Temui Mamat 13 Februari Ini

Oleh : Nafsiah Jani

Jangan lepaskan peluang menonton persembahan unplugged penyanyi bersuara emas Mamat iaitu Showcase “Cinta Mamat Untuk Peminat” bersama 200 peminat yang akan berlangsung di IDEAS Kuala Lumpur Hotel, Jalan Raja Laut pada 13 Februari jam 8.00 malam.

Mekar Management terpanggil menganjurkan persembahan ini sebagai tanda menghargai peminat Mamat atau nama sebenarnya Mohd Ali Kamarudin yang selama ini merindui penyanyi kesayangan mereka.

Berbeza dengan persembahan berskala besar, Mamat memilih konsep unplugged yang lebih santai, sekali gus memberi peluang kepada peminat menikmati vokal asli penyanyi yang bakal mencecah usia 48 tahun pada April ini.

Mamat ( empat dari kiri) bersama orang kuat industri yang membantu perjalanan seninya selama ini.

Menurut Mamat, showcase tersebut bukan sekadar persembahan, sebaliknya satu langkah awal untuk membina semula kepercayaan serta hubungan yang pernah teruji oleh masa dan keadaan.

“Jumlahnya kecil, tetapi maknanya besar buat saya. Saya mahu kembali berhadapan dengan peminat secara jujur dan dekat,” katanya pada sidang media pelancaran showcase itu di Alamis City, Kuala Lumpur.

Pada malam berkenaan, Mamat dijangka mempersembahkan sekitar lapan hingga 10 buah lagu yang pernah menjadi siulan ramai, merangkumi karya bersama Exists serta lagu daripada album solonya.

Antara lagu yang bakal mengisi pentas ialah Rahsia Pohon Cemara, Langkah Semakin Ringan, Janji Padamu, Nota di Lautan Sepi, Janji Bidadari, Untukmu Ibu dan Salju di Danau Rindu.

“Semua lagu ini dekat dengan peminat. Persembahan pula dibuat sambil makan, jadi biarlah santai dan selesa,” katanya sambil berseloroh.

Mamat menghiburkan tetamu ketika majlis pelancaran sidang akhbar Showcase Cinta Mamat Untuk Peminat.

Bercerita mengenai persiapannya, Mamat mengakui keadaan fizikal dan vokalnya kini masih dalam fasa pemulihan, sekali gus menjadikan showcase tersebut sebagai titik mula kepada versi baharu dirinya.

“Saya anggap ini sebagai kelahiran semula. Cara saya menyanyi mungkin berbeza, tetapi kejujurannya tetap sama,” katanya yang masih menjalani rawatan dan pemulihan di Kompleks Pengasih Cinta Manis, Bentong, Pahang di bawah seliaan Persatuan Pengasih Malaysia.

Mamat menegaskan proses pemulihan itu adalah komitmen peribadi yang perlu dipertahankan, bukan sekadar tuntutan undang-undang.

“Peminat bukan hanya mahu saya menyanyi, mereka mahu lihat saya benar-benar berubah. Sokongan mereka sangat memberi kesan,” katanya.

Bagaimanapun Mamat kekal dengan visinya yang jelas iaitu, “Saya ingin membina semula kerjaya seni menggunakan jenama “Mamat” sendiri. Saya tidak mahu lagi menumpang populariti atau nama besar Exists. Apa yang dilakukan ini bertujuan memperkukuhkan identiti solo saya sebagai seorang penghibur,

“Ia adalah ruang untuknya berkarya dan menyampaikan muzik dengan pendekatan lebih matang. Ia diperlihatkan apabila dia membuat keputusan seni secara berdikari.

“Saya percaya bahawa setiap fasa kehidupan memerlukan keberanian untuk berdiri atas kaki sendiri, dan beliau komited untuk terus berkarya secara profesional, berdisiplin serta menghormati semua pihak dalam industri seni.”

Mamat kini tampil yakin dan bersemangat dengan penampilan terbarunya.

