‘Kemarau Di Hujung Rindu’ bersama D’Recond Band

Oleh:Khadijah Ibrahim

MERASAKAN di antara mereka ada keserasian dengan komposer Eddie Hamid, anggota D’Recond Band mengambil keputusan untuk meneruskan kerjasama dengan pencipta lagu popular ‘Cinta Setandan Pisang’ atau ‘Bea Soba Bea’ itu.

Selepas bergandingan dengan Eddie menerusi lagu “Demo Tok Jujur’ dalam dialek Kelantan yang diterbitkan pada April 2025, kini D’Recond Band tampil dengan single ‘Kemarau Di Hujung Rindu’ pula.

Lagu ‘Kemarau Di Hujung Rindu’ yang liriknya ditulis oleh Bahron ZM, Hakim Hakimi, Maju dan Rumie, kembali ke era 90-an iaitu genre rock kapak. Tidak dapat dinafikan irama sebegitu masih lagi menjadi pilihan pendengar hingga kini.

D’Recond Band yang dianggotai oleh Farid (vokalis), Izzue (gitar utama), Azrar (gitar kedua), Ayie (bes), Mael (dram) dan Zafuan (keyboard), bangga dapat merakam lagu irama sebegitu.

D’Recond Band percaya irama rock kapak masih relevan hingga sekarang.

Menurut Izzue atau nama sebenarnya, Zurita Mat Suta yang bergandingan dengan Eddie mencipta lagu tersebut berkata, irama rock kapak adalah sebahagian daripada identiti D’Recond yang mula bertapak dalam bidang seni sejak 2008.

“Irama rock kapak adalah sebahagian daripada identiti D’Recond. Kami membesar dengan muzik era 90-an, dan genre ini masih relevan kerana kejujuran emosi serta kekuatan melodinya.

“Kami ingin menghidupkan kembali rasa itu, tetapi dengan sentuhan dan kematangan muzik masa kini. Disebabkan kami mempunyai hubungan yang baik dengan Eddie Hamid selepas bekerjasama untuk lagu ‘Demo Tok Jujur’.

“Sebenarnya ia datang secara semula jadi. Selepas ‘Demo Tok Jujur’, hubungan kerja kami dengan Eddie Hamid masih sangat baik. D’Recond ni seperti anak didik beliau.

“Kami saling percaya dari segi hala tuju muzik dan keserasian itu membuatkan kedua-dua pihak rasa sudah tiba masanya untuk bekerjasama semula bagi menghasilkan karya baharu yang lebih matang,” jelas Izzue.

D’Recond Band sudah ada beberapa single sejak aktif pada 2008 hingga kini.

Tambahnya lagi, lagu ‘Kemarau Di Hujung Rindu’ mula dicipta sekitar proses perbincangan awal D’Recond bersama Eddie Hamid.

“Abang Eddie menyumbang idea melodi dan asas lagu, manakala saya pula terlibat dalam memperkemaskan struktur dan emosi lagu. Ia adalah hasil kolaborasi yang berjalan secara organik.

“Ada beberapa lagu dicadangkan kepada kami, tetapi ‘Kemarau Di Hujung Rindu’ mempunyai jiwa yang sangat kuat. Melodinya mudah melekat, liriknya dekat dengan perasaan, dan keseluruhan lagu ini menggambarkan emosi rindu serta kehilangan dengan sangat jujur.

“Sesuai dengan kisih kehilangan sebagai contoh, kehilangan kekasih, seorang ibu kehilangan anaknya, suami kehilangan isteri, anak kehilangan ibu bapa. Itulah yang membuatkan kami sebulat suara memilih lagu ini,” katanya.

Lirik untuk lagu yang mula dimuat naik di platform YouTube Aries Music pada 25 Januari 2026 ditulis oleh Bahron ZM, Hakim Hakimi, Maju dan Rumie.

Meskipun lirik bukan sentuhan seorang penulis, namun kata Izzue penulis lirik sangat profesional dan masing-masing tahu peranan.

“Sebahagian daripada penulis lirik memang pernah bekerjasama dengan kami sebelum ini. Setiap penulis membawa pengalaman dan sudut pandang tersendiri, tetapi semuanya berkisar tentang perasaan rindu, kehilangan dan kekecewaan.

“Gabungan pengalaman inilah yang menjadikan lirik lagu ini lebih hidup dan menyentuh emosi. Manakala, proses rakaman lagu ini mengambil masa kerana kami benar-benar menitikberatkan penghayatan emosi.

