Lagu “Berhari Raya“ Second Plan ada sentuhan nostalgia 60-an

Oleh Khadijah Ibrahim

BERMULA dengan nama Toys sewaktu awal penubuhan pada 2002. Pada 2010 kumpulan tersebut bertukar kepada nama Sofaz, kemudian pada 2010 bertukar jadi Sofazr pula.

Terkini, kumpulan ini bertukar nama lagi kepada Secondplan (atau Sofazr Secondplan) berikutan perubahan ahli dan hala tuju

Selepas melalui fasa penjenamaan semula, kumpulan Second Plan kembali memeriahkan industri muzik tanah air dengan pelancaran lagu raya terbaharu mereka berjudul “Berhari Raya“.

Pemain gitar Second Plan, Zimi Zahari, menjelaskan keputusan untuk melakukan penjenamaan semula (rebranding) dibuat memandangkan kumpulan tersebut hanya dianggotai oleh empat orang ahli termasuk, Amir (vokalis), One (dram) dan Fairouz (bes).

Penjenamaan kumpulan dibuat kerana ahlinya hanya tinggal empat orang.

Katanya, walaupun “Berhari Raya“ merupakan lagu pertama di bawah identiti Second Plan, ia secara keseluruhannya merupakan lagu tema Syawal ketiga hasil karya mereka selepas “Inilah Harinya“ dan “Ingatan di Hari Raya“.

Berkongsi mengenai konsep yang ditampilkan dalam “Berhari Raya” dan proses rakamannya, Zimi berkata, mereka menyuntik elemen 60-an dan prosesnya berjalan dengan sangat singkat.

“Lagu ini mengekalkan semangat Syawal yang ceria dan gembira dengan suntikan konsep light rock era 60-an bagi memberikan sentuhan nostalgia kepada pendengar.

“Menariknya, keseluruhan proses rakaman dan pembikinan lagu ini disiapkan dalam tempoh yang sangat singkat, iaitu sekitar dua hingga tiga hari sahaja.

Untuk lagu raya ini Second Plan menampilkan nostalgia irama 60-an.

“Kami menghasilkan lagu ini atas permintaan peminat, jadi kami hadiahkan “Berhari Raya“ buat mereka,” ujar Zimi.

Tambahnya lagi, lagu tersebut dihasilkan khusus sebagai tanda penghargaan buat para peminat yang sentiasa menyokong perjalanan seni mereka.

Zimi turut memberi bayangan bahawa Second Plan akan terus aktif dan bakal melancarkan single terbaharu sejurus tamat musim perayaan nanti.

Lagu “Berhari Raya” terbitan Nova Music Malaysia boleh distrim di semua platform penstriman muzik digital mulai 27 Februari 2026. Sementara itu, muzik video rasmi lagu tersebut boleh ditonton di saluran YouTube ‘Nova Music Videos’.

Latest

Fiza Thomas ‘tunjuk taring’ sebagai pencipta lagu

Oleh: Khadijah Ibrahim MESKIPUN Fiza Thomas pernah menyertai program realiti...

KESS mahu jadi ‘syurga emas preloved’ kepada masyarakat

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA berada di persekitaran Jalan Wangsa Delima...

Sajian menu Pantai Timur di Rumoh Mekda

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA orang Kelantan, Terengganu dan Pahang yang...

Hashimah Yon digelar seniwati paling seksi!

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima...
spot_img

Jangan Terlepas!

Zaharah Agus seniwati serba boleh !

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima...

Dulu tak percaya, kini Issey Miyake guna TikTok untuk cari rezeki

Oleh: Khadijah Ibrahim SEKARANG ini antara platform media sosial yang...

Aneka Walk tampilkan pelbagai acara menarik untuk pengunjung

Oleh: Khadijah Ibrahim SEWAKTU penulis belajar di Institut Teknologi MARA,...

Peluang jadi penyanyi rakaman dan menang motor di Community Members – Pahang Auto Show 2K26

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA anda ada impian nak menjadi penyanyi,...

Wow… Wani Kayrie bakal ‘disunting’ FM Group Kerana Cak Cak Cekuk

Oleh: Syed Yusof Wafa Kerana sebuah lagu yang memartabatkan irama...
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim adalah seorang wartawan hiburan, pernah bertugas di Kumpulan Utusan sebagai wartawan di URTV dan jawatan terakhir adalah sebagai Penolong Pengarang Hiburan di Utusan Malaysia, pernah menjadi wartawan hiburan di Ladybosz.com serta berpengalaman sebagai “Content Writer”di Majalah Suria 7 terbitan theStar.
spot_imgspot_img

Fiza Thomas ‘tunjuk taring’ sebagai pencipta lagu

Oleh: Khadijah Ibrahim MESKIPUN Fiza Thomas pernah menyertai program realiti Akademi Fantasia musim ke-13 pada 2016, namun buat masa sekarang namanya lebih menonjol sebagai pelakon. Pemenang...

KESS mahu jadi ‘syurga emas preloved’ kepada masyarakat

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA berada di persekitaran Jalan Wangsa Delima 10, Wangsa Maju, Kuala Lumpur, anda pasti akan 'gelap mata' tak tahu nak menuju ke...

Sajian menu Pantai Timur di Rumoh Mekda

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA orang Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menetap di ibu kota, rindu untuk menikmati makanan seperti masakan ibu di kampung, bolehlah singgah...