Healing Nite ‘dikuasai’ oleh Ratu Rock Malaysia

Oleh: Khadijah Ibrahim 

OBJEKTIF utama penganjuran Healing Night 2026 yang berlangsung di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur adalah bertujuan untuk healing dan hanyut dalam lagu-lagu yang dibawakan oleh penyanyi-penyanyi kesayangan penonton.

Konsert Healing Nite anjuran Kembar Nusantara Sdn Bhd dengan sokongan oleh Creative Page Sdn Bhd dan Yumeca Sdn Bhd itu dihadiri kira-kira 20,000 penonton yang hadir dengan tujuan untuk menikmati hiburan atau muzik bukan sesuatu yang ‘keras dan bingit’ serta bersifat negatif jika dianjurkan secara berhemah.

Ketua Pegawai Eksekutif Yumeca Sdn Bhd., Herman Aziz berkata, pihaknya bersyukur kerana tema Healing Nite yang dibawakan melalui konsert tersebut mencapai objektif kepada para penonton.

Dayang Nurfaizah membuka pentas persembahan dengan lagu “Umpan Jinak Di Air Tenang”.

“Healing Night 2026 bukan sekadar konsert biasa tetapi pesta atau keraian tentang
menikmati muzik sebagai salah satu proses terapeutik yang menyenangkan.

“Apa lagi ia melibatkan semua pihak yang bersifat ikonik, baik daripada barisan penghibur, tenaga belakang tabir serta lokasi.

“Healing Nite telah mengangkat konsep konsert ke satu pengalaman kurasi gaya hidup yang halus dan berlapis, di mana muzik, emosi dan kesejahteraan diraikan dalam satu naratif yang menyeluruh,” ujar Herman.

Meskipun persembahan artis yang menjayakan Healing Nite iaitu Anuar Zain, Ella, Dayang Nurfaizah, Lyodra dan Kangen Band hany bermula pada jam 9 malam, namun di luar stadium acara sudah bermula sejak pukul 1 petang lagi.

Anuar tidak lokek untuk memberi cenderahati kepada peminatnya.

Di pintu masuk utama Stadium Merdeka, Healing Tent diwujudkan sebagai sebuah ruang transisi yang tenang, mengundang pengunjung untuk memperlahankan langkah dan menyerap suasana sebelum malam beralih kepada ‘mood’ healing.

Pelbagai makanan dan minuman sisajikan daripada rakan gaya hidup dan kulinari, termasuk LADO dengan sajian Melayu autentik, Cartel Coffeeshop, Coffee Beans, Crackohut dengan ayam gunting serta kebab shawarma, Peti Dessert dengan pastri berkarakter, Sugar & Fruits yang meraikan kesegaran buah-buahan, dan NachosLah dengan variasi nachos kontemporari.

Keindahan pengalaman ini diteruskan ke dalam stadium, apabila Coffee Cartel dan Ahmad Fried Chicken bersama Teratak Spa mengambil peranan menyantuni pengunjung sepanjang konsert berlangsung.

Penyanyi Dayang Nurfaizah diberi penghormatan sebagai artis pertama memulakan persembahan pada pukul 9 malam, dengan  lagu “Umpan Jinak Di Air Tenang”. Penampilan Dayang yang menggenakan busana warna biru itu tampak berbeza kerana beliau dilihat begitu ‘ramah’ berinteraksi dengan penonton.

“Rupanya ramai yang broken heart. Ada yang ditinggalkan dan meninggalkan? Tak mengapa, malam ini kita healing sama-sama.

Seorang penonton beruntung dapat naik ke pentas dan berduet dengan Lyodra.

“Saya ada lagu untuk orang yang tak boleh move on, judulnya “Lemah” dari album “Janji”. Selepas tiga bulan tolonglah move on ya,” katanya memberi nasihat kepada yang gagal dalam percintaan.

Dayang yang mendendangkan empat buah lagu termasuk “Aku” dan “Lelaki Teragung” diiringi oleh Chaan & The Leman Band. Memang rasa tak puas hati mendengar Dayang menyanyi sebab empat lagu saja berbanding penyanyi dari Indonesia.

Sebelum Lyodra muncul pada jam 9.29 malam, Dina Nadzir sebagai pengacara tampil berinteraksi dengan penonton kerana penyanyi tersebut menggunakan pemuziknya tersendiri.

Sebenarnya apabila berlaku situasi seperti itu, penonton tak rasa healing pun sebaliknya rasa stres kerana perlu menunggu. Juara Indonesia Idol musim ke-10 itu memulakan persembahan dengan lagu “Malu-Malu Tapi Nyaman”.

“Ini luar biasa sekali. Saya senang sekali berada di sini. Saya bisa melihat aura luar biasa. Kita bakal karaoke bersama.

” Cinta Sampai Mati” yang ditunggu oleh peminat Kangen Band tak dinyanyikan.

“Apa yang membuatkan anda galau? Kalau ada satu lagu yang boleh buat anda galau. Ini lagu terbaharu saya, “Teganya Kau”,” katanya yang sebelum itu menyanyikan lagu “Terlalu Cinta”.

Sewaktu mendendangkan lagu “Pesan Terakhir” Lyodra sempat mengundang seorang penonton untuk berduet dengannya. Luodra mengakhiri persembahannya dengan lagu “Sang Dewi”.

Kemunculan Kangen Band pada jam 10.13 yang popular dengan lagu “Cinta Sampai Mati” di Malaysia bagaimanapun tidak mendendangkan lagu yang dinanti-nantikan itu.

