“Raya Pum Pang Lagi” bersama Fazura dan Fatima

Oleh: Khadijah Ibrahim

TAHUN lalu lagu “Raya Pum Pang” dinyanyikan oleh Fazura bersama Syasya Rizal, namun tahun ini Fazura bertukar pasangan untuk menyanyi lagu tersebut dalam versi baharu yang berjudul “Raya Pum Pang Lagi”.

Pasangan Fazura untuk lagu “Raya Pum Pang Lagi” ialah anak kesayangannya sendiri iaitu Fatima dan sekali gus menjadikan lagu ini lebih peribadi bagi menceriakan suasana perayaan.

Kolaborasi ibu dan anak ini bukan sekadar menghidupkan semula lagu raya yang digemari ramai, malah menghadirkan dimensi emosi dan memori baharu yang menjadikan versi kali ini lebih manis, hangat, dan dekat dengan makna sebenar Syawal.

Lagu ini bukan saja merakam keindahan berhari raya tapi juga menonjolkan kasih sayang antara ibu dan anak.

Lebih daripada sekadar versi baharu, “Raya Pum Pang Lagi” lahir daripada momen-momen kecil di rumah yang akhirnya bertukar menjadi sebuah kenangan besar buat Fazura sebagai seorang ibu.

Apa yang bermula sebagai nyanyian spontan seorang anak kecil kini menjadi sebuah rakaman rasmi yang bakal mengisi suasana Aidilfitri di hati para pendengar.

“Sejujurnya, idea ni datang secara sangat natural. Tahun lepas bila “Raya Pum Pang” keluar, Fatima memang selalu ikut menyanyi sekali dekat rumah. Dia hafal lirik, siap buat gaya sendiri.

“Dari situ saya rasa, kenapa tak jadikan memori kecil tu sesuatu yang lebih bermakna? Lagu “Raya Pum Pang Lagi” ni bukan sekadar versi baharu, tapi versi yang ada kenangan kami berdua sebagai ibu dan anak,” kongsi Fazura.

Kejujuran cerita di sebalik pembuatan lagu ini menjadi nadi utama yang membezakan “Raya Pum Pang Lagi” daripada lagu-lagu perayaan lain.

Ia bukan sahaja meraikan kemeriahan raya, tetapi juga merakam detik kasih sayang, kebersamaan dan memori keluarga yang sering kali tercipta tanpa dirancang.

Bukan sekadar merakam lagu bersama, Fazura dan Fatima juga pernah sertai pertunjukan fesyen berdua.

Fazura menegaskan bahawa lagu ini lahir daripada rasa hati, bukan perancangan komersial kerana sebelum ini beliau dan Fatima tampil bersama di pentas Jakel Fashion Show 2026, memperlihatkan hubungan rapat ibu dan anak di hadapan khalayak ramai.

“Momen tu memang sangat manis, sebab kami dapat tampil bersama sebagai ibu dan anak di pentas yang besar. Tapi lagu ni sebenarnya lahir daripada rasa peribadi saya tentang raya dan keluarga.

“Kalau ada jenama yang turut sama meraikan nilai kekeluargaan dan tradisi macam Jakel, itu satu bonus yang sangat indah. Tapi inti lagu ni tetap tentang kasih sayang, memori, dan suasana raya dalam keluarga kami,” katanya.

Antara momen paling bermakna sepanjang proses pembuatan lagu ini pastinya berlaku di studio rakaman.

Buat pertama kalinya, Fatima berdiri di hadapan mikrofon bukan sekadar untuk bermain-main, tetapi sebagai sebahagian daripada sebuah karya rasmi. Bagi Fazura, detik itu sukar digambarkan dengan kata-kata.

Lagu ini ada kenangan bagi Fazura sebagai ibu bersama anak, Fatima.

Masa sesi rakaman tu memang sangat comel. Fatima nyanyi dengan penuh yakin dan bangga, macam dia betul-betul tahu dia sebahagian daripada lagu ni.

“Sebagai ibu, tengok dia berdiri depan mikrofon dengan semangat macam tu memang buat saya rasa sangat tersentuh dan emosional.

“Bagi saya, momen tu lebih daripada sekadar rakaman lagu, ia satu kenangan indah antara saya dan anak yang akan saya simpan sampai bila-bila,” ujarnya.

Melalui “Raya Pum Pang Lagi,” Fazura berharap lagu ini mampu menjadi latar kepada memori-memori baharu yang tercipta di setiap rumah sepanjang Aidilfitri.

