Video muzik “Juliet” tampil sembilan selebriti, lambang pelbagai watak

Oleh: Khadijah Ibrahim

LAGU “Juliet” dendangan kumpulan Akim & The Majistret yang baharu saja dilancarkan berjaya menduduki tangga ketiga carta Malaysia iTunes Top Songs, sekali gus muncul sebagai satu-satunya lagu Melayu yang tersenarai dalam kelompok Top 3 di samping dua lagu antarabangsa paling popular ketika ini.

Pencapaian tersebut disifatkan sebagai satu kejayaan luar biasa buat industri muzik tempatan, sekali gus membuktikan penerimaan luar biasa peminat terhadap karya baharu kumpulan berkenaan.

Akim Ahmad selaku vokalis kumpulan tersebut berkata, kejayaan tersebut amat bermakna buat mereka selepas penat lelah menyiapkan “Juliet” yang sarat dengan emosi dan penceritaan.

Akim & Majistret anggap kejayaan berada di carta iTunes sebagai tanda sokongan daripada peminat.

“Kami tidak sangka “Juliet” akan mendapat sambutan sebegini hebat. Ia adalah hadiah paling bermakna buat kami dan bukti bahawa muzik tempatan masih kuat jika disokong peminat,” katanya.

Tambah Akim, pencapaian di carta iTunes itu hadir secara organik hasil sokongan peminat tanpa sebarang gimik.

“Kejayaan berada di carta iTunes ini adalah sesuatu yang sangat kami hargai kerana ia datang secara organik daripada sokongan peminat. Kami tidak membeli angka atau gimik, sebaliknya “Juliet” diterima kerana kekuatan lagunya sendiri,” jelasnya.

Lagu “Juliet” berjaya berada di carta ketiga sebagai suntikan semangat buat kumpulan tersebut.

Tambahnya lagi, kejayaan itu sebagai suntikan semangat buat kumpulan tersebut untuk terus berkarya dengan lebih jujur dan matang.

“Ini satu peringatan bahawa peminat sentiasa mahukan muzik yang jujur. Selagi kami ikhlas berkarya, kami percaya “Juliet” hanyalah permulaan kepada lebih banyak kejayaan selepas ini,” katanya yang merupakan pencipta (Hang Nadim) lagu tersebut bersama Laq dan lirik oleh Bunga Cantik.

Dalam pada itu, untuk video rasmi “Juliet”, Akim & The Majistret menampilkan konsep unik apabila menonjolkan sembilan wanita yang membawa watak Juliet, terdiri daripada selebriti ternama tanah air iaitu Fauziah Ahmad Daud, Elly Mazlein, Nadia Brian, Sweet Qismina, Dr Soo Wincci, Evanatie, Nurel, Hawa Rizwana dan Farahdhiya.

Setiap daripada mereka melambangkan watak “Juliet” yang berbeza.

Akim berkata, kehadiran sembilan figura wanita hebat ini memberi dimensi baharu kepada penceritaan lagu tersebut.

“Setiap Juliet membawa makna yang berbeza. Kami mahu peminat melihat bahawa “Juliet” bukan sekadar lagu cinta biasa, tetapi simbol kepada kekuatan, luka dan keindahan emosi seorang wanita,” ujarnya.

Sejak dilancarkan, “Juliet” terus menerima reaksi positif di pelbagai platform penstriman digital dan media sosial, sekali gus mengukuhkan kedudukan Akim & The Majistret sebagai antara kumpulan paling berpengaruh dalam landskap muzik tempatan.

Dengan kejayaan di carta iTunes dan pelancaran video muzik yang dinanti-nantikan, “Juliet” dijangka akan terus mengukir sejarah tersendiri dalam perjalanan seni Akim & The Majistret.

Latest

Pementasan Randai Macbeth, sebuah kreasi baharu

Oleh: Khadijah Ibrahim SEMPENA Festival Buka Panggung ASWARA yang bermula...

Awie lebih fokus persembahan daripada gelaran

Oleh: Khadijah Ibrahim PENGARAH Eksekutif Bombbay Legend Worldwide, Zamberi Shaari...

Awie kongsi perjalanan seni menerusi konsert Rock King – Last Man Standing 2026

Oleh: Khadijah Ibrahim PENYANYI Datuk Awie bakal menjayakan konsert berskala...

Malaysia Marathon sempena Hari Merdeka bakal cipta sejarah

Oleh: Khadijah Ibrahim PADA 30 Ogos ini, Malaysia bakal mencipta...
spot_img

Jangan Terlepas!

DPDDM DAN DPPKL JALIN RANGKAIAN STRATEGIK, PERKUKUH EKOSISTEM PENDIDIKAN DAN KEUSAHAWANAN NEGARA

Oleh : Nafsiah Jani Dewan Perniagaan Datuk Dato Malaysia (DPDDM)...

Awie kongsi perjalanan seni menerusi konsert Rock King – Last Man Standing 2026

Oleh: Khadijah Ibrahim PENYANYI Datuk Awie bakal menjayakan konsert berskala...

Awie lebih fokus persembahan daripada gelaran

Oleh: Khadijah Ibrahim PENGARAH Eksekutif Bombbay Legend Worldwide, Zamberi Shaari...

Wali Band menghibur sambil berdakwah

Oleh: Khadijah Ibrahim ALA! 15 buah lagu saja? Itulah reaksi...
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim adalah seorang wartawan hiburan, pernah bertugas di Kumpulan Utusan sebagai wartawan di URTV dan jawatan terakhir adalah sebagai Penolong Pengarang Hiburan di Utusan Malaysia, pernah menjadi wartawan hiburan di Ladybosz.com serta berpengalaman sebagai “Content Writer”di Majalah Suria 7 terbitan theStar.
spot_imgspot_img

Pementasan Randai Macbeth, sebuah kreasi baharu

Oleh: Khadijah Ibrahim SEMPENA Festival Buka Panggung ASWARA yang bermula sejak 4 -22 Mei 2026, peminat teater berpeluang menonton pementasan Randai Macbeth di Panggung Eksperimen...

Awie lebih fokus persembahan daripada gelaran

Oleh: Khadijah Ibrahim PENGARAH Eksekutif Bombbay Legend Worldwide, Zamberi Shaari atau Bombay akui, beliau telah beberapa kali bekerjasama dengan penyanyi Datuk Awie dalam penganjuran konsert...

Awie kongsi perjalanan seni menerusi konsert Rock King – Last Man Standing 2026

Oleh: Khadijah Ibrahim PENYANYI Datuk Awie bakal menjayakan konsert berskala besar pada 12 September 2026 ini, di Stadium Merdeka. Konsert anjuran Bombbay Legend Worldwide bersama Ultimate...