Vokalis Kangen Band, Andika Mahesa memulakan persembahan dengan lagu “Terbang Bersamaku”, “Pujaan Hati”, “Tentang Aku, Kau Dan Dia”, “Kehilanganmu Berat Bagiku” dan diakhiri dengan lagu “Yolanda”.

Ternyata kemunculan Kangen Band bukan buat penonton healing tapi lagi sedih kerana penyanyinya lebih banyak ‘menjerit’ daripada menyanyi.

Namun kedukaan penonton kembali terubat dengan kemunculan Ratu Rock Malaysia, Ella pada pukul 10.58 malam yang mengajak semua orang untuk “Layar Impian”  walaupun “Pedih” dan “Retak”.

“Assalammualaikum dan selamat malam. Terima kasih kerana luangkan masa anda pada malam ini,” ucap Ella.

Tidak perlu ‘membebel’ panjang kerana Ella tahu penonton akan healing apabila mendengar lagu-lagu popularnya seperti “Sepi Sekuntum Mawar Merah” dan “Sembilu”.

Bagi penulis, baiklah penganjur utamakan penyanyi tempatan yang ramai di Malaysia ini kerana lagu-lagu dendangan mereka sudah sebati di pendengaran peminat seni tanah air.

Pada malam Healing Nite 2026, semua penonton berkaraoke dengan Ella.

Buktinya sudah di depan mata. Pada malam itu bukan Ella seorang saja yang menyanyi malam itu, satu stadium turut menunjukkan bakat mereka. Tahniah Ella kerana berjaya menyatukan semua orang dengan karyanya.

Pada pukul 11.23 malam, barulah Anuar Zain muncul di pentas dengan lagu “Kau Bunga Cintaku” sambil melontar patung anak beruang kepada penonton.

Pada malam itu Anuar and bear tidak dapat dipisahkan kerana beliau sanggup mengeluarkan kos untuk memberi cenderamata kepada penonton termasuk beberapa anak beruang besar.

Lagu-lagu pilihan beliau adalah “Keabadian Cinta”, “Sesucinya Cintaku” dan diakhiri dengan “Sedetik Lebih”.

Anuar juga sempat turun pentas mencari seorang peminat setianya, makcik Rokiah Hamzah, 81, kelahiran Terengganu.

Makcik Rokiah yang sudah mula menunjukkan tanda-tanda dementia, tapi ingatannya terhadap Anuar tetap utuh. Makcik Rokiah yang dibawa oleh anak-anak dan cucu-cucunya itu merupakan peminat setia Anuar sejak penyanyi itu popular dengan lagu “Kain Pelekat”.

Latest

Selamat Hari Raya Haji

Assalamualaikum semua... Kami di Wafa News. Com mengucapkan Selamat menyambut...

DPDDM jalin kerjasama dengan Standard Chatered

Oleh: Nafsiah Jani Baru-baru ini Dewan Perniagaan Datuk Dato Malaysia...

Filem Kata Hati tampilkan wajah baharu yang serasi

Oleh: Khadijah Ibrahim MULAI 4 Jun ini, filem Kata Hati...

Pendekatan Pelarasan Tulang Tanpa Pembedahan Diperkenalkan oleh MMW Bone Alignment Centre

Oleh : Nafsiah Jani Gaya hidup moden yang melibatkan duduk...
spot_img

Jangan Terlepas!

Filem Kata Hati tampilkan wajah baharu yang serasi

Oleh: Khadijah Ibrahim MULAI 4 Jun ini, filem Kata Hati...

Suami selamatkan Neng Yatimah daripada kerakusan tentera Jepun!

Oleh SYED WAFA Foto Koleksi Syed Wafa Sumber : Ladybosz (Terima...

Pendekatan Pelarasan Tulang Tanpa Pembedahan Diperkenalkan oleh MMW Bone Alignment Centre

Oleh : Nafsiah Jani Gaya hidup moden yang melibatkan duduk...

Selamat Hari Raya Haji

Assalamualaikum semua... Kami di Wafa News. Com mengucapkan Selamat menyambut...

1 Cinta 1 Rindu daripada Tantari

Oleh: Khadijah Ibrahim MESKIPUN usianya baru menjangkau 9 tahun, namun...
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim adalah seorang wartawan hiburan, pernah bertugas di Kumpulan Utusan sebagai wartawan di URTV dan jawatan terakhir adalah sebagai Penolong Pengarang Hiburan di Utusan Malaysia, pernah menjadi wartawan hiburan di Ladybosz.com serta berpengalaman sebagai “Content Writer”di Majalah Suria 7 terbitan theStar.
spot_imgspot_img

Selamat Hari Raya Haji

Assalamualaikum semua... Kami di Wafa News. Com mengucapkan Selamat menyambut Hari Raya Haji! Semoga ibadah korban kita diterima dan kita menjadi insan yang lebih sabar...

DPDDM jalin kerjasama dengan Standard Chatered

Oleh: Nafsiah Jani Baru-baru ini Dewan Perniagaan Datuk Dato Malaysia (DPDDM) telah mengadakan satu pertemuan penuh bermakna dan cukup produktif bersama pihak pengurusan Standard Chartered...

Filem Kata Hati tampilkan wajah baharu yang serasi

Oleh: Khadijah Ibrahim MULAI 4 Jun ini, filem Kata Hati yang bergenre komedi romantik akan menemui penonton di pawagam di seluruh negara. Filem arahan Nadiah Hamzah...