“Ibu Mertuaku” khas untuk Mak Dara?

Oleh: SYED YUSOF WAFA
Foto: Koleksi Syed Wafa

SEJAK saya berminat menonton filem-filem Melayu yang ditayangkan di stesen televisyen, filem arahan Seniman Agong Allahyarham Tan Sri P. Ramlee antara yang tidak pernah saya lepaskan peluang menontonnya.

Diantara 36 filem arahannya, “Ibu Mertuaku” yang merupakan filem ke-14 arahan beliau dan terbitan Malay Film Productions pada tahun 1962, adalah antara yang memberi kesan di hati saya.

MAK Dara dalam satu babak bangsawan yang dipentaskan di Singapura pada tahun 1941.
MAK Dara (kiri) dan Siti Tanjung Perak dan Puteh Lawak dalam satu babak filem “Jalak Lenteng” arahan Allahyarham Salleh Ghani terbitan Cathay-Keris Filem Production pada tahun 1961.

Filem yang menyentuh mengenai perbezaan ‘darjat’ antara ‘si-miskin’ (Kassim Selamat/ Osman Jailani – lakonan P. Ramlee) dengan anak wanita kaya, Nyonya Mansoor (Mak Dara) iaitu Sabariah Mansoor/ Maimunah Ismadi (Sarimah) membuatkan saya tidak berkelip mata mengikuti babak demi babak dalam filem berkenaan.

Bertolak dari itu, saya menjejaki cerita di sebaliknya bagaimana ‘terlahirnya’ filem berkenaan dan menghayati cerita di sebalik sebelum pembikinan filem itu, saya terfikir tanpa Mak Dara, “Ibu Mertuaku” mungkin tidak akan wujud!

FILEM “Ibu Ayam” arahan Salleh Ghani terbitan Merdeka Filem Productions pada tahun 1963.
Selain Mak Dara sebagai Mak Nyah filem ini dilakonkan pelakon hebat sebagai watak utama iaitu Salmah Ahmad, Mustapha Maarof dan Mahmud June.

Adalah difahamkan ketika mencari pelakon untuk filem “Ibu Mertuaku,” P. Ramlee hanya mahu Seniwati Mak Dara melakonkan watak antoganis utama, Nyonya Mansoor.

Menurut beliau, kalau bercakap tentang kebolehannya berlakon sebagai ibu mertua, Mak Dara memang nombor ‘wahid’ (satu), cuma bagaimana beliau mahu menghafal dialog sebab ia bagaikan mengasah parang berkarat!

POSTER filem “Ibu Mertuaku” lakonan P. Ramlee, Sarimah, Allahyarham Seniman Ahmad Mahmood dan Seniwati Zaiton.

Pada mulanya, Mak Dara yang tidak boleh membaca menolak tawaran itu kerana bimbang tidak dapat menjiwai watak Nyonya Mansoor seperti yang dimahukan P. Ramlee selain tidak mahu menyusahkan pengarah berkenaan!

Bagaimanapun apabila P. Ramlee tidak berganjak daripada keputusannya, beliau memberikan tugas membimbing Mak Dara yang tidak boleh membaca kepada Penolong Pengarahnya, Allahyarham S. Sudarmaji.

Adalah difahamkan S. Sudarmaji mempunyai cara tersendiri untuk membimbing Mak Dara menghafal dialog filem “Ibu Mertuaku.”

PENOLONG Pengarah filem “Ibu Mertuaku,” S. Sudarmaji ditugaskan melatih Mak Dara menghafal dialog.
Walaupun beliau buta huruf, tetapi dengan bimbingan Sudarmaji yang melukis simbol-simbol pada setiap dialog memudahkan Mak Dara menghafal skrip filem berkenaan!

Bersandarkan pengalamannya sebagai Penolong Pengarah, bagi memudahkan Mak Dara menghafal dialog dalam tonasi tinggi dan rendah serta gerak tubuh yang sesuai bagi setiap babak, S. Sudarmaji melukis pelbagai simbol pada setiap dialog dalam filem berkenaan.

Berkat bakat anugerah-Nya, dengan bimbingan S. Sudarmaji, Mak Dara dapat menjiwai watak antogonis Nyonya Mansoor dengan baik sekali.

Walaupun P. Ramlee mengambil masa selama enam bulan untuk menyiapkan filem “Ibu Mertuaku” berbanding filem-filem lain sebelum ini yang boleh siap dalam tempoh antara tiga atau empat bulan, namun beliau berpuashati kerana watak Nyonya Mansoor yang kejam dan sanggup melakukan apa sahaja demi memenuhi impiannya berjaya dijiwai Mak Dara dengan berkesan!

