Walid dirujuk pada kisah benar – Erma Fatima

Oleh: Khadijah Ibrahim

PASTI anda sudah tonton drama Walid yang disiarkan di perkhidmatan penstriman Viu Original bermula 26 Februari lalu. Menerusi episod pertama pun anda sudah tertanya-tanya adakah Walid ini akan menjadi semakin menyesatkan atau sebaliknya.

Drama 12 episod arahan Pali Yahya yang diterbitkan oleh Rumah Karya Citra dan skrip oleh Erma Fatima itu merupakan sambungan untuk drama Bidaah yang mendapat sambutan hangat pada tahun lalu.

Walid merupakan drama berunsur thriller agama yang menyingkap garis halus antara pengabadian dan penipuan.

Erma Fatima akui menghasilkan skrip bagi drama Walid tidak mudah kerana sambutan hangat yang diberikan terhadap drama Bidaah.

Erma yang bertungkus lumus menghasilkan skrip berkata, sewaktu penggambaran drama Walid, beliau memberikan skrip pada pelakon setiap hari kerana skrip lengkap tidak ada melainkan jalan cerita yang sudah diberikan kepada pelakon dua minggu sebelum penggambaran bermula.

Beliau mengakui bukan mudah untuk menghasilkan skrip bagi drama Walid kerana Bidaah yang ditayangkan pada 2025 mendapat sambutan hangat di Malaysia dan Indonesia.

“Memang ada tekanan sebab musim pertama, Bidaah meletup. Kita perlu cari kesesatan lain yang kita perlu masukkan dalam Walid ni supaya tidak sama. Jadi saya terpaksa mengumpul fakta-fakta tentang kesesatan yang ada senusantara itu untuk dimasukkan ke dalam Walid.

Watak Habiburrahman lakonan Aqasha dan Walid yang digalas oleh Faizal Hussein memang wujud dalam dunia nyata.

“Sejak Bidaah tu meletup ada banyak saya dapat info tentang kesesatan yang berlaku di dalam Malaysia dan di antaranya saya masukkan dalam Walid. Info itu saya dapat melalui DM (direct message) daripada beberapa orang. Ada di antaranya, mangsa itu sendiri yang cerita kepada saya sewaktu berjumpa.

“Saya rasa menjadi satu tanggungjawab kepada saya untuk menyampaikan dan saya nak cuba lari daripada klise cerita penyondol. Walaupun cerita penyondol menjadi kesukaan penonton, tapi saya perlu membuat sesuatu yang lain. Saya mahu menjadi trendsetter, satu benda yang saya nak buat benda lain dan bukan ikut orang lain.

“Tidak dinafikan ada banyak cerita lebih menarik yang orang suka tengok tapi bukan itu tujuan saya. Tujuan utama saya adalah untuk orang seni juga mampu berdakwah dengan cara berseni,” jelas Erma.

Kisah orang yang berselindung di sebalik agama memang ada dan selalunya orang yang tak dijangka.

Beliau turut menjelaskan kenapa drama kesinambungan itu tidak menggunakan nama Bidaah 2? Jelas Erma, walaupun drama sebelum ini berjudul Bidaah namun orang ramai lebih mengenali drama tersebut dengan nama Walid.

“Sebelum ini orang tak sebut Bidaah tapi orang lebih sebut Walid. Jadi kita ambil pendekatan itu untuk lebih luaskan lagi siapa yang sudah kenal Walid

“Untuk kali ini watak Hambali lakonan Fatah Amin tak ada sebab kita mula penggambaran pada waktu Fatah tak free, patutnya adalah kesinambungan wataknya. Bila kita tahu dia tak boleh dan dia ada komitmen lain jadi kita terpaksa hapuskan watak itu

Kali ini Walid ada pesaing yang tak dijangka iaitu Habiburrahman.

“Tak susah untuk matikan watak Hambali sebab kita nak membawa kesesatan lain dan Hambali bukan yang menyesatkan. Hambali adalah yang membawa kepada kebaikan dan tak susah untuk saya matikan watak tersebut,” jelasnya.

Tambah Erma, dalam karya kali ini ‘kejahatan’ Walid lakonan Faizal Hussein tidak setanding dengan Habiburrahman yang dibawa oleh Aqasha, seorang pendakwah berkarisma yang menyembunyikan cita-cita jahatnya.

“Watak Habiburrahman itu bukan saja ada di luar Malaysia, dalam Malaysia pun ada. Dalam hal tu (adegan ritual di perkuburan) mungkin ada yang kita tak tahu tapi sebenarnya ada di dalam Malaysia.

Habiburrahman ada misi tersendiri.

“Kali ini saya tonjolkan Walid, bekas pemimpin ajaran sesat Jihad Ummah, yang melarikan diri daripada ditangkap dan bersembunyi di kawasan pergunungan untuk membina semula pengaruhnya.

