebalik keindahan hidup yang sering kita dambakan.

“Lagu ini menyampaikan mesej tentang kebenaran dalam hidup. Kita semua suka kejar ‘benda-benda’ yang indah, tapi untuk capai keindahan itu, banyak benda susah atau buruk yang perlu dilalui. Impiana bagi saya bukan sekadar lagu tentang impian, tapi tentang realiti yang kadang-kadang kita sendiri tidak mahu hadap,” jelas Cinta.

Bagi Cinta, Impiana menjadi wadah untuk dirinya meluahkan perasaan sebenar tentang kehidupan yang tidak selalu seindah seperti yang digambarkan, dan di sebalik kesusahan itu, tetap ada keindahan ‘kecil’ yang patut disyukuri.

Antara bait paling menonjol dalam Impiana adalah baris “The grass is greener on the other side”, yang bukan sekadar frasa universal, tetapi turut menjadi refleksi perjalanan karier Cinta sebagai artis muda.

“Saya masih baru dalam industri ini. Jadi bagi saya, memang ada bahagian rumput yang ‘hijau’ dan ada yang ‘perang’. Setiap pencapaian kecil datang selepas melalui sisi yang ‘perang’ dulu. Tapi bila dah sampai dekat sisi yang ‘hijau’ itu pun, tetap ada durinya juga,” katanya tersenyum.

Lirik itu menurut Cinta, sangat dekat dengan realiti hidup kerana sering kali apa yang kelihatan sempurna di luar belum tentu bebas dari cabaran di dalam.
Rakaman Tengah Malam, Suara Jujur Dari Hati
Untuk mendapatkan emosi yang tulen dan suasana yang lebih mendalam, sesi rakaman Impiana dijalankan pada jam 1 pagi, atas saranan penerbit muzik, Farouk Roman.

“Farouk mahu saya sampaikan lagu ini dengan cara yang lain dari biasa. Jadi saya tidur dulu dan bangun semula tengah malam untuk dapatkan suara yang ‘raspy’ dan ‘mood’ tenang. Lagu ini perlukan rasa yang ‘natural’ bukan dibuat-buat kerana mesejnya tentang kejujuran,” ujar Cinta yang mengakui ia antara pengalaman paling unik dalam kariernya.

Nilai Kesyukuran Sebagai Tunjang

Di sebalik nada melankolik dan introspektif, Impiana turut menonjolkan nilai kesyukuran sebagai elemen penting dalam kehidupan.

“Kalau kita tidak bersyukur, kita tidak akan tahu bila masa untuk berhenti. Orang yang tidak bersyukur ini akan terus kejar sehingga lupa diri, dari situlah datang tekanan, pertengkaran, malah penyakit. Bila kita belajar bersyukur, barulah kita tahu nilai sebenar setiap usaha,” jelas Cinta.

Mengejar Impian Dalam Dunia Penuh Ilusi

Cinta juga sedar bahawa industri hiburan penuh dengan perbandingan dan tekanan. Namun baginya, kunci untuk kekal berpijak pada realiti adalah dengan terus bergerak, walau perlahan.

“Dalam dunia muzik sekarang ini, tidak kira setinggi mana kita pergi, akan sentiasa ada orang yang lebih hebat. Tapi selagi kita terus berjalan dan faham hala tuju kita, itu dah cukup. Jangan berhenti. Bila berhenti, orang lain akan ke depan. Tapi bila kita faham perjalanan itu, Insya-Allah kita akan kekal lama,” katanya tekad.

Pesanan & Harapan

Sebagai seorang yang masih belajar dan berkembang dalam dunia seni, Adrianna Cinta berharap Impiana mampu memberi kekuatan dan inspirasi kepada generasi muda untuk melihat impian dari sudut yang lebih realistik dan berjiwa.

