Ziana Zain menangis, Awie & Erra Fazira pula seri

Oleh: Khadijah Ibrahim

JIKA 32 tahun lalu, nama Datuk Awie, Erra Fazira dan Ziana Zain menjadi bualan ramai kerana watak yang mereka bawa dalam filem Sembilu, arahan Datuk Yusof Haslam yang diterbitkan pada 1994.

Dalam filem yang berjaya meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM4.39 juta, Erra melakonkan watak Wati, kekasih kepada penyanyi rock bernama Awie, manakala penyanyi Ziana pula cuba menggoda Awie walaupun tahu rocker itu sudah mempunyai kekasih.

Pengarah Yusof Haslam yang mengangkat nama Awie, Erra Fazira dan Ziana Zain menerusi filem ‘Sembilu”.

Bagi mengimbau semula momen adegan pelakon ‘Sembilu’ berbasikal dalam filem, Konsert Sembilu The Reunion di Axiata Arena, Bukit Jalil, anjuran Ideatelier itu menampilkan anak-anak mereka sebagai pembuka pentas persembahan.

Ahmad Merrah, anak kepada Awie, Engku Aleesya (anak Erra Fazira) dan Siti Nur Kasih (anak Ziana) masuk ke stadium dengan berbasikal dan melontarkan dialog yang pernah diungkap oleh ibu bapa mereka sewaktu dalam filem ‘Sembilu’.

Konsert pada malam itu diserikan dengan penampilan anak-anak Awie, Erra Fazira dan Ziana Zain melakonkan semula watak mereka di hadapan pengarah Yusof Haslam.

Perjalanan kisah pelakon yang terlibat dalam filem ‘Sembilu’ itu turut dikongsi oleh Yusof secara langsung mahupun menerusi temu bual yang disiarkan sewaktu konsert berlangsung.

Meskipun lagu-lagu yang didendangkan oleh ketiga-tiga mereka merupakan runut bunyi daripada filem ‘Sembilu’ dan lagu popular masing-masing. Namun setiap kali Awie, Erra dan Ziana menyanyi, pasti mereka akan diiringi oleh penyanyi latar tidak rasmi seramai kira-kira 10,000 orang yang hadir pada malam tersebut.

Konsert yang berdurasi kira-kira tiga jam itu dibahagikan kepada beberapa segmen sebelum Erra dan Ziana masing-masing berkolaborasi dengan Awie dan mereka bersatu menyanyikan lagu ‘Halaman Asmara’ sebagai penutup tirai persembahan.

Awie melakonkan watak penyanyi rock dalam filem ‘Sembilu’.

Pada kesempatan itu juga, Ziana mengungkapkan ribuan terima kasih kepada Yusof kerana mempercayai bakatnya sebagai pelakon dan mengambilnya berlakon dalam filem ‘Sembilu’.

“Saya ingin mengucap ribuan terima kasih kepada Datuk Yusuf Jalan yang saya panggil abang kerana memberi peluang kepada saya untuk berlakon. Itulah rezeki Allah yang tentukan. Apapun yang saya lakukan pasti mendapat sokongan daripada adik-beradik.

“Untuk malam ini saya paling banyak lagu daripada Erra dan Awie. Sebagai penyanyi kita kena tahu apa apa kehendak peminat. Lagu-lagu malam ni hasil daripada survey yang dibuat oleh penganjur.

Aura tiga pelakon filem ‘Sembilu’ ini masih kuat dan lagu dendangan mereka merupakan nostalgia buat peminat yang menyokong filem tempatan.

“Lepas tu pula, lagu-lagu semua ‘membunuh’ (bernada tinggi). Saya bukan muda lagi, sudah berusia 58 tahun. Lagu seterusnya pun susah untuk dinyanyikan,” kata Ziana sebelum mendendangkan lagu ‘Kemelut Di Muara Kasih.

Namun selepas mendendangkan lagu ‘Setiaku Di Sini’ secara akustik, Ziana tidak dapat menahan sebak di dada kerana katanya lagu itu sangat dekat di hatinya.

“Sangat sukar berada di situasi sekarang ini, apabila kedua-dua ibu bapa sudah tiada dalam tempoh empat bulan sahaja.

Ziana Zain harus kuat untuk menjayakan konsert tersebut kerana kehilangan kedua ibu bapa masih dirasai lagi.

“Saya kena harungi Konsert Empat dan Konsert Sembilu. Ya Allah, sesungguhnya saya cuba bertahan tapi saya tewas. Allahuakbar,” luahnya dan mengajak penonton sedekahkan bacaan Al-Fatihah kepada kedua arwah ibu bapanya itu.

Jika Ziana atau Siti Roziana sedih kerana kehilangan insan tersayang dan lagu-lagu dendangannya pada malam itu memang galau, Awie pun sempat berkongsi rahsia hatinya dengan penonton.

“Kalau waktu filem ‘Sembilu lagunya di ‘Di Ambang Wati’ tapi pada usia sekarang saya berada di ambang sore. Lagu itu banyak kenangan buat saya. Pasti ada yang tertanya itu lakonan atau betul berlaku?

Persembahan Erra Fazira memukau penonton.

