Berbuka puasa di Saloma Kuala Lumpur bersama keindahan malam

Oleh: Khadijah Ibrahim

TAHUN ini merupakan kali kedua Saloma Kuala Lumpur menganjurkan konsep Ramadan kepada para pelanggannya.

Kali ini restoran tersebut memperkenalkan konsep Ramadan 2026 dengan tema “Di Bawah Langit Yang Sama”, sebuah falsafah yang menekankan nilai kebersamaan, kesederhanaan dan kemanusiaan iaitu selari dengan roh sebenar bulan Ramadan.

Pelbagai makanan enak disediakan untuk pelanggan berbuka puasa di Saloma Kuala Lumpur.

Berada di premis Saloma Kuala Lumpur, pelanggan dapat melihat gemerlapan cahaya lampu dari bangunan Berkembar Petronas (KLCC), Menara KL dan bangunan mencakar langit yang lain. Suasana malam di situ memang indah.

Presiden Saloma Kuala Lumpur, Datin Sri Dr. Riza Dato’ Che Umar berkata, tema tersebut bukan sekadar konsep, sebaliknya satu refleksi tentang bagaimana Ramadan menyatukan manusia tanpa mengira latar belakang, budaya dan perbezaan.

“Walau siapa pun kita dan dari latar mana sekalipun, kita semua bernaung di bawah langit yang sama dengan berkongsi waktu berbuka, berkongsi rezeki dan mensyukuri nikmat Ramadan bersama,” jelasnya.

Pelbagai kuih muih disediakan di bufet Ramadan Saloma Kuala Lumpur.

Seiring dengan tema tersebut, Saloma Kuala Lumpur membuka ruang berbuka puasa di kawasan luar restoran, satu pendekatan yang lebih inklusif, santai dan dekat dengan suasana Ramadan sebenar.

Ruang tersebut diwujudkan bagi memberi pengalaman berbuka yang bukan hanya berfokus kepada makanan, tetapi juga ruang untuk berkumpul, berehat dan menghayati ibadah.

Satu pendekatan yang lebih inklusif, santai dan dekat dengan suasana Ramadan sebenar. Ruang ini diwujudkan bagi memberi pengalaman berbuka yang bukan hanya berfokus kepada makanan, tetapi juga ruang untuk berkumpul, berehat dan menghayati ibadah.

Selain berbuka puasa, Saloma Kuala Lumpur juga menyediakan menu ala carte untuk sahur.

Bagi melengkapkan pengalaman tersebut, Saloma Kuala Lumpur turut menyediakan ruang khas solat dan tarawih, agar para tetamu dapat menunaikan ibadah dengan tenang dan khusyuk tanpa perlu meninggalkan suasana berbuka dengan tergesa-gesa.

“Bagi kami, Ramadan bukan sekadar apa yang dihidangkan di atas meja, tetapi memberi ruang kepada hati untuk kembali tenang dan dekat dengan Allah SWT.

“Insya-Allah, kita akan menjemput beberapa imam untuk bersilih ganti mengetuai solat tarawih nanti. Jangan risau selepas solat tarawih pelanggan masih boleh menikmati juadah lagi,” jelas Riza.

Eksekutif Cef Saloma Kuala Lumpur berkata terdapat 100 lebih menu yang dihidangkan sempena bufet Ramadan pada tahun ini.

Tambahnya lagi, konsep Ramadan 2026 di Saloma turut menampilkan kepelbagaian cita rasa sebagai lambang keharmonian masyarakat Malaysia.

Dalam satu ruang berbuka, tetamu dapat menikmati sajian Melayu, Cina, India, Arab dan Jepun, sekali gus mencerminkan keterbukaan, saling menghormati serta kekayaan budaya negara.

“Kami di Saloma percaya bahawa makanan adalah bahasa penyatuan, dan di bawah satu langit, kepelbagaian rasa diraikan bersama sebagai simbol kebersamaan,” katanya.

Sementara itu Eksekutif Cef Saloma menyatakan untuk bufet Ramadan ini ada 148 menu yang disajikan kepada pelanggan.

Antara menu istimewa berbuka puasa di Saloma Kuala Lumpur tahun ini adalah Nasi Kambing Kebuli, Udang Lemak Daun Chekur, Ais “Teller” Pak Belalang, Mi Udang Tergolek dan Bubur Lambuk Rusuk Kiri.

Datin Sri Dr Riza akan pastikan pelanggan rasa selesa untuk berbuka puasa dan solat tarawih di Saloma Kuala Lumpur.

Selain bufet untuk berbuka puasa, pelanggan juga boleh bersahur di Saloma Kuala Lumpur yang bermula ada jam 11 malam hingga 2 pagi berdasarkan menu pesanan (ala carte).

Harga untuk bufet Ramadan bagi dewasa adalah RM168 nett dam RM128 untuk harga ‘early bird’, manakala untuk kanak-kanak harganya adalah RM89 nett.

Jika ingin menikmati sajian menarik bersama ahli keluarga di Saloma Kuala Lumpur, anda digalakkan untuk membuat tempahan di talian 1700 828 576.

Latest

Fiza Thomas ‘tunjuk taring’ sebagai pencipta lagu

Oleh: Khadijah Ibrahim MESKIPUN Fiza Thomas pernah menyertai program realiti...

KESS mahu jadi ‘syurga emas preloved’ kepada masyarakat

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA berada di persekitaran Jalan Wangsa Delima...

Sajian menu Pantai Timur di Rumoh Mekda

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA orang Kelantan, Terengganu dan Pahang yang...

Hashimah Yon digelar seniwati paling seksi!

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima...
spot_img

Jangan Terlepas!

Zaharah Agus seniwati serba boleh !

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima...

Dulu ‘introvert’, kini AG9 Official jadi Pengurus Bakat di KamiSempoi Premier Academy

Oleh: Khadijah Ibrahim SEKARANG ini ramai yang ingin menjadi pempengaruh...

Fiza Thomas ‘tunjuk taring’ sebagai pencipta lagu

Oleh: Khadijah Ibrahim MESKIPUN Fiza Thomas pernah menyertai program realiti...

Precious of Malaysia Citraloka 2026 Sasar 500,000 Pengunjung, Bawa Warisan Lebih Dekat Dengan Rakyat

Oleh: Syed Yusof Wafa/Faizah Yasmin Tan Sri Mustapa KUALA LUMPUR:...
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim adalah seorang wartawan hiburan, pernah bertugas di Kumpulan Utusan sebagai wartawan di URTV dan jawatan terakhir adalah sebagai Penolong Pengarang Hiburan di Utusan Malaysia, pernah menjadi wartawan hiburan di Ladybosz.com serta berpengalaman sebagai “Content Writer”di Majalah Suria 7 terbitan theStar.
spot_imgspot_img

Fiza Thomas ‘tunjuk taring’ sebagai pencipta lagu

Oleh: Khadijah Ibrahim MESKIPUN Fiza Thomas pernah menyertai program realiti Akademi Fantasia musim ke-13 pada 2016, namun buat masa sekarang namanya lebih menonjol sebagai pelakon. Pemenang...

KESS mahu jadi ‘syurga emas preloved’ kepada masyarakat

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA berada di persekitaran Jalan Wangsa Delima 10, Wangsa Maju, Kuala Lumpur, anda pasti akan 'gelap mata' tak tahu nak menuju ke...

Sajian menu Pantai Timur di Rumoh Mekda

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA orang Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menetap di ibu kota, rindu untuk menikmati makanan seperti masakan ibu di kampung, bolehlah singgah...