“Pesanan saya untuk sesiapa pun yang sedang mengejar impian, sentiasalah bersyukur. Untuk capai impian besar, harus lalui impian kecil dulu. Setiap kali kita berjaya capai sesuatu, walaupun kecil, berhenti sejenak dan hargai. Itu tanda kemajuan sebenar,” katanya.

“Saya juga berharap Impiana dapat menyentuh hati semua pendengar. Kadang-kadang kita kejar sesuatu yang kita sangka bahagia, tapi akhirnya kita sedar kebahagiaan sebenar datang dari kejujuran dan rasa syukur. Jika lagu ini boleh buat orang berfikir sejenak dan hargai diri, saya sudah bersyukur,” ujar Cinta menutup bicara.

Kini Tersedia Di Semua Platform Digital

Single “Impiana” kini sudah boleh didengarkan di semua platform digital utama seperti Spotify, Apple Music, YouTube Music dan Deezer bermula 31 Oktober yang lalu.

Latest

Konsert Rindu Sumayyah, rai tiga dekad Hijjaz

Oleh: Khadijah Ibrahim PADA 16 dan 17 Oktober ini akan...

‘Live Concert: Elegant Selamanya’, himpun wanita jelita berkarisma

Oleh: Khadijah Ibrahim INILAH masanya untuk rakyat tempatan menyokong produk...

One Legendary Night, rai 35 tahun Hard Rock Cafe KL

Oleh: Khadijah Ibrahim SEMPENA sambutan ulang tahun Hard Rock Cafe...

AKAR//NEXT 2026 ajak pengunjung terokai pelbagai sisi budaya, kreativiti dalam satu ruang

Oleh: Khadijah Ibrahim PASAR Seni atau Central Market merupakan salah...
spot_img

Jangan Terlepas!

One Legendary Night, rai 35 tahun Hard Rock Cafe KL

Oleh: Khadijah Ibrahim SEMPENA sambutan ulang tahun Hard Rock Cafe...

AKAR//NEXT 2026 ajak pengunjung terokai pelbagai sisi budaya, kreativiti dalam satu ruang

Oleh: Khadijah Ibrahim PASAR Seni atau Central Market merupakan salah...

Faizal Tahir salurkan semangat patriotik menerusi muzik

Oleh: Khadijah Ibrahim SUDAH 20 tahun Faizal Tahir terbabit dalam...

Konsert Rindu Sumayyah, rai tiga dekad Hijjaz

Oleh: Khadijah Ibrahim PADA 16 dan 17 Oktober ini akan...

‘Live Concert: Elegant Selamanya’, himpun wanita jelita berkarisma

Oleh: Khadijah Ibrahim INILAH masanya untuk rakyat tempatan menyokong produk...
Syed Yusof Wafa
Syed Yusof Wafa
SYED Yusof Wafa pernah menulis dan melukis di Utusan Malaysia (sisipan Remaja), URTV, Mangga, Hai, URS, Hit, Variapop serta pernah menjadi Editor Majalah Oh-Gee dan editor portal terkenal Ladybosz.com
spot_imgspot_img

Konsert Rindu Sumayyah, rai tiga dekad Hijjaz

Oleh: Khadijah Ibrahim PADA 16 dan 17 Oktober ini akan berlangsung 'Konsert Hijjaz 3 Dekad: Rindu Sumayyah' di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Konsert anjuran Inteam Records...

‘Live Concert: Elegant Selamanya’, himpun wanita jelita berkarisma

Oleh: Khadijah Ibrahim INILAH masanya untuk rakyat tempatan menyokong produk kosmetik tempatan berbanding jenama luar. Sebagai tanda sokongan kepada jenama Elegant Cosmetics, marilah kita ramai-ramai menghadirkan...

One Legendary Night, rai 35 tahun Hard Rock Cafe KL

Oleh: Khadijah Ibrahim SEMPENA sambutan ulang tahun Hard Rock Cafe Kuala Lumpur yang ke-35 tahun, pusat hiburan tersebut akan meraikan detik bersejarah tersebut dengan menganjurkan...