Black Hanifah lahirkan rasa kerinduan, kesyukuran menerusi “Hadirmu Ramadhan”

Oleh: Khadijah Ibrahim

PADA tahun lalu Black Hanifah tampil dengan lagu raya “Syawal Rindu” duet bersama Adira Suhaimi dan lagu “Havoc Raya”, gandingan bersama beberapa penyanyi lelaki. Tahun ini Black atau nama lengkapnya, Hanifah Muhammad Hanafiah, 39, memilih until menyanyi secara solo.

Malah lagu dendangan Black yang berjudul “Hadirmu Ramadhan” adalah ciptaannya dan lirik ditulis oleh beliau dengan nama pena Nyawablack bersama Hazama atau Kadok.

Lagu “Hadirmu Ramadhan” merupakan sebuah karya yang lahir daripada rasa kerinduan dan kesyukuran terhadap kehadiran bulan Ramadan. Ia menggambarkan bagaimana Ramadan hadir sebagai satu ruang untuk manusia kembali mencari ketenangan jiwa, keinsafan diri serta membina hubungan yang lebih dekat dengan Yang Maha Esa.

“Lagu ini bersifat reflektif, lembut dan penuh pengharapan, sesuai untuk didengari sebagai satu peringatan halus tentang makna sebenar Ramadan, bukan sekadar sebagai bulan perayaan tetapi bulan muhasabah dan penyucian jiwa.

“Hadirmu Ramadhan” merupakan karya ciptaan Black sendiri.

“Inspirasi utama “Hadirmu Ramadhan” tercetus daripada suasana Ramadan itu sendiri, kenangan malam-malam sunyi, doa yang dipenuhi kesyahduan serta rasa rindu yang hadir setiap kali bulan mulia ini menjelma.

“Lagu ini juga terinspirasi daripada pengalaman peribadi saya melihat bagaimana Ramadan mampu melembutkan hati manusia, walaupun hanya seketika, namun tetap meninggalkan kesan yang mendalam dan penuh makna,” katanya.

Tambahnya lagi, proses penulisan lagu tersebut bermula dengan melodi yang menenangkan sebelum lirik dibentuk secara berperingkat.

“Setiap bait lirik disusun dengan teliti agar mesej yang ingin disampaikan dapat dirasai dengan jujur dan tidak berlebihan. Lirik lagu ini digambarkan sebagai dialog seorang insan dengan Tuhannya yang lahir daripada suara hati yang penuh keinsafan dan kejujuran.

Black bergandingan dengan Hazama dalam penulisan lirik untuk lagu raya ini.

“Dari segi tempoh penghasilan, lagu ini mengambil masa beberapa minggu untuk disiapkan sepenuhnya, merangkumi penulisan lirik, susunan muzik dan rakaman. Namun begitu, idea asal lagu ini sebenarnya telah tercetus sejak setahun lalu sebelum direalisasikan tahun ini.

“Kolaborasi antara saya dengan Hazama dalam penulisan lirik lagu ini sebenarnya tercetus secara tidak dirancang. Ketika saya memperdengarkan demo lagu ini kepada Hazama, perbincangan santai mengenai lirik telah membuka ruang untuk penambahbaikan agar ia lebih selari dengan emosi dan melodi lagu,” jelasnya.

Kata Black, cabaran utama dalam penghasilan lagu ini adalah memastikan ia kekal ikhlas dan tidak klise, memandangkan lagu bertemakan Ramadan sering terdedah kepada pengulangan tema.

“Cabaran lain adalah menyampaikan mesej yang dekat dengan pendengar tanpa terasa terlalu berat atau terlalu ringan.

Lagu “Hadirmu Ramadhan” dekat dengan jiwa Black Hanifah.

“Dari segi tempoh penghasilan, lagu ini mengambil masa beberapa minggu untuk disiapkan sepenuhnya, merangkumi penulisan lirik, susunan muzik dan rakaman. Namun begitu, idea asal lagu ini sebenarnya telah tercetus sejak setahun lalu sebelum akhirnya direalisasikan tahun ini,” jelas Black.

Keistimewaan “Hadirmu Ramadhan” terletak pada pendekatannya yang bersifat peribadi dan introspektif. Lagu ini tidak sarat dengan elemen perayaan, sebaliknya lebih menumpukan kepada rasa rindu, muhasabah diri serta pencarian makna Ramadan dalam diri setiap insan.

“Hadirmu Ramadhan” secara tak langsung membawa mesej tentang peluang kedua. Ramadan digambarkan sebagai tetamu yang hadir membawa cahaya, mengajak manusia untuk memperbaiki diri, memaafkan, dan kembali kepada fitrah. Kehadiran Ramadan juga diingatkan sebagai satu rahmat yang tidak seharusnya disia-siakan.

Lagu “Hadirmu Ramadhan” boleh distrim di semua platform penstriman muzik digital mulai 24 Februari ini. Manakala video muzik rasmi lagu tersebut boleh mula ditonton di saluran YouTube ‘Nova Music Videos’.

Latest

Fiza Thomas ‘tunjuk taring’ sebagai pencipta lagu

Oleh: Khadijah Ibrahim MESKIPUN Fiza Thomas pernah menyertai program realiti...

KESS mahu jadi ‘syurga emas preloved’ kepada masyarakat

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA berada di persekitaran Jalan Wangsa Delima...

Sajian menu Pantai Timur di Rumoh Mekda

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA orang Kelantan, Terengganu dan Pahang yang...

Hashimah Yon digelar seniwati paling seksi!

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima...
spot_img

Jangan Terlepas!

KESS mahu jadi ‘syurga emas preloved’ kepada masyarakat

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA berada di persekitaran Jalan Wangsa Delima...

Dulu tak percaya, kini Issey Miyake guna TikTok untuk cari rezeki

Oleh: Khadijah Ibrahim SEKARANG ini antara platform media sosial yang...

Hashimah Yon digelar seniwati paling seksi!

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima...

Zaharah Agus seniwati serba boleh !

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima...

Dulu ‘introvert’, kini AG9 Official jadi Pengurus Bakat di KamiSempoi Premier Academy

Oleh: Khadijah Ibrahim SEKARANG ini ramai yang ingin menjadi pempengaruh...
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim adalah seorang wartawan hiburan, pernah bertugas di Kumpulan Utusan sebagai wartawan di URTV dan jawatan terakhir adalah sebagai Penolong Pengarang Hiburan di Utusan Malaysia, pernah menjadi wartawan hiburan di Ladybosz.com serta berpengalaman sebagai “Content Writer”di Majalah Suria 7 terbitan theStar.
spot_imgspot_img

Fiza Thomas ‘tunjuk taring’ sebagai pencipta lagu

Oleh: Khadijah Ibrahim MESKIPUN Fiza Thomas pernah menyertai program realiti Akademi Fantasia musim ke-13 pada 2016, namun buat masa sekarang namanya lebih menonjol sebagai pelakon. Pemenang...

KESS mahu jadi ‘syurga emas preloved’ kepada masyarakat

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA berada di persekitaran Jalan Wangsa Delima 10, Wangsa Maju, Kuala Lumpur, anda pasti akan 'gelap mata' tak tahu nak menuju ke...

Sajian menu Pantai Timur di Rumoh Mekda

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA orang Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menetap di ibu kota, rindu untuk menikmati makanan seperti masakan ibu di kampung, bolehlah singgah...