Healing Nite 2026 platform hilangkan stres

Oleh: Khadijah Ibrahim

PADA 24 Januari ini akan berlangsung konsert bertema Healing Nite 2026 di Stadium Merdeka Kuala Lumpur, anjuran Kembar Nusantara Sdn Bhd dengan sokongan Creative Page Sdn Bhd untuk produksi, manakala Yumeca Sdn Bhd untuk strategi, pemasaran, tajaan dan penglibatan pengguna yang hadir pada acara tersebut.

Healing Night 2026 menampilkan penyanyi dari Malaysia seperti Anuar Zain, Ella dan Dayang Nurfaizah bersama penyanyi dari Indonesia iaitu Lyodra dan Kangen Band itu bakal menjadi medan teraputik awal tahun yang cukup mengesankan.

Bagi Ella, tekanan atau stres boleh dilepaskan dengan menikmati muzik.

Sebagai penghibur yang cukup terkenal dengan konsep ‘healing jiwa’ lewat lantunan vokal lembut bersama lirik mendalam, pemilik lagu Keabadian Cinta, Anuar Zain melihat penganjuran Healing Nite 2026 sebagai reset emosi dan minda saat memasuki tahun baharu.

“Saya suka menyifatkan reset emosi dan minda sebagai fresh start effect atau memulakan sesuatu yang baharu dengan segar seperti kita melepaskan beban lama dengan membina niat baharu.

“Jadi saya melihat Healing Nite 2026 yang diadakan pada 24 Januari ini sesuai
dengan konsep teraputik yang diterapkan. Hiburan boleh menjadi salah satu teraputik terbaik sekali gus kerana muzik boleh meningkatkan emosi positif dan menghilangkan stres,” ujar Anuar Zain.

Anuar Zain anggap hiburan boleh menjadi salah satu teraputik terbaik kepada sesiapa saja.

Jika Anuar membantu peminat healing menerusi emosi yang menenangkan, Ratu Rock Negara, Ella pula akan memberi energi lega kerana ‘melepaskan’ tekanan atau stres melalui lagu-lagu miliknya.

“Bagi Ella, healing melalui muzik seperti penganjuran Healing Nite 2026 ini adalah
cara memulakan tahun baharu dengan baik. Kita boleh lepaskan tekanan atau stres dengan menikmati muzik.

“Mungkin ada ramai yang memendam perasaan pada tahun lalu seperti penat bekerja atau hilang keyakinan diri, jadi mari kita lepaskan semua yang ‘buruk’ dengan energi baharu menerusi teraputik di Healing Nite 2026 ini.

Dayang Nurfaizah mahu penonton menikmati hiburan dengan cara yang sihat.

“Ella tunggu semua okey sebab bukan hanya Ella yang akan membantu dan healing bersama anda tetapi akan ada rakan lain seperti Anuar Zain, Dayang Nurfaizah, Kangen Band serta Lyodra,” kata Ella.

Sementara itu, Dayang Nurfaizah juga mahu peminat melihat Healing Nite 2026 sebagai pembukaan tahun yang positif. Selain melepaskan tekanan dan reset emosi, penyanyi lagu Di Pintu Syurga ini mahu peminat menikmati hiburan dengan cara yang sihat.

“Ramai mungkin lupa bahawa mendengar muzik selain dapat melepaskan tekanan ia juga sebagai aktiviti sihat seperti baru melakukan senaman ringan dengan menyanyi dan ‘bergoyang’.

“Jika anda mencari hiburan yang mempunyai semua elemen teraputik ini, maka Healing Nite 2026 adalah jawapannya. Awal tahun adalah masa terbaik untuk kita menarik semua yang positif,” ujar Dayang Nurfaizah.

Lyodra, artis dari Indonesia yang turut tersenarai untuk menjayakan Healing Night 2026.

Healing Nite mengangkat konsep konsert ke satu pengalaman gaya hidup yang halus dan berlapis di mana muzik, emosi dan kesejahteraan diraikan dalam satu naratif yang menyeluruh.

Bermula seawal jam 1 petang di pintu masuk utama Stadium Merdeka, Healing Tent diwujudkan sebagai sebuah ruang transisi yang tenang, mengundang pengunjung untuk memperlahankan langkah dan menyerap suasana sebelum malam beralih kepada ‘mood’ healing.