“Lagu ini bukan sekadar tentang kisah cinta yang dikecewakan, tetapi lebih kepada perasaan rindu yang terpendam dan harapan yang tidak kesampaian, sesuatu yang ramai orang pernah alami” ujarnya lagi.

Selesa bekerjasama dengan Eddie Hamid.

D’Recond Band berharap karya yang dirakam di K-Seventh Studio itu, mendapat perhatian umum kerana lagu ini dekat di hati ramai insan yang pernah melalui situasi serupa seperti yang digarapkan dalam lagu.

“Kami berharap ‘Kemarau Di Hujung Rindu’ dapat diterima oleh pendengar lama dan baharu, serta menjadi lagu yang dekat di hati mereka yang pernah melalui rasa kehilangan dan kerinduan.

“Semoga lagu ini dapat mengubat perasaan dan mengingatkan pendengar bahawa mereka tidak bersendirian,” kata Izzue mewakili anggota D’Recond yang lain.

Sementara itu, Eddie berkata, beliau memilih genre rock 90- an untuk dinyanyikan oleh D’Recond kerana nada suara vokalis kumpulan tersebut sesuai.

“Sebagai vokalis, Farid mampu mendendangkan lagu rock kapak dengan baik. Lagu irama sebegitu terus diminati oleh peminat muzik era 90- an dan juga pendengar baharu.

“Saya yakin lagu yang dekat dengan jiwa pendengar mudah diterima dan bakal menjadi malar segar, bukan popular untuk jangka masa tertentu saja,” kata Eddie.

Lagu ‘Kemarau Di Hujung Rindu’ terbitan dan edaran Aries Music juga boleh didengar di semua penstriman digital termasuk YouTube Music dan Spotify.

Latest

Fiza Thomas ‘tunjuk taring’ sebagai pencipta lagu

Oleh: Khadijah Ibrahim MESKIPUN Fiza Thomas pernah menyertai program realiti...

KESS mahu jadi ‘syurga emas preloved’ kepada masyarakat

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA berada di persekitaran Jalan Wangsa Delima...

Sajian menu Pantai Timur di Rumoh Mekda

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA orang Kelantan, Terengganu dan Pahang yang...

Hashimah Yon digelar seniwati paling seksi!

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima...
spot_img

Jangan Terlepas!

Zaharah Agus seniwati serba boleh !

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima...

Dulu ‘introvert’, kini AG9 Official jadi Pengurus Bakat di KamiSempoi Premier Academy

Oleh: Khadijah Ibrahim SEKARANG ini ramai yang ingin menjadi pempengaruh...

SCAM MAKIN GANAS: Fahmi Arah Telco Beri Penjelasan Isu Ratusan Nombor Telefon Atas Satu Nama

Oleh: Syed Yusof Wafa Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil...

Sajian menu Pantai Timur di Rumoh Mekda

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA orang Kelantan, Terengganu dan Pahang yang...

Wow… Wani Kayrie bakal ‘disunting’ FM Group Kerana Cak Cak Cekuk

Oleh: Syed Yusof Wafa Kerana sebuah lagu yang memartabatkan irama...
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim adalah seorang wartawan hiburan, pernah bertugas di Kumpulan Utusan sebagai wartawan di URTV dan jawatan terakhir adalah sebagai Penolong Pengarang Hiburan di Utusan Malaysia, pernah menjadi wartawan hiburan di Ladybosz.com serta berpengalaman sebagai “Content Writer”di Majalah Suria 7 terbitan theStar.
spot_imgspot_img

Fiza Thomas ‘tunjuk taring’ sebagai pencipta lagu

Oleh: Khadijah Ibrahim MESKIPUN Fiza Thomas pernah menyertai program realiti Akademi Fantasia musim ke-13 pada 2016, namun buat masa sekarang namanya lebih menonjol sebagai pelakon. Pemenang...

KESS mahu jadi ‘syurga emas preloved’ kepada masyarakat

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA berada di persekitaran Jalan Wangsa Delima 10, Wangsa Maju, Kuala Lumpur, anda pasti akan 'gelap mata' tak tahu nak menuju ke...

Sajian menu Pantai Timur di Rumoh Mekda

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA orang Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menetap di ibu kota, rindu untuk menikmati makanan seperti masakan ibu di kampung, bolehlah singgah...