Que Haidar sedia jadi Pak Su Ammara

Oleh: Khadijah Ibrahim

SEJAK Que Haidar memuat naik trend lagu Jamilah dendangan Jamal Mirdad di akaun TikTok miliknya, beliau mula menjadi perhatian ramai.

Ramai juga wanita secara gurauan menawar diri untuk menjadi Jamilah bagi mendekati pelakon yang berstatus duda sejak 2 Julai 2024 selepas bercerai dengan Linda Jasmine yang dinikahinya pada 14 Februari 2009.

Que Haidar atau nama sebenarnya, Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, 47, akhir-akhir ini dilihat kembali aktif beraksi di depan kamera.

Selepas lama tidak berlakon drama bersiri, Pak Su Ammara berjaya membuka hati Que Haidar untuk terlibat dalam karya arahan Azri Izhar.

Pemegang watak Amy Mat Piah dalam filem Rock Oo!: Rimba Bara Kembali, arahan Allahyarham Mamat Khalid yang diterbitkan pada 2013, adalah seorang pelakon hebat.

Pemenang kategori Pelakon Harapan Lelaki menerusi filem Castello di Festival Filem Malaysia ke-19  pada 2006, kini kembali beraksi di depan kamera menerusi drama Pak Su Ammara selepas lebih sedekad tidak terlibat dengan projek drama bersiri.

Drama terbitan Global Station Sdn. Bhd., yang bakal ditayangkan di saluran Astro Ria mulai 5 Januari ini diarah oleh Azri Izhar.

Jelas bapa kepada dua orang cahaya mata itu, beliau bersetuju untuk berlakon dalam drama 20 episod tersebut kerana tertarik dengan pasangan lakonnya.

“Sudah 16 tahun saya tidak mengambil tawaran berlakon dalam drama bersiri dan kali ini pihak penerbit serta Astro berjaya memujuk saya untuk kembali bermain dalam karya berepisod.

Que Haidar bersama Dian P. Ramlee dalam adegan drama Pak Su Ammara.

“Sebenarnya, antara salah satu faktor saya menolak bermain dalam drama siri kerana berasa tidak sempat menyerap energi atau tenaga dalam karakter yang diberi kerana  kami menjalani banyak babak dalam sehari.

“Namun untuk Pak Su Ammara, dengan bimbingan daripada pengarah, Azri Izhar dan  seluruh tim yang memberi energi positif, saya seronok terlibat dalam naskhah ini,” ujar Que Haidar.

Membawa watak Pak Su, Que juga teruja kerana peluang bergandingan bersama aktres Ummi Nazeera.

“Saya ambil tawaran ini sebab mahu bekerja dengan Ummi Nazeera. Sepanjang tempoh di set Ummi banyak membantu saya.

“Selain Ummi, saya juga dibantu oleh pelaku seni handalan, Dian P Ramlee dan pembawa watak Ammara yang dibawa oleh Zaleha Iman Zainal juga bermain dengan baik,” katanya tentang drama yang turut dibintangi Shazwan Zulkifly (Wafiy) dan Dian P. Ramlee.

Bersama Ammara yang dilakonkan oleh Zaleha Iman Zainal.

Mengaku cukup berdebar kembali ke set penggambaran drama berepisod selepas 16  tahun, namun kata Que dia perlu bersikap profesional dan tidak akan sesekali menarik ‘handbrake’.

“Walaupun saya sangat gugup terutama pada hari pertama, tapi Allah mendengar permintaan saya. Saya berdoa kalau kembali bermain drama berepisod, biarlah saya dikelilingi orang-orang baik dengan tenaga yang positif.

“Dan saya telah mendapatkannya dalam produksi ini. Jadi oleh kerana sudah setuju, saya tidak boleh tarik handbreak. Saya akan lakukan yang terbaik untuk Pak Su Ammara,” katanya lagi.