Ruang ini diperkayakan dengan kolaborasi terpilih daripada rakan gaya hidup dan kulinari, termasuk LADO dengan sajian Melayu autentik, Cartel Coffeeshop dan Coffee Beans yang mempersembahkan minuman kopi pilihan, Crackohut dengan ayam gunting serta kebab shawarma, Peti Dessert dengan pastri berkarakter, Sugar & Fruits yang meraikan kesegaran buah-buahan, dan NachosLah dengan variasi nachos kontemporari.

Keindahan pengalaman ini diteruskan ke dalam stadium, apabila Coffee Cartel dan Ahmad Fried Chicken bersama Teratak Spa mengambil peranan menyantuni pengunjung sepanjang konsert berlangsung.

Pasti Kangen Band akan menyampaikan lagu-lagu popular mereka seperti Kehilanganmu Berat Bagiku.

Keseluruhannya, Healing Nite bukan sekadar sebuah acara hiburan, tetapi sebuah pengalaman gaya hidup yang penuh kehalusan iaitu satu malam yang menghubungkan muzik, rasa dan ketenangan dalam satu perayaan jiwa yang eksklusif.

Maka untuk menikmati pengalaman baharu dalam pesta keraian, jangan sampai terlepas Healing Nite 2026 yang bakal berlangsung pada 24 Januari 2026 di Stadium Merdeka Kuala Lumpur bermula pukul 8.45 malam.

Tiket dengan pelbagai kategori harga boleh dimiliki menerusi pembelian di Ticket2u.

Latest

Selamat Hari Raya Haji

Assalamualaikum semua... Kami di Wafa News. Com mengucapkan Selamat menyambut...

DPDDM jalin kerjasama dengan Standard Chatered

Oleh: Nafsiah Jani Baru-baru ini Dewan Perniagaan Datuk Dato Malaysia...

Filem Kata Hati tampilkan wajah baharu yang serasi

Oleh: Khadijah Ibrahim MULAI 4 Jun ini, filem Kata Hati...

Pendekatan Pelarasan Tulang Tanpa Pembedahan Diperkenalkan oleh MMW Bone Alignment Centre

Oleh : Nafsiah Jani Gaya hidup moden yang melibatkan duduk...
spot_img

Jangan Terlepas!

Cantik luaran, dalaman bersama Soora Miguhara Glow & Flow

Oleh: Khadijah Ibrahim SETIAP wanita mahu kelihatan cantik dan sebab...

Kenny G datang ke Malaysia lagi, 12 Julai ini

Oleh: Khadijah Ibrahimw PEMAIN saksafon tersohor, Kenny G, bakal kembali...

Filem Nar’sata: Sekutu Setan percubaan berani Metrowealth

Oleh: Khadijah Ibrahim KALAU anda seorang penakut, dilarang menonton filem...

1 Cinta 1 Rindu daripada Tantari

Oleh: Khadijah Ibrahim MESKIPUN usianya baru menjangkau 9 tahun, namun...

Filem Kata Hati tampilkan wajah baharu yang serasi

Oleh: Khadijah Ibrahim MULAI 4 Jun ini, filem Kata Hati...
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim adalah seorang wartawan hiburan, pernah bertugas di Kumpulan Utusan sebagai wartawan di URTV dan jawatan terakhir adalah sebagai Penolong Pengarang Hiburan di Utusan Malaysia, pernah menjadi wartawan hiburan di Ladybosz.com serta berpengalaman sebagai “Content Writer”di Majalah Suria 7 terbitan theStar.
spot_imgspot_img

Selamat Hari Raya Haji

Assalamualaikum semua... Kami di Wafa News. Com mengucapkan Selamat menyambut Hari Raya Haji! Semoga ibadah korban kita diterima dan kita menjadi insan yang lebih sabar...

DPDDM jalin kerjasama dengan Standard Chatered

Oleh: Nafsiah Jani Baru-baru ini Dewan Perniagaan Datuk Dato Malaysia (DPDDM) telah mengadakan satu pertemuan penuh bermakna dan cukup produktif bersama pihak pengurusan Standard Chartered...

Filem Kata Hati tampilkan wajah baharu yang serasi

Oleh: Khadijah Ibrahim MULAI 4 Jun ini, filem Kata Hati yang bergenre komedi romantik akan menemui penonton di pawagam di seluruh negara. Filem arahan Nadiah Hamzah...