Banglo 289, saji menu eksklusif sempena bufet Ramadan 

Oleh: Khadijah Ibrahim

SELALUNYA apabila tiba saja waktu tengah hari, otak sudah mula mengatur makanan apa yang akan dimakan bila masuk waktu berbuka puasa nanti.

Kalau ibu-ibu mesti fikir masakan apa yang akan dimasak untuk keluarga berbuka nanti. Beza dengan orang bujang, Bazar Ramadan mana yang perlu dikunjungi untuk sajian berbuka.

Jika anda sekeluarga ingin menikmati masakan Melayu tradisional yang menggunakan bahan segar berkualiti tinggi serta teknik penyediaan mengikut cara orang dulu-dulu, bolehlah singgah ke restoran makanan asli Melayu terkemuka, Banglo 289.

Pemanis mulut nostalgia turut tersenarai dalam menu bufet Ramadan di Banglo 289.

Sepanjang bulan Ramadan ini Banglo 289 memperkenalkan konsep Bufet Ramadan 2026 di cawangan ikoniknya di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur, Banglo 289, Elmina Lakeside Mall, Shah Alam dan Banglo 289, IOI City Mall, Putrajaya.

Bufet Ramadan tahun ini mengetengahkan tema  “Traditional Kampung Dishes with Soul and Journey” (Hidangan Kampung dengan Jiwa dan  Perjalanan).

Apa yang membezakan bufet Ramadan di Banglo 289 dengan premis lain adalah barisan menu eksklusif yang jarang diketengahkan dalam kebanyakan bufet Ramadan.

Masakan udang antara menu yang digemari pelanggan Banglo 289.

Antara menu yang bakal disajikan kepada pelanggan ialah daging rusa yang dimasak mengikut resipi terpilih, diperkenalkan untuk tahun ketiga berturut-turut sebagai salah satu menu istimewa.

Kalau anda penggemar ikan air tawar, pelbagai ikan-ikan ‘rare’ dari sungai Pahang, termasuk ikan krai, jelawat, patin dan baung, yang sukar diperoleh di pasaran biasa boleh didapati di Banglo 289.

Sementara hidangan premium buat penggemar-penggemarnya, anda boleh menikmati udang mantis, mentarang dan udang galah segar yang merupakan antara menu bagi bufet Ramadan 2026.

Ulam-ulaman adalah pelengkap untuk masakan tradisional.

Selain menu istimewa tersebut, pengunjung turut akan disajikan dengan pelbagai hidangan klasik Melayu seperti masak lemak, asam pedas, panggang berempah, sambal tradisional, ulam-ulaman, kuih-muih tradisional serta pemanis mulut nostalgia.

Ketua Pegawai Eksekutif Banglo 289, Shareen Farzida Sukri, berkata pengenalan berterusan menu unik seperti daging rusa bersama ikan sungai ‘rare’, udang mantis dan mentarang adalah sebahagian daripada usaha restoran itu untuk menawarkan pengalaman berbuka puasa yang lebih eksklusif dan bermakna.

Untuk yang membuat tempahan awal akan dapat diskaun.

“Bufet Ramadan bukan sekadar tentang kuantiti makanan, tetapi tentang rasa, kualiti dan pengalaman. Kami mahu setiap tetamu pulang dengan kenangan serta rasa yang mengingatkan mereka kepada masakan kampung dan nilai kekeluargaan,” katanya.

Ujarnya lagi, mana-mana pelanggan yang membuat tempahan awal (early bird) berpeluang mendapat diskaun sehingga 20 peratus, atau harga serendah RM95 seorang.

Tawaran tempahan awal ini ditawarkan untuk tempoh terhad, tertakluk kepada ketersediaan dan budi bicara pihak pengurusan.

Cawangan keempat Banglo 289 akan dibuka di KLIA2 tidak lama lagi.

Beliau turut memaklumkan bahawa Banglo 289 merancang untuk membuka cawangan keempat di KLIA2 dalam masa terdekat, susulan sambutan hangat dan sokongan memberangsangkan yang diterima daripada rakyat Malaysia serta pelancong sejak penubuhannya.

“Langkah pengembangan itu juga sejajar dengan aspirasi Tahun Melawat Malaysia 2026 (Visit Malaysia 2026), yang memberi penekanan kepada pengalaman budaya dan gastronomi tempatan sebagai salah satu tarikan utama pelancongan negara.

“Hidangan tradisional Melayu yang autentik bukan sahaja menjadi kebanggaan tempatan, malah berpotensi memperkenalkan warisan kulinari Malaysia kepada pelancong antarabangsa yang dijangka meningkat sempena kempen tersebut,” katanya.

Latest

Fiza Thomas ‘tunjuk taring’ sebagai pencipta lagu

Oleh: Khadijah Ibrahim MESKIPUN Fiza Thomas pernah menyertai program realiti...

KESS mahu jadi ‘syurga emas preloved’ kepada masyarakat

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA berada di persekitaran Jalan Wangsa Delima...

Sajian menu Pantai Timur di Rumoh Mekda

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA orang Kelantan, Terengganu dan Pahang yang...

Hashimah Yon digelar seniwati paling seksi!

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima...
spot_img

Jangan Terlepas!

Wow… Wani Kayrie bakal ‘disunting’ FM Group Kerana Cak Cak Cekuk

Oleh: Syed Yusof Wafa Kerana sebuah lagu yang memartabatkan irama...

Dulu ‘introvert’, kini AG9 Official jadi Pengurus Bakat di KamiSempoi Premier Academy

Oleh: Khadijah Ibrahim SEKARANG ini ramai yang ingin menjadi pempengaruh...

Zaharah Agus seniwati serba boleh !

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima...

Peluang jadi penyanyi rakaman dan menang motor di Community Members – Pahang Auto Show 2K26

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA anda ada impian nak menjadi penyanyi,...

Precious of Malaysia Citraloka 2026 Sasar 500,000 Pengunjung, Bawa Warisan Lebih Dekat Dengan Rakyat

Oleh: Syed Yusof Wafa/Faizah Yasmin Tan Sri Mustapa KUALA LUMPUR:...
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim adalah seorang wartawan hiburan, pernah bertugas di Kumpulan Utusan sebagai wartawan di URTV dan jawatan terakhir adalah sebagai Penolong Pengarang Hiburan di Utusan Malaysia, pernah menjadi wartawan hiburan di Ladybosz.com serta berpengalaman sebagai “Content Writer”di Majalah Suria 7 terbitan theStar.
spot_imgspot_img

Fiza Thomas ‘tunjuk taring’ sebagai pencipta lagu

Oleh: Khadijah Ibrahim MESKIPUN Fiza Thomas pernah menyertai program realiti Akademi Fantasia musim ke-13 pada 2016, namun buat masa sekarang namanya lebih menonjol sebagai pelakon. Pemenang...

KESS mahu jadi ‘syurga emas preloved’ kepada masyarakat

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA berada di persekitaran Jalan Wangsa Delima 10, Wangsa Maju, Kuala Lumpur, anda pasti akan 'gelap mata' tak tahu nak menuju ke...

Sajian menu Pantai Timur di Rumoh Mekda

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA orang Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menetap di ibu kota, rindu untuk menikmati makanan seperti masakan ibu di kampung, bolehlah singgah...