MAK Dara sebagai Nyonya Mansoor, ibu mertua yang kejam dalam filem “Ibu Mertuaku” yang menjadi kebencian para penonton sejak dahulu dan setiap kali filem itu ditayangkan di televisyen!

“Bukan mudah untuk menzahirkan watak Nyonya Mansoor yang kejam dan tidak berperikemanusiaan tetapi lakonan Mak Dara memang hebat dan bertaraf dunia walaupun lima mangkok darah saya dia ‘hirup’!

“Nyonya Mansoor adalah watak ‘cult’ (menjadi pujaan). Kelemahan Mak Dara tidak boleh membaca tetapi lakonannya sangat hebat dan bertaraf dunia!,” komen P. Ramlee mengenai watak Nyonya Mansoor ‘ditangan’ Mak Dara!

Disebabkan melanggar ‘deadline’ iaitu dua bulan untuk menyelesaikan pembikinan “Ibu Mertuaku,” Shaw Brothers ‘mendenda’ P. Ramlee untuk menghasilkan dua filem komedi maka ‘lahirlah’ filem komedi “Labu dan Labi” (1962) dan “Nasib Si Labu Labi” (1963). Kedua-dua filem ini yang disiapkan dalam jangka waktu yang singkat namun mendapat sambutan di luar dugaan.

DALAM nada lembut tetapi penuh tipu muslihat…akhirnya Sabariah ( Seniwati Sarimah) termakan ‘pujukan’ ibunya, Nyonya Mansoor lalu meninggalkan suaminya, Kassim Selamat yang berkerja sebagai buruh binaan.

Apa yang membanggakan, meskipun didenda, “Ibu Mertuaku” bukan sahaja telah meletakkan nama Mak Dara di tempat tertinggi dalam dunia filem Melayu pada era 1960-an dan sehingga hari ini, malah ia juga telah melayakkan nama P. Ramlee diiktiraf di peringkat antarabangsa!

Melalui filem “Ibu Mertuaku,” P. Ramlee dianugerahkan ‘Golden Harvest Award: Most Versatile Talent’ pada Festival Filem Asia Pasifik ke-10 yang berlangsung pada 14 hingga 19 April 1963 di Tokyo, Jepun.

Anugerah tersebut diberikan kepada P. Ramlee setelah 12 juri yang mengadili festival berkenaan sebulat suara memberikan anugerah itu kepada beliau bersandarkan kehebatannya sebagai Pengarah, Pelakon, Penggubah Lagu, Penyanyi dan Penulis Lakon Layar filem “Ibu Mertuaku!”

PENAMPILAN Mak Dara sebagai Nyonya Mansoor yang bergaya tetapi berhati hitam merupakan tunggak utama filem “Ibu Mertuaku” yang menjadi kebencian penonton setiap kali filem ini ditayangkan di televisyen!

Selain itu melalui A. Bakar Ali, filem berkenaan turut memenangi kategori Sinematografi Hitam Putih Terbaik.

Menjejaki perjalanan seni Allahyarham Mak Dara atau nama sebenarnya Dara Mohd. Ali, beliau memulakan kerjaya seninya di pentas opera dan bangsawan pada usia belasan tahun, disamping boleh menari dan menyanyi.

Disebabkan bakatnya yang ‘outstanding,’ Mak Dara menjadi rebutan tauke kumpulan bangsawan sejak awal tahun 1920-an. Populariti beliau dikatakan sebaris dengan pelakon bangsawan yang kemudiannya mencipta nama sebagai Seniman antaranya Sharif Medan, Yem, Udo Omar, Malek Sutan Muda, Puteh Lawak, Habsah dan Siti Tanjong Perak.

GANDINGAN mantap…Mak Dara bersama ‘anaknya’ Sabariah Mansoor (Sarimah Ahmad) dalam filem “Ibu Mertuaku.”

Kumpulan bangsawan yang pernah Mak Dara sertai antaranya City Opera, Maha Opera, Sri Noran Opera dan Peninsular Opera. Bersama kumpulan opera ini, beliau membuat persembahan bukan sahaja di seluruh Tanah Melayu malah sehingga ke Sabah, Sarawak, Brunei dan sekitar Kepulauan Borneo dan Sumatera!

Dengan bakat yang dimiliki pada tahun 1941, Mak Dara ditawarkan berlakon dalam filem “Anak Tiri” terbitan Shaw Brothers. Sayangnya perjalanan seni Mak Dara terhenti apabila tercetusnya Perang Dunia kedua!

