“Bufet Bajet Ramadan” Restoran Tanjung Puteri Diserbu Artis Terkenal Tanah Air!

Oleh: Syed Wafa
Foto: Ehsan Din Nilam

Sempena Ramadan yang hampir tiba jangan lepaskan peluang nikmati “Bufet Bajet Ramadan” Restoran Tanjung Puteri, pelbagai menu yang enak dengan harga yang sungguh rendah.

Restoran Tanjung Puteri sejak sekian lama menarik kalangan pengunjung untuk menikmati pelbagai hidangan yang sungguh menyelerakan dengan pelbagai menu hidangan tradisional Melayu.

“Bufet Bajet Ramadan” ini bermula dengan harga RM30 untuk dewasa, RM25 “early bird” dan RM20 untuk kanak-kanak. Bufet ini bermula pada 22 Februari akan datang.

Restoran yang terletak di Taman Sri Hartamas, Kuala Lumpur ini diusahakan dan dimiliki oleh cef terkenal tanah air, Cef Zainal Abd. Rahman.

Antara menu masakan sempena Ramadan ini antaranya asam pedas, masak lemak pucuk ubi, kerabu, laksa Johor dan banyak lagi serta pelbagai pilihan kuih muih tradisional.

Restoran ini juga terkenal dengan hidangan “Steamboat,” dengan harga yang sungguh berpatutan iaitu RM30 untuk setiap seorang pengunjung.

Ramai artis terkenal tanah air berkunjung ke sini untuk menjamu selera antaranya Haiza bersama keluarga, Datuk Khadijah Ibrahim, Datuk Jeffrydin bersama isteri, Datuk Siti Fairus bersama suami, Sabree Fadzil, Shaharuddin Thamby, Azura Aziz bersama keluarga dan ramai lagi.

Restoran yang terletak di Taman Sri Hartamas, Kuala Lumpur ini diusahakan dan dimiliki oleh cef terkenal tanah air, Cef Zainal Abd. Rahman.

Restoran yang begitu terkenal di Kuala Lumpur ini membawa tema sajian tradisional Melayu Johor yang pelbagai pilihan beroperasi dari pukul 12.00 tengah hari hingga pukul 10.00 malam.

Antara menu masakan sempena Ramadan ini antaranya asam pedas, masak lemak pucuk ubi, kerabu, laksa Johor dan banyak lagi serta pelbagai pilihan kuih muih tradisional.

Ramai artis terkenal tanah air dan vip yang berkunjung ke sini untuk menjamu selera antaranya Haiza bersama keluarga, Datuk Khadijah Ibrahim, Datuk Jeffrydin bersama isteri, Datuk Siti Fairus bersama suami, Sabree Fadzil, Shaharuddin Thamby, Azura Aziz bersama keluarga,
Khaty Azian, Sandakiah Azez, Normah Damanhuri bersama keluarga, Datuk Amir dan isteri, Datin Faridah, Musly Ramlee, Rozita Rohaizad dan ramai lagi.

Persekitaran dalaman Restoran Tanjung banyak memperagakan artifak tahun 50an dengan diserikan lagu-lau malar segar bagi mencetuskan deria nostalgik.

“Selain bufet, pihak kami juga sediakan pelbagai menu ala carte masakan panas,” jelas Cef Zainal.

Malam tersebut juga dirainkan hari jadi artis seba boleh iaitu Haiza.

“Saya amat bangga ramai rakan artis yang memberi sokongan kepada saya, malam ini ramai rakan artis yang datang menjamu selera dengan memperkenalkan hidangan Ramadan akan datang ” kata Cef Zainal gembira.

Restoran ini turut menyediakan pelbagai kemudahan tambahan termasuk surau bagi memudahkan pengunjung mengerjakan solat.

Musly Ramlee dan rakan artis turut hiburkan tetamu malam tersebut.

Bagi mereka yang ingin berbuka puasa di sini, boleh buat tempahan awal di talian 017-2848595. Atau Scan QR di poster untuk tempahan.

Latest

Konsert Rindu Sumayyah, rai tiga dekad Hijjaz

Oleh: Khadijah Ibrahim PADA 16 dan 17 Oktober ini akan...

‘Live Concert: Elegant Selamanya’, himpun wanita jelita berkarisma

Oleh: Khadijah Ibrahim INILAH masanya untuk rakyat tempatan menyokong produk...

One Legendary Night, rai 35 tahun Hard Rock Cafe KL

Oleh: Khadijah Ibrahim SEMPENA sambutan ulang tahun Hard Rock Cafe...

AKAR//NEXT 2026 ajak pengunjung terokai pelbagai sisi budaya, kreativiti dalam satu ruang

Oleh: Khadijah Ibrahim PASAR Seni atau Central Market merupakan salah...
spot_img

Jangan Terlepas!

Faizal Tahir salurkan semangat patriotik menerusi muzik

Oleh: Khadijah Ibrahim SUDAH 20 tahun Faizal Tahir terbabit dalam...
Syed Yusof Wafa
Syed Yusof Wafa
SYED Yusof Wafa pernah menulis dan melukis di Utusan Malaysia (sisipan Remaja), URTV, Mangga, Hai, URS, Hit, Variapop serta pernah menjadi Editor Majalah Oh-Gee dan editor portal terkenal Ladybosz.com
spot_imgspot_img

Konsert Rindu Sumayyah, rai tiga dekad Hijjaz

Oleh: Khadijah Ibrahim PADA 16 dan 17 Oktober ini akan berlangsung 'Konsert Hijjaz 3 Dekad: Rindu Sumayyah' di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Konsert anjuran Inteam Records...

‘Live Concert: Elegant Selamanya’, himpun wanita jelita berkarisma

Oleh: Khadijah Ibrahim INILAH masanya untuk rakyat tempatan menyokong produk kosmetik tempatan berbanding jenama luar. Sebagai tanda sokongan kepada jenama Elegant Cosmetics, marilah kita ramai-ramai menghadirkan...

One Legendary Night, rai 35 tahun Hard Rock Cafe KL

Oleh: Khadijah Ibrahim SEMPENA sambutan ulang tahun Hard Rock Cafe Kuala Lumpur yang ke-35 tahun, pusat hiburan tersebut akan meraikan detik bersejarah tersebut dengan menganjurkan...