Kerjaya solo Mamat kini diuruskan oleh Mekar Management yang diasaskan oleh peguamnya, Azlina Abdul Aziz, yang pada awalnya bertindak sebagai peguam pro bono sebelum mengambil peranan lebih besar dalam perjalanan seninya.

Azlina menyifatkan sokongan dan pengurusan yang betul mampu membantu Mamat kembali berkarya secara konsisten dan berdisiplin.

“Mereka yang melalui fasa sukar ini memerlukan sokongan, bukan hukuman semata-mata. Saya yakin Mamat masih ada tempat dalam industri,” katanya.

Mereka yang berminat untuk menyaksikan persembahan Mamat bolehlah membuat tempahan meja yang berharga RM3,000 | RM2,500 | RM2,000. Manakala bagi harga individu pula boleh mendapatkan tiket berharga RM300 | RM250 | RM200. Untuk tempahan dan maklumat lanjut, sila hubungi Cik Manis: +60 13-380 0501 dan Ayob Abd Majid: 019-368 2548.

Untuk rekod, Mamat merupakan vokalis asal Exists sejak 1991 sebelum memilih haluan solo pada 1994. Album pertamanya pada 1995 melonjakkan namanya dengan lagu-lagu ikonik seperti Salju di Danau Rindu, Hanya Engkau Kekasih dan Inspirasi Kamar Hati, diikuti Pasrah (1996) dan Seminit Bagiku (2004)

Sidang media hari ini dianjurkan dan ditaja khas oleh Dato Ahmad Nazli Mohamad Asli dari SRC (Seni Rasa Catering).

Latest

Sajian menu Pantai Timur di Rumoh Mekda

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA orang Kelantan, Terengganu dan Pahang yang...

Hashimah Yon digelar seniwati paling seksi!

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima...

Dulu tak percaya, kini Issey Miyake guna TikTok untuk cari rezeki

Oleh: Khadijah Ibrahim SEKARANG ini antara platform media sosial yang...

Dulu ‘introvert’, kini AG9 Official jadi Pengurus Bakat di KamiSempoi Premier Academy

Oleh: Khadijah Ibrahim SEKARANG ini ramai yang ingin menjadi pempengaruh...
spot_img

Jangan Terlepas!

Dulu ‘introvert’, kini AG9 Official jadi Pengurus Bakat di KamiSempoi Premier Academy

Oleh: Khadijah Ibrahim SEKARANG ini ramai yang ingin menjadi pempengaruh...

Zaharah Agus seniwati serba boleh !

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima...

Peluang jadi penyanyi rakaman dan menang motor di Community Members – Pahang Auto Show 2K26

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA anda ada impian nak menjadi penyanyi,...

SCAM MAKIN GANAS: Fahmi Arah Telco Beri Penjelasan Isu Ratusan Nombor Telefon Atas Satu Nama

Oleh: Syed Yusof Wafa Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil...
Nafsiah Jani
Nafsiah Jani
Nafsiah Jani adalah seorang wartawan hiburan. Beliau pernah menulis di Utusan Malaysia, majalah URTV, Wanita, Saji terbitan Utusan Karya serta pernah menjadi wartawan tetap di Ladybosz.com
spot_imgspot_img

Sajian menu Pantai Timur di Rumoh Mekda

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA orang Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menetap di ibu kota, rindu untuk menikmati makanan seperti masakan ibu di kampung, bolehlah singgah...

Hashimah Yon digelar seniwati paling seksi!

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima Kasih Datuk Sri Rozita Ramelan) WALAUPUN memulakan langkah sebagai pelakon kanak-kanak ketika berusia 11 tahun dalam...

Dulu tak percaya, kini Issey Miyake guna TikTok untuk cari rezeki

Oleh: Khadijah Ibrahim SEKARANG ini antara platform media sosial yang sering mendapat perhatian warga maya adalah TikTok kerana ia merupakan platform video berdurasi pendek yang...