“Begitu juga dengan lagu ‘Ratuku’, liriknya saya yang tulis sebab waktu itu dia memang ratuku tapi sekarang dia telah jadi ratu kepada orang lain. Lagu ‘Ratuku’ memang menghantui kehidupan saya.

“Saya tiga kali kahwin. Erra pun sama jadi kita sama adil, sebab kita bina masjid yang banyak. Sekarang saya ada satu ratu saja.

“Saya tak fahamlah dengan orang Malaysia ni, kalau sedih mesti nak lagu nada tinggi, konon nak luahkan perasaan. Dalam usia 58 tahun ini pun kena nyanyi lagu macam ni. Lagu ini dituju kepada orang yang suka tabur janji,” kata Awie sebelum menyanyikan lagu ‘Di Penjara Janji’ yang turut dinyanyikan oleh penonton dengan penuh jiwa.

Manakala Erra yang jarang menjayakan konsert seperti Awie dan Ziana, pada malam itu berjaya memukau penonton dengan persembahan yang menarik.

Konsert Sembilu bakal diadakan di Singapura pula.

“Ketika usia 19 tahun, saya digandingkan dengan pelakon hebat. Sudah 32 tahun filem ‘Sembilu’, malam ini kami tampil menemui anda semua. Sesungguhnya pada malam ini saya rasa gementar sebab sudah lama tak menyanyi tapi cinta saya tak pernah putus dengan nyanyian.

“Kalau ada yang putus cinta tu, jangan berdika terlalu lama, kita pasrah saja. Tadi Awie cakap apa? Tiga sama? Kalau dulu Awie tak buat Hal tak adalah ‘Yang Indah Hanya Sementara’,” kata Era seolah-olah menyambung skrip yang dilakar oleh Awie itu.

Secara keseluruhan, Konsert Sembilu The Reunion memang menarik kerana lagu-lagu yang didendangkan adalah lagu yang boleh dinyanyikan bersama oleh penonton.

Kalau ada yang belum sempat menonton atau mahu terus berhibur dengan lagu-lagu malar segar dendangan Awie, Ziana dan Erra Fazira, jangan lupa untuk hadir ke konsert yang sama di Singapura pada April ini.

Latest

Selamat Hari Raya Haji

Assalamualaikum semua... Kami di Wafa News. Com mengucapkan Selamat menyambut...

DPDDM jalin kerjasama dengan Standard Chatered

Oleh: Nafsiah Jani Baru-baru ini Dewan Perniagaan Datuk Dato Malaysia...

Filem Kata Hati tampilkan wajah baharu yang serasi

Oleh: Khadijah Ibrahim MULAI 4 Jun ini, filem Kata Hati...

Pendekatan Pelarasan Tulang Tanpa Pembedahan Diperkenalkan oleh MMW Bone Alignment Centre

Oleh : Nafsiah Jani Gaya hidup moden yang melibatkan duduk...
spot_img

Jangan Terlepas!

Ekspo Lanhua Malaysia ke-2, Mampu Perkukuh Kerjasama Perdagangan Shandong–Malaysia

Oleh : Nafsiah Jani Sambutan yang cukup memberangsangkan bagi membeli...

DPDDM jalin kerjasama dengan Standard Chatered

Oleh: Nafsiah Jani Baru-baru ini Dewan Perniagaan Datuk Dato Malaysia...

Filem Nar’sata: Sekutu Setan percubaan berani Metrowealth

Oleh: Khadijah Ibrahim KALAU anda seorang penakut, dilarang menonton filem...

Cantik luaran, dalaman bersama Soora Miguhara Glow & Flow

Oleh: Khadijah Ibrahim SETIAP wanita mahu kelihatan cantik dan sebab...

Suami selamatkan Neng Yatimah daripada kerakusan tentera Jepun!

Oleh SYED WAFA Foto Koleksi Syed Wafa Sumber : Ladybosz (Terima...
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim adalah seorang wartawan hiburan, pernah bertugas di Kumpulan Utusan sebagai wartawan di URTV dan jawatan terakhir adalah sebagai Penolong Pengarang Hiburan di Utusan Malaysia, pernah menjadi wartawan hiburan di Ladybosz.com serta berpengalaman sebagai “Content Writer”di Majalah Suria 7 terbitan theStar.
spot_imgspot_img

Selamat Hari Raya Haji

Assalamualaikum semua... Kami di Wafa News. Com mengucapkan Selamat menyambut Hari Raya Haji! Semoga ibadah korban kita diterima dan kita menjadi insan yang lebih sabar...

DPDDM jalin kerjasama dengan Standard Chatered

Oleh: Nafsiah Jani Baru-baru ini Dewan Perniagaan Datuk Dato Malaysia (DPDDM) telah mengadakan satu pertemuan penuh bermakna dan cukup produktif bersama pihak pengurusan Standard Chartered...

Filem Kata Hati tampilkan wajah baharu yang serasi

Oleh: Khadijah Ibrahim MULAI 4 Jun ini, filem Kata Hati yang bergenre komedi romantik akan menemui penonton di pawagam di seluruh negara. Filem arahan Nadiah Hamzah...