Amir Masdi menjadi pilihan SPWinds

Oleh: Khadijah Ibrahim

PADA tahun lalu Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya berjaya mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa, menerusi Seri Puteri Symphonic Winds Orchestra (SPWinds) kerana berjaya meraih Anugerah Emas di World Orchestra Festival ke-11 di Vienna.

Kemenangan tersebut sekali gus mengukuhkan kedudukan SPWinds sebagai antara orkestra sekolah terbaik negara dan menjadi manifestasi hasil pendidikan holistik yang menekankan disiplin, kepimpinan, kerja berpasukan dan keunggulan bakat murid secara menyeluruh.

Pencapaian ini bukan sahaja membanggakan warga sekolah, malah mencerminkan keberkesanan ekosistem sokongan sekolah, ibu bapa dan komuniti dalam membentuk murid berdaya saing di peringkat global.

Kolaborasi Amir Masdi bersama dengan pelajar Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya.

Sebagai sebahagian daripada usaha memperkasa pembangunan bakat murid, SPWinds kini menjalin kerjasama strategik dengan penyanyi berbakat besar, Amir Masdi, yang akan berperanan menyokong perjalanan seni dan pembelajaran muzik SPWinds secara berperingkat dan berfokus.

Kerjasama ini dilihat sebagai satu nilai tambah yang memperkayakan pendedahan murid kepada dunia muzik profesional tanpa menjejaskan teras utama pendidikan dan pembangunan sahsiah.

Amir dan pelajar Seri Puteri akan bergabung tenaga menjayakan Wings Of Glory AM:PM Amir Masdi & Seri Puteri Symphonic Winds In Concert pada 25 April ini, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Amir ibarat hero kepada adik-adik pelajar Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya.

Kerjasama ini juga adalah sebahagian daripada persiapan SPWinds bagi penyertaan antarabangsa akan datang, termasuk World Music Contest (WMC) 2026 yang dijadualkan berlangsung pada Julai 2026 di Kerkrade, Belanda.

Amir yang popular dengan lagu “Nurcinta” itu berkata, beliau sangat berbesar hati untuk bekerjasama dengan SPWinds.

“Saya berbesar hati dan teruja untuk menjayakan konsert sulung saya bersama SPWinds. Dedikasi dan disiplin para pemuzik mudanya amat menginspirasikan, dan saya berharap dapat menyokong perjalanan mereka melalui muzik secara bermakna,” katanya yang mudah mendekati peminat muda.

Sementara itu, Kumpulan Sokongan Ibu Bapa SPWinds (KSIB) di bawah Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Seri Puteri, berusaha mengumpul dana bagi menyokong perjalanan dan pembangunan orkestra tersebut.

Konsert SpWinds bersama Amir adalah sebahagian daripada persiapan awal sebelum orkestra tersebut menyertai pertandingan di Belanda.

Presiden KSIB, Shah Rizal Jazib, menegaskan bahawa, keutamaan KSIB adalah kemenjadian murid SPWinds dan kolaborasi ini merupakan satu pencapaian penting buat SPWinds.

“Penglibatan Amir Masdi mengukuhkan visi artistik kami dalam persediaan ke arah platform antarabangsa pada masa hadapan, dengan sokongan berterusan daripada ibu bapa dan komuniti melalui KSIB dan PIBG.

“Kerjasama ini menandakan komitmen berterusan SPWinds dalam menjadikan seni muzik sebagai wahana pendidikan berimpak tinggi, sekali gus mengangkat kemenjadian murid sebagai teras utama kejayaan,” kata Shah Rizal.

Tambahnya lagi, semua hasil kutipan konsert ini akan disalurkan kepada SPWinds.

Melalui konsert ini, SPWinds juga mengharapkan kerjasama pihak swasta dan mengalu-alukan sumbangan individu dan tajaan pihak korporat.

Tiket konsert berharga dari RM178 hingga RM378 boleh dibeli melalui laman web https://www.myticketempire.com/windsofglory

Latest

SHOWCASE “UNTUKMU” HASNOL: KETIKA MELODI BERTEMU MEMORI, SATU MALAM YANG AKAN MERESAP DI JIWA

Oleh: Syed Yusof Wafa Bagi generasi yang membesar dengan irama...

PENGASIH Malaysia Cemerlang Di NATCOM 2026, Raih Dua Pingat Emas Melalui Inovasi Pemulihan Ketagihan

Oleh: Syed Yusof Wafa Foto: Ehsan PENGASIH Malaysia Dua inovasi, dua...

Konsert Rindu Sumayyah, rai tiga dekad Hijjaz

Oleh: Khadijah Ibrahim PADA 16 dan 17 Oktober ini akan...

‘Live Concert: Elegant Selamanya’, himpun wanita jelita berkarisma

Oleh: Khadijah Ibrahim INILAH masanya untuk rakyat tempatan menyokong produk...
spot_img

Jangan Terlepas!

One Legendary Night, rai 35 tahun Hard Rock Cafe KL

Oleh: Khadijah Ibrahim SEMPENA sambutan ulang tahun Hard Rock Cafe...

‘Live Concert: Elegant Selamanya’, himpun wanita jelita berkarisma

Oleh: Khadijah Ibrahim INILAH masanya untuk rakyat tempatan menyokong produk...

AKAR//NEXT 2026 ajak pengunjung terokai pelbagai sisi budaya, kreativiti dalam satu ruang

Oleh: Khadijah Ibrahim PASAR Seni atau Central Market merupakan salah...

Konsert Rindu Sumayyah, rai tiga dekad Hijjaz

Oleh: Khadijah Ibrahim PADA 16 dan 17 Oktober ini akan...

PENGASIH Malaysia Cemerlang Di NATCOM 2026, Raih Dua Pingat Emas Melalui Inovasi Pemulihan Ketagihan

Oleh: Syed Yusof Wafa Foto: Ehsan PENGASIH Malaysia Dua inovasi, dua...
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim adalah seorang wartawan hiburan, pernah bertugas di Kumpulan Utusan sebagai wartawan di URTV dan jawatan terakhir adalah sebagai Penolong Pengarang Hiburan di Utusan Malaysia, pernah menjadi wartawan hiburan di Ladybosz.com serta berpengalaman sebagai “Content Writer”di Majalah Suria 7 terbitan theStar.
spot_imgspot_img

SHOWCASE “UNTUKMU” HASNOL: KETIKA MELODI BERTEMU MEMORI, SATU MALAM YANG AKAN MERESAP DI JIWA

Oleh: Syed Yusof Wafa Bagi generasi yang membesar dengan irama slow rock dan balada jiwang yang menusuk kalbu, nama Hasnol bukanlah nama asing. Suaranya pernah...

PENGASIH Malaysia Cemerlang Di NATCOM 2026, Raih Dua Pingat Emas Melalui Inovasi Pemulihan Ketagihan

Oleh: Syed Yusof Wafa Foto: Ehsan PENGASIH Malaysia Dua inovasi, dua pingat emas dan satu misi besar: memperkukuh usaha pemulihan ketagihan melalui pendekatan yang lebih tersusun,...

Konsert Rindu Sumayyah, rai tiga dekad Hijjaz

Oleh: Khadijah Ibrahim PADA 16 dan 17 Oktober ini akan berlangsung 'Konsert Hijjaz 3 Dekad: Rindu Sumayyah' di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Konsert anjuran Inteam Records...