“Walid kemudian berpakat dengan Habiburrahman, tidak lama kemudian bertukar menjadi pertarungan senyap apabila kedua-dua lelaki ini bersaing untuk mengawal kepercayaan, kesetiaan dan kuasa,” kongsinya tentang perjalanan cerita Walid itu.

Erma turut menafikan yang beliau menyindir para ulama menerusi drama tulisannya itu. Sebaliknya beliau mahu mengingatkan orang ramai jangan terlalu mudah percaya pada insan yang tampak seperti agamawan.

Barisan pelakon Walid, penulis skrip dan orang kuat Viu pada majlis sidang media sebelum ini.

“Untuk saya perli mana-mana Habib di luar sana tidak sama sekali. Saya sangat menghormati para ulama yang betul jalannya, tak dinafikan ramai yang betul dan ramai juga yang salah. Yang cuba saya paparkan bukan tentang buruknya Islam tapi tentang buruknya manusia yang menunggang agama Islam. Itu yang cuba saya nak sampaikan.

“Kalau itu disalah interpretasikan oleh penonton saya tak mampu nak tutup mulut orang. Saya tak mampu untuk membuka minda mereka untuk berfikir apa yang saya cuba sampaikan dalam drama ini.

“Saya sebagai orang Islam takkanlah saya nak menjatuhkan agama saya sendiri. Saya nak menunjukkan supaya tidak ada orang di luar sana yang bodoh untuk mempercayai. Ramai sangat yang terlalu mudah untuk percaya kepada mereka yang menjanjikan syurga kepada mereka. Kita tak nak mereka menjadi penunggang agama dan merosakkan akidah orang Islam dan itu yang saya cuba sampaikan,” tegasnya.

Lain-lain pelakon yang menjayakan drama Walid adalah Dato’ A. Tamimi Siregar sebagai Ustaz Fateh, Marisa Yasmin (Ummi Hafizah), Vanidah Imran (Ummi Rabiyatul) dan pelakon dari Indonesia Olla Ramlan sebagai Raras Kartika.

Latest

Fiza Thomas ‘tunjuk taring’ sebagai pencipta lagu

Oleh: Khadijah Ibrahim MESKIPUN Fiza Thomas pernah menyertai program realiti...

KESS mahu jadi ‘syurga emas preloved’ kepada masyarakat

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA berada di persekitaran Jalan Wangsa Delima...

Sajian menu Pantai Timur di Rumoh Mekda

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA orang Kelantan, Terengganu dan Pahang yang...

Hashimah Yon digelar seniwati paling seksi!

Oleh SYED WAFA Foto KOLEKSI SYED WAFA Sumber : Ladybosz (Terima...
spot_img

Jangan Terlepas!

Precious of Malaysia Citraloka 2026 Sasar 500,000 Pengunjung, Bawa Warisan Lebih Dekat Dengan Rakyat

Oleh: Syed Yusof Wafa/Faizah Yasmin Tan Sri Mustapa KUALA LUMPUR:...

Wow… Wani Kayrie bakal ‘disunting’ FM Group Kerana Cak Cak Cekuk

Oleh: Syed Yusof Wafa Kerana sebuah lagu yang memartabatkan irama...

Peluang jadi penyanyi rakaman dan menang motor di Community Members – Pahang Auto Show 2K26

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA anda ada impian nak menjadi penyanyi,...
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim
Khadijah Ibrahim adalah seorang wartawan hiburan, pernah bertugas di Kumpulan Utusan sebagai wartawan di URTV dan jawatan terakhir adalah sebagai Penolong Pengarang Hiburan di Utusan Malaysia, pernah menjadi wartawan hiburan di Ladybosz.com serta berpengalaman sebagai “Content Writer”di Majalah Suria 7 terbitan theStar.
spot_imgspot_img

Fiza Thomas ‘tunjuk taring’ sebagai pencipta lagu

Oleh: Khadijah Ibrahim MESKIPUN Fiza Thomas pernah menyertai program realiti Akademi Fantasia musim ke-13 pada 2016, namun buat masa sekarang namanya lebih menonjol sebagai pelakon. Pemenang...

KESS mahu jadi ‘syurga emas preloved’ kepada masyarakat

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA berada di persekitaran Jalan Wangsa Delima 10, Wangsa Maju, Kuala Lumpur, anda pasti akan 'gelap mata' tak tahu nak menuju ke...

Sajian menu Pantai Timur di Rumoh Mekda

Oleh: Khadijah Ibrahim JIKA orang Kelantan, Terengganu dan Pahang yang menetap di ibu kota, rindu untuk menikmati makanan seperti masakan ibu di kampung, bolehlah singgah...