Wings terus ‘ikat’ orang baharu, secara rasmi

Oleh: Khadijah Ibrahim

SEBELUM menjayakan konsert Wings Orang Kita yang bakal berlangsung pada 30 Januari ini di Zepp Kuala Lumpur, Datuk Awie, Edrie Hashim dan Sham akan terlebih dahulu meraikan kehadiran dua anggota baharu Wings iaitu Pae dan Arm.

Pae, pemain dram dan Arm (bes) adalah dua pemuzik yang boleh dikatakan sebagai ‘bidan terjun’ untuk Wings sewaktu Konsert 40 Tahun Celebration pada 28 November 2025 dan konsert di Singapura pada 24 Disember tahun lalu selepas anggota asal kumpulan tersebut, Black dan Eddie tarik diri daripada kumpulan tersebut.

Bagi merai kesudian Pae atau Mohamad Nasfa Mohamed Nasir dan Arm atau Ilham Ishak, menyertai Wings, kedua-dua pemuzik hebat itu akan menandatangani kontrak bersama Produksi Merah sebelum beraksi.

Awie selaku vokalis berkata, dengan kehadiran ahli baharu, Wings kini melangkah ke arah dan konsep baharu, selari dengan evolusi muzik mereka yang lebih segar dan relevan, tanpa meninggalkan identiti asal yang menjadi kekuatan Wings sejak dahulu.

Pae (kiri) dan Arm tidak ada masalah untuk menjadi anggota Wings kerana masing-masing sudah berpengalaman dalam bidang muzik.

“Aura baharu ini membawa nafas segar kepada persembahan Wings, memperlihatkan gabungan tenaga lama dan semangat baharu yang lebih matang serta bertenaga.

“Kemasukan ahli baharu ini menandakan permulaan fasa baharu buat Wings, di mana kami bakal memperkenalkan idea-idea muzik yang lebih fresh dan dinamik.

“Seiring dengan perkembangan tersebut, Wings juga dalam perancangan untuk menghasilkan dan melancarkan lagu-lagu baharu, sekali gus memberi nafas baharu kepada perjalanan seni kami,” kata Awie yang  mengalu-alukan kehadiran ahli-ahli baharu sebagai sebahagian daripada keluarga Wings, yang akan bersama-sama membawa kumpulan ini ke tahap seterusnya.

Tambahnya lagi, bagi memantapkan lagi struktur muzik Wings, kesemua mereka sepakat melantik Edrie, gitaris Wings sebagai pengarah muzik yang bakal menentukan aliran muzik untuk album dan konsert mendatang.

“Kami sepakat melantik Edrie sebagai ketua yang akan menjaga aspek muzik dan melayari sesuatu yang dinamik sebagai strategi penting untuk membina empayar Wings pada masa hadapan,” jelasnya.

Wings bakal meneruskan rakaman album baharu bersama anggota baharu.

Walaupun melalui perubahan barisan ahli, semangat Wings kekal tidak pernah patah. Jiwa, tenaga dan roh Wings masih utuh, dipacu oleh kecintaan terhadap muzik serta sokongan padu daripada peminat.

Penganjuran konsert Wings Orang Kita sebagai satu penghargaan khas buat para peminat setia. Ia bukan sahaja memberi peluang kepada peminat yang terlepas menyaksikan konsert Wings 40 Tahun tempoh hari, malah sebagai tanda terima kasih kepada mereka yang telah hadir dan menyokong konsert bersejarah tersebut.

Konsert ini diraikan sebagai simbol hubungan erat antara Wings dan peminat yang sentiasa berdiri bersama mereka sepanjang perjalanan karier.

Menariknya, konsert ini turut menjanjikan beberapa elemen kejutan istimewa yang disediakan khas buat para peminat, sebagai pengalaman eksklusif yang hanya dapat dirasai secara langsung pada malam konsert Wings Orang Kita kelak.

Bagi memenuhi keperluan penonton, beberapa kategori tiket ditawarkan termasuk Rockzone Standing (RM178), Free Standing (RM148), Rockzone Seating (RM298), Premium Seat (RM428), Standard Seat (RM358) dan VIP Box berharga RM8,800.

Latest

SHOWCASE “UNTUKMU” HASNOL: KETIKA MELODI BERTEMU MEMORI, SATU MALAM YANG AKAN MERESAP DI JIWA

Oleh: Syed Yusof Wafa Bagi generasi yang membesar dengan irama...

PENGASIH Malaysia Cemerlang Di NATCOM 2026, Raih Dua Pingat Emas Melalui Inovasi Pemulihan Ketagihan

Oleh: Syed Yusof Wafa Foto: Ehsan PENGASIH Malaysia Dua inovasi, dua...

Konsert Rindu Sumayyah, rai tiga dekad Hijjaz

Oleh: Khadijah Ibrahim PADA 16 dan 17 Oktober ini akan...

‘Live Concert: Elegant Selamanya’, himpun wanita jelita berkarisma

Oleh: Khadijah Ibrahim INILAH masanya untuk rakyat tempatan menyokong produk...
spot_img

Jangan Terlepas!

Konsert Rindu Sumayyah, rai tiga dekad Hijjaz

Oleh: Khadijah Ibrahim PADA 16 dan 17 Oktober ini akan...

One Legendary Night, rai 35 tahun Hard Rock Cafe KL

Oleh: Khadijah Ibrahim SEMPENA sambutan ulang tahun Hard Rock Cafe...

‘Live Concert: Elegant Selamanya’, himpun wanita jelita berkarisma

Oleh: Khadijah Ibrahim INILAH masanya untuk rakyat tempatan menyokong produk...

PENGASIH Malaysia Cemerlang Di NATCOM 2026, Raih Dua Pingat Emas Melalui Inovasi Pemulihan Ketagihan

Oleh: Syed Yusof Wafa Foto: Ehsan PENGASIH Malaysia Dua inovasi, dua...

SHOWCASE “UNTUKMU” HASNOL: KETIKA MELODI BERTEMU MEMORI, SATU MALAM YANG AKAN MERESAP DI JIWA

Oleh: Syed Yusof Wafa Bagi generasi yang membesar dengan irama...
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim adalah seorang wartawan hiburan, pernah bertugas di Kumpulan Utusan sebagai wartawan di URTV dan jawatan terakhir adalah sebagai Penolong Pengarang Hiburan di Utusan Malaysia, pernah menjadi wartawan hiburan di Ladybosz.com serta berpengalaman sebagai “Content Writer”di Majalah Suria 7 terbitan theStar.
spot_imgspot_img

SHOWCASE “UNTUKMU” HASNOL: KETIKA MELODI BERTEMU MEMORI, SATU MALAM YANG AKAN MERESAP DI JIWA

Oleh: Syed Yusof Wafa Bagi generasi yang membesar dengan irama slow rock dan balada jiwang yang menusuk kalbu, nama Hasnol bukanlah nama asing. Suaranya pernah...

PENGASIH Malaysia Cemerlang Di NATCOM 2026, Raih Dua Pingat Emas Melalui Inovasi Pemulihan Ketagihan

Oleh: Syed Yusof Wafa Foto: Ehsan PENGASIH Malaysia Dua inovasi, dua pingat emas dan satu misi besar: memperkukuh usaha pemulihan ketagihan melalui pendekatan yang lebih tersusun,...

Konsert Rindu Sumayyah, rai tiga dekad Hijjaz

Oleh: Khadijah Ibrahim PADA 16 dan 17 Oktober ini akan berlangsung 'Konsert Hijjaz 3 Dekad: Rindu Sumayyah' di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Konsert anjuran Inteam Records...