Tanpa Sedar, Saya Ternoda Seks Songsang – Saiful Wazien

Oleh: Syed Yusof Wafa

Pelakon teater, Saiful Wazien tampil mendedahkan dirinya menjadi mangsa serangan seksual oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai pempengaruh dalam industri teater.
Menurut Saiful, kejadian itu berlaku ketika dia dalam perjalanan pulang dari Kedah ke Kuala Lumpur selepas habis pementasan teater dan singgah berehat di sebuah kawasan Rehat dan Rawat (R&R).

Ketika itu, dia terlalu keletihan selepas memandu jarak jauh dan tertidur di dalam kereta bersama individu berkenaan yang menumpang pulang bersamanya atas dasar ingin membantu.

“Saya terlalu penat dan tertidur tanpa sedar. Apabila tersedar, saya dapati sesuatu yang tidak sepatutnya telah berlaku ke atas diri saya,” katanya.

Saiful yang pernah terlibat lakonan dalam produksi Pendekar Awang mengakui insiden tersebut memberi kesan trauma yang mendalam.

Lebih mengejutkan, dia pada awalnya keliru sama ada kejadian itu benar-benar berlaku atau sekadar mimpi akibat keletihan melampau.

Saiful yang pernah terlibat lakonan dalam produksi Pendekar Awang mengakui insiden tersebut memberi kesan trauma yang mendalam.

“Perkara itu sangat mengejutkan saya. Dalam keadaan masih mamai, saya tetap menghantarnya pulang. Ketika itu saya tertanya-tanya sama ada apa yang berlaku itu nyata atau sekadar mimpi. Katanya

Susulan kejadian tersebut, Saiful bertindak menyekat individu berkenaan daripada sebarang bentuk komunikasi. Namun, trauma kembali menghantuinya apabila dia terserempak semula dengan pelaku kira-kira sebulan kemudian.

Apa yang lebih merisaukan, kata Saiful, individu terbabit merupakan figura dalam industri teater dan sering terlibat dalam memberi pandangan serta ulasan berkaitan dunia seni.

“Perkara ini membuatkan saya risau sekiranya ia turut melibatkan rakan-rakan lain dalam industri. Saya tidak tahu berapa ramai yang mungkin pernah menjadi mangsa sebelum ini atau selepas ini,” ujarnya.

Apa yang lebih merisaukan, kata Saiful, individu terbabit merupakan figura dalam industri teater dan sering terlibat dalam memberi pandangan serta ulasan berkaitan dunia seni.

Menurut Saiful, dia tidak berasa malu untuk berkongsi perkara tersebut secara terbuka kerana mahu orang ramai lebih peka dan berani mengambil tindakan tegas jika berdepan situasi sama.

“Saya juga bimbang sekiranya rakaman atau perkara tidak baik melibatkan maruah saya disalahgunakan. Ini adalah satu aib yang sangat berat untuk ditanggung,” katanya.

Sehubungan itu, Saiful telah membuat laporan polis dan menyerahkan sepenuhnya kes berkenaan kepada pihak berkuasa bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

Latest

Sajian menu Pantai Timur di Rumoh Mekda

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA orang Kelantan, Terengganu dan Pahang yang...

Hashimah Yon digelar seniwati paling seksi!

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima...

Dulu tak percaya, kini Issey Miyake guna TikTok untuk cari rezeki

Oleh: Khadijah Ibrahim SEKARANG ini antara platform media sosial yang...

Dulu ‘introvert’, kini AG9 Official jadi Pengurus Bakat di KamiSempoi Premier Academy

Oleh: Khadijah Ibrahim SEKARANG ini ramai yang ingin menjadi pempengaruh...
spot_img

Jangan Terlepas!

Peluang jadi penyanyi rakaman dan menang motor di Community Members – Pahang Auto Show 2K26

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA anda ada impian nak menjadi penyanyi,...

Aneka Walk tampilkan pelbagai acara menarik untuk pengunjung

Oleh: Khadijah Ibrahim SEWAKTU penulis belajar di Institut Teknologi MARA,...

Zaharah Agus seniwati serba boleh !

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima...

Dulu tak percaya, kini Issey Miyake guna TikTok untuk cari rezeki

Oleh: Khadijah Ibrahim SEKARANG ini antara platform media sosial yang...
Syed Yusof Wafa
Syed Yusof Wafa
SYED Yusof Wafa pernah menulis dan melukis di Utusan Malaysia (sisipan Remaja), URTV, Mangga, Hai, URS, Hit, Variapop serta pernah menjadi Editor Majalah Oh-Gee dan editor portal terkenal Ladybosz.com
spot_imgspot_img

Sajian menu Pantai Timur di Rumoh Mekda

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA orang Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menetap di ibu kota, rindu untuk menikmati makanan seperti masakan ibu di kampung, bolehlah singgah...

Hashimah Yon digelar seniwati paling seksi!

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima Kasih Datuk Sri Rozita Ramelan) WALAUPUN memulakan langkah sebagai pelakon kanak-kanak ketika berusia 11 tahun dalam...

Dulu tak percaya, kini Issey Miyake guna TikTok untuk cari rezeki

Oleh: Khadijah Ibrahim SEKARANG ini antara platform media sosial yang sering mendapat perhatian warga maya adalah TikTok kerana ia merupakan platform video berdurasi pendek yang...