Farahdhiya kembali meriahkan Syawal dengan lagu “Eh Ah! Raya”

Oleh: Khadijah Ibrahim

HAMPIR enam tahun tidak ada single baharu selepas “Tegas” yang dikeluarkan pada 2020, kini penyanyi Farahdhiya muncul dengan sebuah lagu raya.

Penyanyi dan pelakon yang nama penuhnya, Nur Farahdhiya Mohd Amin, 42, kembali menyemarakkan sambutan Syawal tahun ini dengan pelancaran single raya berjudul “Eh Ah! Raya”, sebuah lagu ceria dan rancak yang menjanjikan kemeriahan suasana lebaran bersama keluarga dan insan tersayang.

Lagu “Eh Ah! Raya” adalah hasil kolaborasi kreatif antara Farahdhiya dan komposer prolifik, Pown Hasril yang menampilkan gabungan elemen tradisional dan moden, malah lagu tersebut hadir dengan susunan muzik segar yang mengangkat bunyi-bunyian klasik seperti rebana disulami dengan sentuhan pop kontemporari yang dekat dengan cita rasa pendengar masa kini.

Lirik ditulis oleh Farahdhiya kerana mencerminkan personalitinya yang ceria, sedikit ‘playful’ dan penuh semangat kekeluargaan.

“Eh Ah! Raya” digubah oleh Farahdhiya bersama Pown Hasril manakala liriknya ditulis sepenuhnya oleh Farahdhiya sendiri. Lagu ini diterbit dan disusun oleh Pown Hasril dengan sentuhan istimewa rebana oleh Ajay Amai dan petikan gitar oleh Pown Hasril.

Manakala, vokal latar disumbangkan oleh Glowrush dan Ajay Amai, sementara kemeriahan suasana raya turut diserikan dengan suara kanak-kanak daripada Nawal Zayani dan Nawal Ariana. Proses adunan dan mastering pula disempurnakan oleh Jack Jafni bagi memastikan kualiti audio terbaik buat para pendengar.

Menurut Farahdhiya, “Eh Ah! Raya” lahir daripada rasa rindu terhadap kemeriahan Aidilfitri yang penuh warna-warni dan gelak tawa.

Video muzik “Eh Ah! Raya” boleh ditonton di saluran YouTube ‘Seventeen Eleven Music’.

“Saya sudah lama menyimpan hasrat untuk menghasilkan lagu raya sendiri yang benar-benar mencerminkan personaliti saya iaitu ceria, sedikit ‘playful’ dan penuh semangat kekeluargaan.

“Lagu ini adalah gambaran suasana ketika semua orang sibuk membuat persiapan, anak-anak berlari riang dan keluarga berkumpul tanpa mengira usia,” jelas Farahdhiya.

Tambahnya lagi, beliau mahu lagu ini menjadi runut bunyi wajib setiap kali menjelang Syawal.

“Saya harap bila orang dengar “Eh Ah! Raya”, mereka terus rasa nak balik kampung, terbayang juadah atas meja dan rasa teruja untuk menyambut raya bersama insan tersayang.

“Raya bukan sekadar tentang pakaian atau kuih-muih, tetapi tentang kebersamaan dan kemaafan. Itu yang saya cuba sampaikan melalui lagu ini,” katanya.

Elly Mazlein antara rakan artis yang turut memeriahkan video muzik Farahdhiya.

Dengan tempo yang rancak serta korus yang mudah diingati, “Eh Ah! Raya” diyakini mampu menjadi antara lagu raya pilihan tahun ini, bukan sahaja untuk diputarkan di radio dan platform digital, malah sesuai mengiringi pelbagai kempen, acara dan kandungan media sosial sepanjang musim perayaan.

Single “Eh Ah! Raya” edaran Seventeen Eleven Muzik boleh distrim di semua platform penstriman muzik digital utama bermula 25 Februari 2026.

Muzik video rasmi lagu tersebut yang menampilkan konsep penuh warna dan elemen tradisi raya juga kini boleh ditonton di saluran YouTube ‘Seventeen Eleven Music’ di pautan ini https://youtu.be/jQ1oFrFbL34?si=Ml7mAATL0RAvgyFu bagi melengkapkan lagi pengalaman visual dan audio buat peminat.

Dengan pelancaran single ini, Farahdhiya sekali lagi membuktikan keupayaannya untuk terus relevan dan kreatif dalam industri muzik tempatan sambil menghadiahkan karya yang mampu menyatukan generasi dalam satu irama, “Eh Ah! Raya”.

Latest

Fiza Thomas ‘tunjuk taring’ sebagai pencipta lagu

Oleh: Khadijah Ibrahim MESKIPUN Fiza Thomas pernah menyertai program realiti...

KESS mahu jadi ‘syurga emas preloved’ kepada masyarakat

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA berada di persekitaran Jalan Wangsa Delima...

Sajian menu Pantai Timur di Rumoh Mekda

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA orang Kelantan, Terengganu dan Pahang yang...

Hashimah Yon digelar seniwati paling seksi!

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima...
spot_img

Jangan Terlepas!

Hashimah Yon digelar seniwati paling seksi!

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima...

Dulu tak percaya, kini Issey Miyake guna TikTok untuk cari rezeki

Oleh: Khadijah Ibrahim SEKARANG ini antara platform media sosial yang...

Peluang jadi penyanyi rakaman dan menang motor di Community Members – Pahang Auto Show 2K26

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA anda ada impian nak menjadi penyanyi,...

Zaharah Agus seniwati serba boleh !

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima...

Sajian menu Pantai Timur di Rumoh Mekda

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA orang Kelantan, Terengganu dan Pahang yang...
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim adalah seorang wartawan hiburan, pernah bertugas di Kumpulan Utusan sebagai wartawan di URTV dan jawatan terakhir adalah sebagai Penolong Pengarang Hiburan di Utusan Malaysia, pernah menjadi wartawan hiburan di Ladybosz.com serta berpengalaman sebagai “Content Writer”di Majalah Suria 7 terbitan theStar.
spot_imgspot_img

Fiza Thomas ‘tunjuk taring’ sebagai pencipta lagu

Oleh: Khadijah Ibrahim MESKIPUN Fiza Thomas pernah menyertai program realiti Akademi Fantasia musim ke-13 pada 2016, namun buat masa sekarang namanya lebih menonjol sebagai pelakon. Pemenang...

KESS mahu jadi ‘syurga emas preloved’ kepada masyarakat

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA berada di persekitaran Jalan Wangsa Delima 10, Wangsa Maju, Kuala Lumpur, anda pasti akan 'gelap mata' tak tahu nak menuju ke...

Sajian menu Pantai Timur di Rumoh Mekda

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA orang Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menetap di ibu kota, rindu untuk menikmati makanan seperti masakan ibu di kampung, bolehlah singgah...