TV3 belanja gunting rambut untuk 100 kanak-kanak

Oleh: Khadijah Ibrahim

SEBELUM anak-anak kembali memulakan persekolahan pada 12 Januari ini, ibu bapa pasti sibuk membeli barang-barang kelengakapan persekolahan seperti pakaian seragam dan buku-buku.

Selain itu, penampilan anak-anak juga perlu diambil kira sebelum mereka memulakan persekolahan, iaitu mesti kemas dan rapi.

Bagi meringankan beban keluarga serta menyemarakkan semangat permulaan tahun baharu, TV3 dengan kerjasama Nimroc Barbershop mengajak orang ramai untuk bersama-sama memeriahkan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) “Nimroc Gunting, Gaya TV3”, yang akan berlangsung pada Sabtu ini, 10 Januari 2026 di Nimroc Maluri.

Berteraskan mesej “Ringankan Beban, Kekalkan Gaya,” program ini hadir sebagai inisiatif prihatin yang menawarkan perkhidmatan gunting rambut percuma kepada kanak-kanak berusia 7 hingga 10 tahun daripada keluarga kurang berkemampuan, agar mereka dapat melangkah ke alam persekolahan dengan penampilan kemas dan keyakinan baharu.

Nimroc Barbershop yang terletak di 280 Jalan Cheras Batu 2 1/2 Miharja, Kuala Lumpur itu, bukan sekadar sesi gunting rambut biasa, program ini turut diwarnai dengan suasana meriah hasil kehadiran artis jemputan yang bakal menambah seri acara.

Sila patuhi terma dan syarat supaya tidak mengambil kesempatan di atas hak orang lain.

Kehadiran Maskot Ejen Ali pula membawa keceriaan tersendiri, menjadikan pengalaman ini lebih istimewa untuk ibu bapa dan anak-anak, dalam suasana santai, mesra dan penuh gelak tawa.

Inisiatif ini diwujud untuk memastikan setiap kanak-kanak dapat memulakan hari pertama persekolahan dengan penuh keyakinan, tanpa terbeban dengan kos atau persiapan asas.

Lebih daripada itu, program ini mencerminkan komitmen berterusan TV3 dan Nimroc dalam menyokong komuniti serta mendekati rakyat melalui inisiatif yang benar-benar memberi impak positif.

Orang ramai dijemput hadir bersama anak-anak dan mengambil peluang untuk menikmati perkhidmatan istimewa yang disediakan.

Program ini terhad kepada 100 murid sahaja, jadi pastikan anda hadir awal bagi memastikan anak-anak tidak terlepas pengalaman menyeronokkan ini.

Latest

PERTEM persembahkan teater muzikal “Qais & Laila”

Oleh: Khadijah Ibrahim PASTI ada di antara anda yang pernah...

“Kisah Terbaik” daripada Fazura

Oleh: Khadijah Ibrahim TIDAK peduli dengan pandangan orang lain tentang...

Raja Afiq kembali mengatur langkah dengan misi baharu

Oleh: Khadijah Ibrahim SELEPAS 'berehat' sekejap daripada dunia seni, kini...
spot_img

Jangan Terlepas!

“Kisah Terbaik” daripada Fazura

Oleh: Khadijah Ibrahim TIDAK peduli dengan pandangan orang lain tentang...

Raja Afiq kembali mengatur langkah dengan misi baharu

Oleh: Khadijah Ibrahim SELEPAS 'berehat' sekejap daripada dunia seni, kini...

Mariani, seniwati paling sejati

Oleh SYED WAFA Foto Koleksi SYED WAFA/Ehsan Nazran HM Rohaizad...

M.Nasir berjaya pikat jiwa penonton

Oleh: Khadijah Ibrahim BERMULA 2024 hingga kini, setiap tahun maestro...
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim adalah seorang wartawan hiburan, pernah bertugas di Kumpulan Utusan sebagai wartawan di URTV dan jawatan terakhir adalah sebagai Penolong Pengarang Hiburan di Utusan Malaysia, pernah menjadi wartawan hiburan di Ladybosz.com serta berpengalaman sebagai “Content Writer”di Majalah Suria 7 terbitan theStar.
spot_imgspot_img

PERTEM persembahkan teater muzikal “Qais & Laila”

Oleh: Khadijah Ibrahim PASTI ada di antara anda yang pernah menonton filem "Qaisy & Laila", arahan Prof. Madya Raja Ahmad Alauddin yang diterbitkan pada 2005. Kini...

“Kisah Terbaik” daripada Fazura

Oleh: Khadijah Ibrahim TIDAK peduli dengan pandangan orang lain tentang dirinya, kini pelakon Fazura kembali meneruskan kerjaya seni suaranya dengan single baharu. Kali ini Fazura atau...

Raja Afiq kembali mengatur langkah dengan misi baharu

Oleh: Khadijah Ibrahim SELEPAS 'berehat' sekejap daripada dunia seni, kini pelakon Raja Afiq Raja Razali, 32, kembali aktif mengatur perjalanan seninya selepas melalui fasa yang...