Baby Shima penuhi permintaan peminat Kelantan

Oleh: Khadijah Ibrahim

PENYANYI Baby Shima yang dikenali sebagai penyanyi dangdut, kali ini mencuba sesuatu yang baharu.

Buat pertama kalinya Baby Shima atau Nor Ashima Ramli, 33, tampil dengan single baharu berjudul “Bey Kelik Laa Bey” yang dinyanyikan dalam dialek Kelantan.

Jelas Baby Shima, lagu ciptaan Eddie Hamid dan lirik oleh Fadil Turbo, Mama Ana, Jaju dan Te Ha itu dirakam selepas mendapat permintaan daripada peminat.

Lagu dalam dialek Kelantan dihasilkan atas cadang daripada peminat dari Pantai Timur.

“Idea untuk menghasilkan lagu dialek Kelantan ini tercetus daripada permintaan peminat yang sering meninggalkan komen di media sosial saya di samping dipermudahkan oleh abang  Eddie.

“Ramai orang Kelantan selalu tinggalkan komen, ‘Shima, cuba la nyanyi lagu Kelate sikit!’.
Lama-kelamaan saya pun terpengaruh. Dialek Kelantan pun mempunyai keunikan tersendiri di mana, walaupun orang marah, bunyinya tetap comel,” jelas Baby Shima.

Untuk mendapatkan sebutan dialek Kelantan yang tepat, Baby Shima mengakui mengambil masa kira-kira seminggu lebih untuk berlatih.

Beliau turut berkongsi pengalaman lucu semasa sesi rakaman single tersebut.

Baby Shima senang bekerjasama dengan komposer Eddie Hamid.

“Kadang-kadang bila menyanyi, terkeluar juga loghat Semenanjung, jadi rasa tak sedaplah. Semasa sesi rakaman pun, ada masa saya tersasul, terutama bila lapar. Tapi bila makan budu terus elok balik dialek Kelantan saya ini,” katanya berseloroh.

Bercerita mengenai kerjasama dengan komposer Eddie Hamid, Baby Shima menyifatkannya sebagai pengalaman yang berbeza daripada kebiasaan.

Beliau memuji Eddie Hamid sebagai seorang yang sangat relaks, cool, tidak garang, dan baik hati.

“Dalam studio, dialah cikgu dan saya pula murid yang suka buat lawak. Dia ajar saya daripada sebutan sehinggalah kepada panduan vokal. Walaupun sering tersalah sebutan dan ketawa sebelum merakam semula, saya bersyukur kerana semuanya berjalan lancar.

Baby Shima yang terkenal dengan irama dangdut berani mencabar diri untuk mencuba sesuatu yang baharu.

“Abang Eddie memang jenis yang sangat penyabar. Mungkin sebab dia sudah ‘immune’ dengan perangai saya,” gurau Shima.

Lagu “Bey Kelik Laa Bey” mengisahkan perasaan pilu seorang wanita yang merindui kekasihnya setelah dikecewakan.

Karya ini menceritakan tentang kelukaan hati wanita itu akibat harapan palsu yang diberikan oleh kekasih sebelum menghilangkan diri, justeru merayu agar pasangannya itu kembali semula kepadanya.

Single “Bey Kelik Laa Bey” terbitan Kijang Music dan edaran Nova Music boleh mula distrim di semua platform penstriman muzik di ambang tahun baharu pada 31 Disember 2025.

Siaran perdana video muzik rasmi single tersebut akan berlangsung di saluran YouTube Kijang Music pada hari yang sama jam 8 malam di pautan: https://www.youtube.com/watch?v=pBRsFj3HI0c

Latest

Sajian menu Pantai Timur di Rumoh Mekda

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA orang Kelantan, Terengganu dan Pahang yang...

Hashimah Yon digelar seniwati paling seksi!

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima...

Dulu tak percaya, kini Issey Miyake guna TikTok untuk cari rezeki

Oleh: Khadijah Ibrahim SEKARANG ini antara platform media sosial yang...

Dulu ‘introvert’, kini AG9 Official jadi Pengurus Bakat di KamiSempoi Premier Academy

Oleh: Khadijah Ibrahim SEKARANG ini ramai yang ingin menjadi pempengaruh...
spot_img

Jangan Terlepas!

Precious of Malaysia Citraloka 2026 Sasar 500,000 Pengunjung, Bawa Warisan Lebih Dekat Dengan Rakyat

Oleh: Syed Yusof Wafa/Faizah Yasmin Tan Sri Mustapa KUALA LUMPUR:...

SCAM MAKIN GANAS: Fahmi Arah Telco Beri Penjelasan Isu Ratusan Nombor Telefon Atas Satu Nama

Oleh: Syed Yusof Wafa Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil...

Aneka Walk tampilkan pelbagai acara menarik untuk pengunjung

Oleh: Khadijah Ibrahim SEWAKTU penulis belajar di Institut Teknologi MARA,...

Wow… Wani Kayrie bakal ‘disunting’ FM Group Kerana Cak Cak Cekuk

Oleh: Syed Yusof Wafa Kerana sebuah lagu yang memartabatkan irama...
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim adalah seorang wartawan hiburan, pernah bertugas di Kumpulan Utusan sebagai wartawan di URTV dan jawatan terakhir adalah sebagai Penolong Pengarang Hiburan di Utusan Malaysia, pernah menjadi wartawan hiburan di Ladybosz.com serta berpengalaman sebagai “Content Writer”di Majalah Suria 7 terbitan theStar.
spot_imgspot_img

Sajian menu Pantai Timur di Rumoh Mekda

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA orang Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menetap di ibu kota, rindu untuk menikmati makanan seperti masakan ibu di kampung, bolehlah singgah...

Hashimah Yon digelar seniwati paling seksi!

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima Kasih Datuk Sri Rozita Ramelan) WALAUPUN memulakan langkah sebagai pelakon kanak-kanak ketika berusia 11 tahun dalam...

Dulu tak percaya, kini Issey Miyake guna TikTok untuk cari rezeki

Oleh: Khadijah Ibrahim SEKARANG ini antara platform media sosial yang sering mendapat perhatian warga maya adalah TikTok kerana ia merupakan platform video berdurasi pendek yang...