Pak Su Ammara mengangkat kisah tentang seorang guru pra sekolah bernama Hamiza dalam sebuah perkahwinan toksik. Hamiza meninggalkan perkahwinan toksiknya dalam keadaan diri sedang hamil.

Di sepanjang perjalanan menjadi ibu tunggal, Hamiza berkenalan dengan bapa saudara salah seorang pelajarnya, Ammara Rose iaitu Firdaus atau Pak Su.

Latest

SHOWCASE “UNTUKMU” HASNOL: KETIKA MELODI BERTEMU MEMORI, SATU MALAM YANG AKAN MERESAP DI JIWA

Oleh: Syed Yusof Wafa Bagi generasi yang membesar dengan irama...

PENGASIH Malaysia Cemerlang Di NATCOM 2026, Raih Dua Pingat Emas Melalui Inovasi Pemulihan Ketagihan

Oleh: Syed Yusof Wafa Foto: Ehsan PENGASIH Malaysia Dua inovasi, dua...

Konsert Rindu Sumayyah, rai tiga dekad Hijjaz

Oleh: Khadijah Ibrahim PADA 16 dan 17 Oktober ini akan...

‘Live Concert: Elegant Selamanya’, himpun wanita jelita berkarisma

Oleh: Khadijah Ibrahim INILAH masanya untuk rakyat tempatan menyokong produk...
spot_img

Jangan Terlepas!

Konsert Rindu Sumayyah, rai tiga dekad Hijjaz

Oleh: Khadijah Ibrahim PADA 16 dan 17 Oktober ini akan...

One Legendary Night, rai 35 tahun Hard Rock Cafe KL

Oleh: Khadijah Ibrahim SEMPENA sambutan ulang tahun Hard Rock Cafe...

‘Live Concert: Elegant Selamanya’, himpun wanita jelita berkarisma

Oleh: Khadijah Ibrahim INILAH masanya untuk rakyat tempatan menyokong produk...

PENGASIH Malaysia Cemerlang Di NATCOM 2026, Raih Dua Pingat Emas Melalui Inovasi Pemulihan Ketagihan

Oleh: Syed Yusof Wafa Foto: Ehsan PENGASIH Malaysia Dua inovasi, dua...

AKAR//NEXT 2026 ajak pengunjung terokai pelbagai sisi budaya, kreativiti dalam satu ruang

Oleh: Khadijah Ibrahim PASAR Seni atau Central Market merupakan salah...
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim adalah seorang wartawan hiburan, pernah bertugas di Kumpulan Utusan sebagai wartawan di URTV dan jawatan terakhir adalah sebagai Penolong Pengarang Hiburan di Utusan Malaysia, pernah menjadi wartawan hiburan di Ladybosz.com serta berpengalaman sebagai “Content Writer”di Majalah Suria 7 terbitan theStar.
spot_imgspot_img

SHOWCASE “UNTUKMU” HASNOL: KETIKA MELODI BERTEMU MEMORI, SATU MALAM YANG AKAN MERESAP DI JIWA

Oleh: Syed Yusof Wafa Bagi generasi yang membesar dengan irama slow rock dan balada jiwang yang menusuk kalbu, nama Hasnol bukanlah nama asing. Suaranya pernah...

PENGASIH Malaysia Cemerlang Di NATCOM 2026, Raih Dua Pingat Emas Melalui Inovasi Pemulihan Ketagihan

Oleh: Syed Yusof Wafa Foto: Ehsan PENGASIH Malaysia Dua inovasi, dua pingat emas dan satu misi besar: memperkukuh usaha pemulihan ketagihan melalui pendekatan yang lebih tersusun,...

Konsert Rindu Sumayyah, rai tiga dekad Hijjaz

Oleh: Khadijah Ibrahim PADA 16 dan 17 Oktober ini akan berlangsung 'Konsert Hijjaz 3 Dekad: Rindu Sumayyah' di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Konsert anjuran Inteam Records...