Bagaimanapun apabila perang tamat, Mak Dara meneruskan kerjayanya bersama kumpulan bangsawan dan membuat persembahan dari satu tempat ke satu tempat.

BABAK klimaks dalam filem “Ibu Mertuaku”… apabila Kassim Selamat mendapat tahu kubur yang ditunjukkan ibu mertuanya, Nyonya Mansoor bukanlah kubur isterinya, Sabariah Mansoor!

Namun pada tahun 1950-an, apabila ramai tokoh bangsawan beralih ke dunia filem, Mak Dara juga tidak menoleh ke belakang dan diberi peluang berlakon dalam filem “Berdosa” arahan S. Ramanthan yang diterbitkan pada tahun 1951. Pelakon bangsawan yang turut berlakon dalam filem ini ialah Yem, Daeng Idris, Siti Tanjong Perak dan AR Tompel.

Sepanjang 28 tahun (1941-1969) bergelar sebagai bintang filem, Mak Dara membintangi 35 filem dengan tiga daripadanya arahan P. Ramlee iaitu “Penarek Becha” (1955), “Antara Dua Darjat” (1960) dan “Ibu Mertuaku” (1962).

Pada tahun 1962, Mak Dara membintangi tiga filem antaranya “Tun Fatimah” dan “Siti Payong” dengan filem terakhir lakonannya “Mat Toyol” arahan Mat Sentol terbitan Cathay Keris pada tahun 1969.

MAK Dara sebagai Nyonya Mansoor…watak ikonik dalam filem “Ibu Mertuaku.”

Mak Dara menghembuskan nafas terakhir kerana sakit tua pada 16 Februari 1970 sempena hari lahirnya yang ke-63, di Hospital Besar, Singapura.

Jenazahnya disemadikan di Tanah Perkuburan Bidadari, Singapura.

Latest

Selamat Hari Raya Haji

Assalamualaikum semua... Kami di Wafa News. Com mengucapkan Selamat menyambut...

DPDDM jalin kerjasama dengan Standard Chatered

Oleh: Nafsiah Jani Baru-baru ini Dewan Perniagaan Datuk Dato Malaysia...

Filem Kata Hati tampilkan wajah baharu yang serasi

Oleh: Khadijah Ibrahim MULAI 4 Jun ini, filem Kata Hati...

Pendekatan Pelarasan Tulang Tanpa Pembedahan Diperkenalkan oleh MMW Bone Alignment Centre

Oleh : Nafsiah Jani Gaya hidup moden yang melibatkan duduk...
spot_img

Jangan Terlepas!

Athierah “Berdiri” mengatur langkah dalam seni

Oleh: Khadijah Ibrahim DARI masa ke semasa ada sahaja bakat...

Suami selamatkan Neng Yatimah daripada kerakusan tentera Jepun!

Oleh SYED WAFA Foto Koleksi Syed Wafa Sumber : Ladybosz (Terima...

1 Cinta 1 Rindu daripada Tantari

Oleh: Khadijah Ibrahim MESKIPUN usianya baru menjangkau 9 tahun, namun...

PROGRAM KEMPEN CEGAH OBESITI 2.0 PKCQM CAPAI SASARAN

Oleh : Nafsiah Jani Menyedari ramainya rakyat Malaysia yang mengalami...

KEETH Kembali Dengan EP Hollywood Diaries

Oleh: Syed Yusof Wafa Terus bangkit, selepas Kejayaan Naib Juara...
Syed Yusof Wafa
Syed Yusof Wafa
SYED Yusof Wafa pernah menulis dan melukis di Utusan Malaysia (sisipan Remaja), URTV, Mangga, Hai, URS, Hit, Variapop serta pernah menjadi Editor Majalah Oh-Gee dan editor portal terkenal Ladybosz.com
spot_imgspot_img

Selamat Hari Raya Haji

Assalamualaikum semua... Kami di Wafa News. Com mengucapkan Selamat menyambut Hari Raya Haji! Semoga ibadah korban kita diterima dan kita menjadi insan yang lebih sabar...

DPDDM jalin kerjasama dengan Standard Chatered

Oleh: Nafsiah Jani Baru-baru ini Dewan Perniagaan Datuk Dato Malaysia (DPDDM) telah mengadakan satu pertemuan penuh bermakna dan cukup produktif bersama pihak pengurusan Standard Chartered...

Filem Kata Hati tampilkan wajah baharu yang serasi

Oleh: Khadijah Ibrahim MULAI 4 Jun ini, filem Kata Hati yang bergenre komedi romantik akan menemui penonton di pawagam di seluruh negara. Filem arahan Nadiah Hamzah...