Kenapa “BLUNTSHEEP” Pilih PEDIH?

Oleh: Syed Yusof Wafa

Sesuatu yang ditunggu oleh peminat, kedatangan tahun baharu ini menandakan permulaan yang signifikan buat “BLUNTSHEEP” apabila kumpulan muzik berteraskan pop rock alternative ini bakal merilis single baharu berjudul “PEDIH” terbitan Sony Music Entertainment Malaysia.

“PEDIH” adalah sebuah karya ciptaan Hadi Rumnan dengan lirik Iman Imran tetapi diolah semula “BLUNTSHEEP” .

Versi remake ini hadir dengan sentuhan dan susunan muzik baharu yang lebih segar, matang serta menonjolkan identiti muzik “BLUNTSHEEP” sendiri.

Kumpulan ini dianggotai Attana Qawiuddin Rumnan atau Atta Rumnan, 18, selaku vokalis dan pemain gitar utama, Umar Naufal, 18 (pemain gitar elektrik dan vokal latar). Moses Dass, 19, (pemain dram), serta ahli tambahan Ariff Azmi (pemain bass).

Mereka dikenali sebagai kumpulan muzik yang berani bereksperimen dengan bunyi dan emosi, menjadikan setiap karya mereka sarat dengan nuansa jujur serta penceritaan yang dekat dengan pendengar.

Pendekatan muzik mereka yang unik menjadikan “Pedih” sebuah interpretasi baharu yang lebih mendalam dan relevan dengan landskap muzik semasa.

Namun, ada sebab lain yang membuatkan “BLUNTSHEEP” memilih untuk menghasilkan remake lagu “PEDIH” ini.

Selain memperkasakan semula karya lagu tersebut melalui ekspresi seni mereka, “PEDIH” juga mempunyai hubungan emosi dan peribadi buat Atta Rumnan kerana lagu itu adalah ciptaan bapanya sendiri, Hadi Rumnan.

Hadi Rumnan bukanlah seorang penggiat seni dan komposer yang asing di dalam industri rakaman muzik tanah air. Beliau aktif menggubah lagu untuk segelintir penyanyi terkemuka tanah air.

“Bagi saya, sesebuah lagu tidak mempunyai batas usia atau tempoh tertentu. Karya lama boleh dihidupkan semula melalui interpretasi dan jiwa yang berbeza mengikut zaman.

“Artis-artis hebat antarabangsa seperti Elvis Presley, Nirvana dan Guns N’ Roses juga pernah remake lagu lama.

“Pada waktu yang sama, saya juga dapat meneruskan legasi ayah saya yang selama ini bergiat aktif sebagai pencipta lagu,” katanya membuka cerita.

Atta juga mengakui selain terus merakamkan karya lagu baharu, dia dan “BLUNTSHEEP” akan terus melakukan remake lagu-lagu ciptaan ayahnya yang pernah dinyanyikan barisan artis lain seperti Encik Mimpi, Ezad Lazim, Santesh dan Syafiq Farhain.

“Bersama “BLUNTSHEEP,” saya akan terus bereksperimen dalam muzik rock. Namun, untuk projek solo, saya ingin terus bereksperimen, berevolusi dan mencari identiti terbaik saya sehingga mencapai kejayaan yang diimpikan.

“Pada masa yang sama, saya juga sedang dalam perbincangan untuk menghasilkan sebuah single solo baharu bersama penerbit dari Indonesia yang kini popular dengan fenomena hipdut,” luahnya lagi.

Selain pelancaran single ini, “BLUNTSHEEP” turut diumumkan sebagai artis jemputan bagi konsert Malam Simfoni Luka yang bakal berlangsung pada 24 Januari 2026 di Zepp Kuala Lumpur.

Konsert ini akan menampilkan barisan artis tanah air dan serantau seperti Midnight Fusic, Insomniacks dan For Revenge, menjanjikan sebuah malam persembahan penuh emosi dan pengalaman muzik yang intim buat para peminat.

Berkongsi tentang penglibatan mereka dalam konsert tersebut, Atta mengakui, ia satu pengalaman yang sukar dibayangkan buat mereka.

“Bayangkan, kami baru sahaja dalam proses melancarkan terbaharu, “PEDIH” , tiba-tiba menyusul pula undangan sebagai band pembuka tirai untuk Konsert Malam Simfoni Luka.

“Sejujurnya, semua ini berlaku dengan begitu pantas dan kami sendiri masih cuba menghadam segalanya. Peluang ini hadir hasil kepercayaan dan sokongan rakan ayah saya, pemilik Icon Entertainment, yang membuka laluan buat kami.

Apa pun, kami akan berusaha memberikan yang terbaik di atas pentas, dengan harapan “BLUNTSHEEP” mampu meninggalkan kesan yang baik dan tidak mengecewakan semua pihak.

Latest

Fiza Thomas ‘tunjuk taring’ sebagai pencipta lagu

Oleh: Khadijah Ibrahim MESKIPUN Fiza Thomas pernah menyertai program realiti...

KESS mahu jadi ‘syurga emas preloved’ kepada masyarakat

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA berada di persekitaran Jalan Wangsa Delima...

Sajian menu Pantai Timur di Rumoh Mekda

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA orang Kelantan, Terengganu dan Pahang yang...

Hashimah Yon digelar seniwati paling seksi!

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima...
spot_img

Jangan Terlepas!

Aneka Walk tampilkan pelbagai acara menarik untuk pengunjung

Oleh: Khadijah Ibrahim SEWAKTU penulis belajar di Institut Teknologi MARA,...

SCAM MAKIN GANAS: Fahmi Arah Telco Beri Penjelasan Isu Ratusan Nombor Telefon Atas Satu Nama

Oleh: Syed Yusof Wafa Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil...

Hashimah Yon digelar seniwati paling seksi!

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima...

Dulu tak percaya, kini Issey Miyake guna TikTok untuk cari rezeki

Oleh: Khadijah Ibrahim SEKARANG ini antara platform media sosial yang...
Syed Yusof Wafa
Syed Yusof Wafa
SYED Yusof Wafa pernah menulis dan melukis di Utusan Malaysia (sisipan Remaja), URTV, Mangga, Hai, URS, Hit, Variapop serta pernah menjadi Editor Majalah Oh-Gee dan editor portal terkenal Ladybosz.com
spot_imgspot_img

Fiza Thomas ‘tunjuk taring’ sebagai pencipta lagu

Oleh: Khadijah Ibrahim MESKIPUN Fiza Thomas pernah menyertai program realiti Akademi Fantasia musim ke-13 pada 2016, namun buat masa sekarang namanya lebih menonjol sebagai pelakon. Pemenang...

KESS mahu jadi ‘syurga emas preloved’ kepada masyarakat

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA berada di persekitaran Jalan Wangsa Delima 10, Wangsa Maju, Kuala Lumpur, anda pasti akan 'gelap mata' tak tahu nak menuju ke...

Sajian menu Pantai Timur di Rumoh Mekda

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA orang Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menetap di ibu kota, rindu untuk menikmati makanan seperti masakan ibu di kampung, bolehlah singgah...