Demi ‘Cintaku Tertinggal di Malaysia’, Dewa 19 bawa tiga vokalis serta Padi Reborn

Oleh: Khadijah Ibrahim

Pada 29 September 2023, berlangsungnya Dewa 19: A Night At The Orchestra – Chapter 5, di Axiata Arena Bukit Jalil dan kini kumpulan tersebut bakal beraksi di lokasi yang sama bagi menjayakan konsert Dewa 19 – Cintaku Tertinggal di Malaysia pada 6 Jun 2026 ini.

Band fenomena Indonesia yang diasaskan oleh Ahmad Dhani (keyboard) itu akan hadir memeriahkan Dewa 19- Cintaku Tertinggal di Malaysia bersama rakan seperjuangan termasuk Andra Ramadhan (gitar), Yuke Sampurna (bes) dan Agung Yudha (dram).

Untuk konsert anjuran Icon Entertainment itu, Dewa 19 akan menampilkan tiga vokalis utama iaitu Ari Lasso, Virzha dan Marcello Tahitoe atau Ello bersama Tyo Nugros.

Iman Tang (tiga dari kanan) selaku penganjur bertanggungjawab menggabungkan Dewa 19 dan Padi Reborn untuk peminat di Malaysia.

Pengasas Icon Entertainment, Iman Tang berkata, selepas kali terakhir melakukan konsert di Kuala Lumpur pada 2023, Dewa 19 selalu ingin kembali bertemu peminat di Malaysia.

“Malaysia, menurut Dewa 19 punya tempat yang istimewa di hati mereka. Ada cinta yang selalu tertinggal di sini sejak mereka pertama kali dapat menembus pasaran dan memiliki Baladewa sendiri di Malaysia.

“Jadi selepas perbincangan dan mencapai kata sepakat, kami menamakan konsert yang bakal berlangsung pada 6 Jun 2026 di Axiata Arena Bukit Jalil, Kuala Lumpur dengan nama Dewa 19 – Cintaku Tertinggal di Malaysia,” ujar Iman Tang.

Lebih mengujakan, Icon Entertainment tidak mahu peminat ‘Larut’ bersama Dewa 19 sahaja tetapi buat julung kali menghadirkan Padi Reborn
sebagai band jemputan istimewa Dewa 19.

Ahmad Dhani merupakan anggota Dewa 19 yang ditubuhkan sejak 1986 di Surabaya, Indonesia.

“Pertama kali di Malaysia, lewat Dewa 19 – Cintaku Tertinggal di Malaysia, kami di Icon Entertainment berjaya menyatukan dua band gergasi Indonesia di atas satu panggung.

“Dengan bangga kami umumkan Dewa 19 akan ditemani penampilan khas dari sahabat seperjuangan mereka, band Padi Reborn.

“Dewa 19 – Cintaku Tertinggal di Malaysia bakal menjadi lokasi pertemuan Baladewa (peminat Dewa 19) dan Sobat Padi (peminat Padi Reborn) yang menjadi sangat signifikan bahawa dua band berbeza boleh menebarkan satu perasaan, satu rasa dan cinta yang sama,” ujar Iman Tang.

Menurut Iman Tang lagi, konsep yang dibawa dalam Dewa 19 – Cintaku Tertinggal di Malaysia dengan Padi Reborn yang cukup terkenal dengan hit seperti Kasih Tak Sampai, Begitu Indah dan Menanti Sebuah Jawaban tidak akan bersifat extravaganza tetapi sesuai tema.

Gabungan Dewa 19 dan Padi Reborn pasti dinanti oleh peminat mereka yang digelar Baladewa dan Sobat Padi.

“Saya fikir konsep Dewa 19 – Cintaku Tertinggal di Malaysia jelas iaitu akan dipenuhi dengan cinta yang dihadirkan lewat untaian hit Dewa 19 dan Padi Reborn.

“Dewa 19 dan Padi Reborn sudah cukup mempunyai karisma dan pesona untuk menarik Baladewa serta Sobat Padi untuk hadir, menikmati cinta yang akan disampaikan dengan ‘Begitu Indah’ dalam Dewa 19 – Cintaku Tertinggal di Malaysia,” katanya lagi.

Menariknya juga untuk kali ini, tema pakaian amat mudah dan menunjukkan sisi sejati peminat dalam meminati serta mengidolakan kedua-dua band terkenal ini.

T-shirt Band Original, itulah temanya dan kalau memang Baladewa dan Baladewa sejati, pasti para peminat sudah punya koleksi T-shirt rasmi Dewa 19 mahupun Padi Reborn. Untuk tema baju kali ini, ia simple tetapi ‘Pure’: T-Shirt Band Original!

Harga tiket untuk menonton konsert ini adalah RM236 (Atas Nama Cinta), RM288 (BalaSobat), RM388 (Pangeran Cinta), RM428 (Laskar Cinta), dan RM488 (Sedang Ingin Bercinta) mulai dijual pada 27 Februari 2026, pada jam 11 pagi di https://www.ticket2u.com.my/Dewa19

Latest

Fiza Thomas ‘tunjuk taring’ sebagai pencipta lagu

Oleh: Khadijah Ibrahim MESKIPUN Fiza Thomas pernah menyertai program realiti...

KESS mahu jadi ‘syurga emas preloved’ kepada masyarakat

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA berada di persekitaran Jalan Wangsa Delima...

Sajian menu Pantai Timur di Rumoh Mekda

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA orang Kelantan, Terengganu dan Pahang yang...

Hashimah Yon digelar seniwati paling seksi!

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima...
spot_img

Jangan Terlepas!

SCAM MAKIN GANAS: Fahmi Arah Telco Beri Penjelasan Isu Ratusan Nombor Telefon Atas Satu Nama

Oleh: Syed Yusof Wafa Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil...

Wow… Wani Kayrie bakal ‘disunting’ FM Group Kerana Cak Cak Cekuk

Oleh: Syed Yusof Wafa Kerana sebuah lagu yang memartabatkan irama...

Dulu ‘introvert’, kini AG9 Official jadi Pengurus Bakat di KamiSempoi Premier Academy

Oleh: Khadijah Ibrahim SEKARANG ini ramai yang ingin menjadi pempengaruh...

Zaharah Agus seniwati serba boleh !

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima...
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim adalah seorang wartawan hiburan, pernah bertugas di Kumpulan Utusan sebagai wartawan di URTV dan jawatan terakhir adalah sebagai Penolong Pengarang Hiburan di Utusan Malaysia, pernah menjadi wartawan hiburan di Ladybosz.com serta berpengalaman sebagai “Content Writer”di Majalah Suria 7 terbitan theStar.
spot_imgspot_img

Fiza Thomas ‘tunjuk taring’ sebagai pencipta lagu

Oleh: Khadijah Ibrahim MESKIPUN Fiza Thomas pernah menyertai program realiti Akademi Fantasia musim ke-13 pada 2016, namun buat masa sekarang namanya lebih menonjol sebagai pelakon. Pemenang...

KESS mahu jadi ‘syurga emas preloved’ kepada masyarakat

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA berada di persekitaran Jalan Wangsa Delima 10, Wangsa Maju, Kuala Lumpur, anda pasti akan 'gelap mata' tak tahu nak menuju ke...

Sajian menu Pantai Timur di Rumoh Mekda

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA orang Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menetap di ibu kota, rindu untuk menikmati makanan seperti masakan ibu di kampung, bolehlah singgah...