Lagu ini membawa mesej bahawa makna raya sebenar bukan terletak pada kesempurnaan luaran, tetapi pada insan-insan yang berkongsi detik tersebut bersama kita.

“Saya harap bila orang dengar lagu ni, mereka teringat rumah, gelak tawa anak-anak dan momen kecil yang mungkin selalu kita terlepas pandang.

Kolaborasi antara Fazura dan Fatima untuk lagu “Raya Pum Pang Lagi” berlaku secara natural.

“Raya bukan tentang baju cantik atau gambar sempurna semata-mata, tapi tentang siapa yang ada di sebelah kita masa tu,” kata Fazura.

Dengan gabungan melodi ceria, lirik yang dekat di hati, dan kisah sebenar di sebalik pembuatannya, “Raya Pum Pang Lagi” bukan sahaja berpotensi menjadi lagu wajib sepanjang musim perayaan, malah sebuah karya yang akan diingati sebagai simbol kasih sayang antara ibu dan anak.

Lagu ini mengajak pendengar untuk berhenti seketika, menghargai momen kecil, dan meraikan erti sebenar kebersamaan di pagi Syawal.

“Raya Pum Pang Lagi” boleh didengarkan di semua platform penstriman digital mulai 20 Februari 2026.

Latest

SHOWCASE “UNTUKMU” HASNOL: KETIKA MELODI BERTEMU MEMORI, SATU MALAM YANG AKAN MERESAP DI JIWA

Oleh: Syed Yusof Wafa Bagi generasi yang membesar dengan irama...

PENGASIH Malaysia Cemerlang Di NATCOM 2026, Raih Dua Pingat Emas Melalui Inovasi Pemulihan Ketagihan

Oleh: Syed Yusof Wafa Foto: Ehsan PENGASIH Malaysia Dua inovasi, dua...

Konsert Rindu Sumayyah, rai tiga dekad Hijjaz

Oleh: Khadijah Ibrahim PADA 16 dan 17 Oktober ini akan...

‘Live Concert: Elegant Selamanya’, himpun wanita jelita berkarisma

Oleh: Khadijah Ibrahim INILAH masanya untuk rakyat tempatan menyokong produk...
spot_img

Jangan Terlepas!

SHOWCASE “UNTUKMU” HASNOL: KETIKA MELODI BERTEMU MEMORI, SATU MALAM YANG AKAN MERESAP DI JIWA

Oleh: Syed Yusof Wafa Bagi generasi yang membesar dengan irama...

PENGASIH Malaysia Cemerlang Di NATCOM 2026, Raih Dua Pingat Emas Melalui Inovasi Pemulihan Ketagihan

Oleh: Syed Yusof Wafa Foto: Ehsan PENGASIH Malaysia Dua inovasi, dua...

Konsert Rindu Sumayyah, rai tiga dekad Hijjaz

Oleh: Khadijah Ibrahim PADA 16 dan 17 Oktober ini akan...

‘Live Concert: Elegant Selamanya’, himpun wanita jelita berkarisma

Oleh: Khadijah Ibrahim INILAH masanya untuk rakyat tempatan menyokong produk...
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim adalah seorang wartawan hiburan, pernah bertugas di Kumpulan Utusan sebagai wartawan di URTV dan jawatan terakhir adalah sebagai Penolong Pengarang Hiburan di Utusan Malaysia, pernah menjadi wartawan hiburan di Ladybosz.com serta berpengalaman sebagai “Content Writer”di Majalah Suria 7 terbitan theStar.
spot_imgspot_img

SHOWCASE “UNTUKMU” HASNOL: KETIKA MELODI BERTEMU MEMORI, SATU MALAM YANG AKAN MERESAP DI JIWA

Oleh: Syed Yusof Wafa Bagi generasi yang membesar dengan irama slow rock dan balada jiwang yang menusuk kalbu, nama Hasnol bukanlah nama asing. Suaranya pernah...

PENGASIH Malaysia Cemerlang Di NATCOM 2026, Raih Dua Pingat Emas Melalui Inovasi Pemulihan Ketagihan

Oleh: Syed Yusof Wafa Foto: Ehsan PENGASIH Malaysia Dua inovasi, dua pingat emas dan satu misi besar: memperkukuh usaha pemulihan ketagihan melalui pendekatan yang lebih tersusun,...

Konsert Rindu Sumayyah, rai tiga dekad Hijjaz

Oleh: Khadijah Ibrahim PADA 16 dan 17 Oktober ini akan berlangsung 'Konsert Hijjaz 3 Dekad: Rindu Sumayyah' di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Konsert anjuran Inteam Records...